Penambah SERI MUKA @ Petanda PENYAKIT, Fakta TAHI LALAT Yang Perlu Ambil Tahu!

Bagi kebanyakan orang, tahi lalat dianggap seperti ‘penyeri’ wajah. Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya dan disifatkan petanda sesuatu penyakit. Saintifiknya, tahi lalat merupakan gangguan pigmen di kulit yang sering didapati dalam warna kecoklatan, hitam atau senada warna kulit. Seperti perbezaan warnanya, pembentukan tahi lalat juga muncul secara rata di kulit dan ada yang tumbuh lebih tinggi daripada kulit di sekitarnya.

Sebahagian besar tahi lalat tidak mengganggu kesihatan sama sekali. Pun begitu, kajian turut tidak menolak kemungkinan tahi lalat yang terbentuk dengan sifat tertentu boleh menjadi tanda kanser kulit.

SEBAB TAHI LALAT TERBENTUK

Ia disebabkan sel yang memproduksi pigmen kulit berkumpul di satu-satu bahagian di kulit. Hal ini menyebabkan pigmen kulit di daerah tersebut menjadi lebih banyak sehingga warna kulitnya berbeza dengan kulit di sekeliling. Umumnya, tahi lalat tidak menimbulkan sebarang gejala berbahaya kepada kesihatan.

Individu berkulit cerah akan lebih cenderung memiliki banyak tahi lalat berbanding mereka yang berkulit gelap. Jika jumlahnya kian bertambah, tidak perlu khuatir kerana ia adalah situasi biasa di kalangan wanita hamil atau sudah berusia.

MULA MENJADI BAHAYA

Tahi lalat yang terbentuk kerana akibat pendedahan yang terlalu lama kepada sinaran matahari boleh menjadi salah satu punca kanser kulit. Apabila terjadi gejala tahi lalat seperti rasa sakit, anda harus berwaspada dengan simptom-simptom berkenaan.

Antara simptom yang boleh membawa kepada penyakit kanser kulit termasuk:

  • Tahi lalat berubah warna menjadi lebih gelap atau memiliki lebih daripada dua warna
  • Tahi lalat mengalami perubahan ukuran
  • Rasa gatal, berdarah, sakit seperti terbakar dan membesar dengan cepat
  • Tepi tahi lalat tidak rata kerana tahi lalat normal berbentuk simetri bulat atau oval

BAGAIMANA PULA JIKA DITUMBUHI RAMBUT?

Menurut laporan Men’s Health, rambut yang tumbuh di tahi lalat adalah satu proses normal dan rambut yang tumbuh di kawasan tersebut mempunyai kulit sihat dan tidak bermasalah.

  • Tahi lalat yang ditumbuhi rambut yang banyak bukanlah satu tanda pasti kepada kanser
  • Berdasarkan pemerhatian ahli akademik dari University of Wisconsin School of Medicine and Public Health, kanser tidak tumbuh di struktur normal tetapi pertumbuhan rambut di tahi lalat bukan kejadian asing.

 

IKLAN
Share