Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita Korea, Song Hye Kyo yang baru-baru ini cukup popular dengan siri TV The Glory yang ditayangkan di Netflix. Drama Autumn In My Heart telah melonjakkan nama Song Hye Kyo yang berusia 41 tahun ini dengan bakat serta raut wajah cantiknya.
Dan sebentar tadi, Hye-kyo dilihat memenuhi jemputan Met Gala apabila hadir buat pertama kali memenuhi jemputan. Hye-kyo dilihat anggun memakai gaun satin bewarna merah jambu dengan renda putih daripada jenama terkenal Fendi.
Song Hye-kyo yang juga merupakan duta untuk jenama rumah fesyen mewah tersebut turut ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif jenama tersebut Serge Brunschwig.
Ads
Untuk perihal dandanan rambutnya pula, Hye-kyo yang turut terkenal menerusi drama Descendants of the Sun dan That Winter the Wind Blows memilih sentuhan moden dengan gaya ‘hime cut’ yang dilihat cukup popular, yang baru-baru ini menjadi trend terbaru di Asia.
Yang menariknya, turut mendapat perhatian Song Hye-kyo juga dilihat sempat bergambar dengan Jennie Blackpink dimana kedua-duanya nama yang cukup besar dalam industri hiburan Korea masa kini, dan menjadi inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Ads
Bertemakan ‘In Honor of Karl”, Met Gala kali ini meraikan karier dan kehidupan lagenda fesyen, mendiang Karl Lagerfeld yang meninggal dunia pada tahun 2019 pada usianya mencecah 85 tahun.
Di pameran ini, lebih daripada 150 kostum akan dipamerkan disamping hasil kerja lakaran-lakaran yang pernah diilhamkan oleh Lagerfeld. Untuk pengetahuan anda, Met Gala atau dikenali sebagai Costume Institute Benefit merupakan acara amal eksklusif yang diadakan setiap tahun di Metropolitan Museum of Art di New York setiap tahun pada Isnin pertama bulan Mei.
Ads
Kredit foto: Daily Mail UK dan Getty Images.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam situasi berada di rumah 24 jam sehari, antara lokasi yang paling kerap dikunjungi adalah dapur. Tidak dinafikan apabila duduk di rumah dalam jangkamasa yang lama, perut mula minta diisi dengan makanan. Sekurang-kurangnya asyik buka peti ais melihat apakah makanan yang ada didalamnya untuk dinikmati.
Apabila menimbang berat badan, barulah tersedar untuk mengurangkan lebihan berat badan dan kembali menjaga pemakanan. Kaedah diet Clean Eating ini antara saranan yang paling sesuai diamalkan, selain mudah dan dijamin akan mengenyangkan anda. Makan secara bersih, bermaksud pilihan makanan yang segar dan bebas sumber tiruan. Cara masakan dan penyajian juga seharusnya natural bagi mengekalkan gizi serta nutrien baik di dalamnya.
Diet Clean Eating tidak melulu rendah kalori tapi lebih menekankan pada kualiti makanan yang dipilih. Di Hollywood, ia menjadi pilihan selebriti Gwyneth Paltrow agar kelihatan sentiasa langsing. Konsepnya ringkas. Daripada anda terpaksa mengurangkan makan atau mengehadkan pemakanan kepada kumpulan yang spesifik, lebih baik anda hindari makanan yang diproses serta hanya makan makanan ‘sebenar’.
MAKANAN YANG DIBENARKAN
Pelbagai jenis bijirin, buah-buahan organik, sayuran organik, daging pejal tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan sumber lemak sihat.
MAKANAN PATUT DIELAKKAN
Semua jenis lemak tepu dan lemak trans, makanan yang diproses, makanan yang ditapis berkali-kali seperti tepung dan gula, minuman berkarbonat, jus segera serta alkohol.
Makan makanan yang tidak diproses, organik dan segar boleh membuatkan kehidupan anda lebih menyihatkan. Dengan menyediakan makanan sendiri, anda dapat mengawal apa yang masuk ke dalam badan dan merasa kebaikan tentangnya. Nona menyarankan supaya sumber makanan dibeli dari pasar tani atau jika ke pasar raya, pilihlah makanan yang bahan kandungannya boleh difahami. Elakkan makanan di dalam kotak kerana ia mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
Diet yang menekankan pengawalan kalori dan senaman berterusan ini juga menggalakkan makanan tinggi serat bersama protein tanpa lemak untuk mengurangkan rasa lapar. Ini melambatkan proses penguraian gula ke dalam salur darah, membuatkan rasa kenyang lebih lama dan menghindari rasa lapar secara tiba-tiba yang mendorong anda untuk menikmati snek. Memasak sendiri juga dapat mengelakkan kebergantungan seseorang terhadap makanan diproses yang tiada gizi di dalamnya.
SARANAN
Karbohidrat yang baik untuk dimakan adalah oatmeal dan beras perang.
Dapatkan bekalan protein daripada dada ayam dan ikan.
Sumber lemak yang baik boleh didapati daripada minyak zaitun, avokado dan kekacang.
Hindari semua makanan diproses yang mengandungi pengawet, lemak tepu dan gula berlebihan.
Ikut panduan berikut:
MAKAN MAKANAN SEBENAR
Elakkan sama sekali makanan yang diproses. Kalau membeli-belah di pasar raya, pilih makanan yang tertulis bahan kandungan segar atau bahan yang mungkin akan anda gunakan jika membuatnya sendiri di rumah.
SEDIAKAN SAJIAN MUDAH
Makanan yang sedap dan berkhasiat tidak bermakna anda patut masak berjam-jam di dapur. Sediakan bahan yang minimum dan sertakan bijirin, protein serta lemak baik dalam satu hidangan. Contohnya sayur tumis bersama ayam yang dimakan dengan beras perang.
KUNYAH DENGAN PERLAHAN
Kajian menunjukkan bahawa lebih cepat kita makan, makan lebih banyaklah kalori yang diambil. Jadi kunyah secara perlahan, nikmati rasa makanan di dalam mulut dan jangan ‘ganggu’ waktu makan dengan aktiviti melayari media sosial.
MAKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN
Jangan biarkan jarak masa melebihi empat jam di antara waktu makan anda dan waktu snek. Ini dapat mengimbangi paras gula darah yang memberi tenaga dan mengawal selera dengan lebih baik.
FAHAMI ISYARAT TUBUH
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang – bermaksud selesai makan, bukan terlalu kenyang!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona dengan kejelitaan isteri kepada kerabat diraja Kelantan, Yang Mulia (YM) Tengku Abdul Rahman Petra ini. Meniti usia 29 tahun, pemilik nama Miera Leydia Kasmi ini bertuah kerana dikurniakan raut wajah lembut dan penuh keayuan. Tidak sekadar cantik, Miera Leydia juga memiliki pakej lengkap seorang wanita sophisticated dan terpelajar.
Tidak hairanlah wanita bijak ini mampu menambat hati YM Tengku Abdul Rahman Petra!
Menelusuri latar belakang Miera Leydia, dia sebenarnya merupakan adik kepada pelakon Miera Leyana. Melihat Miera Leydia pasti terbayangkan wajah aktres filem Lebuhraya ke Neraka berkenaan.
Selain Miera Leyana, Miera Leydia turut mempunyai seorang abang iaitu Muhammed Fadley.
Jelitawan ini menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda kelas pertama bidang perakaunan perniagaan di University Hetfordshire, United Kingdom pada tahun 2018.
Miera Leydia sah bergelar isteri YM Tengku Abdul Rahman Petra dengan sekali lafaz pada 14 Ogos 2022. Mengimbas kembali detik indah itu kira-kira dua tahun lalu, dia yang anggun mengenakan persalinan putih gading menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.
Lebih istimewa, Miera Leydia dinikahkan bapa kesayangan iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Arsat. Tidak sampai dua bulan menyaksikan pernikahan anak tersayang, Datuk Seri Kasmi meninggal dunia pada 28 September 2022.
Suami Miera Leydia iaitu YM Tengku Abdul Rahman Petra merupakan anakanda kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz. Beliau merupakan sepupu kepada KDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Tengku Tan Sri Mohamad Rizam ialah cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6 iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tunku Puan Sri Dato’ Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu anakanda kepada Perdana Menteri yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Abdul Rahman Petra, Tengku Yahya Aziz Petra dan Tengku Nur Qistina Petri.
Moga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
Siapa yang tak kenal dengan selebriti cantik, Farahdhiya. Selain berbakat sebagai penyanyi dan berlakon, pelantun lagu Bertahta Di Hati ini memang pandai memasak. Ada saja masa terluang di rumah, pasti dia akan masuk ke dapur dan memasak.
Kecur tengok masakan wanita kacukan ini yang kebanyakannya lauk-pauk kampung!
Kalau intai media sosial penyanyi berusia 39 tahun ini, selain berkongsi rutin harian dan kerjaya Farahdhiya juga gemar memuat naik video masakan.
Tak dinafikan, video masakan Farahdhiya meraih ribuan tontonan dan rata-rata warga maya mengagumi bakat memasak jelitawan ini.
Bersempena ketibaan Ramadan, Farahdhiya memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga tersayang.
Malah pada 1 Ramadan lalu dia berkongsi menu berbuka kepada followers tersayang.
“Salam Ramadan semua. Hari ni saya masak sayur peria udang kering dengan telur, sambal belacan udang, masak lemak cili api ayam kentang, ikan masin dan ulam. Selamat berbuka everyone.”
“Masak sendiri selagi boleh. Asam pedas ikan pari, sayur kubis, telur dadar, telur masin dan sambal belacan. Kuih memang jarang atas meja, selagi boleh elak memang akan elak, because itu semua punca-punca naik badan. Kita makan buah dan kurma je. Itu tip untuk badan maintain.”
Dia yang anggun berjubah ungu turut kelihatan memasak bubur lambuk bersama rakan artis seperti Dato’ A. Aida, Datuk Yusof Haslam, Dato’ Fizz Fairuz, Zulhuzaimy, Nadia Brian, Ummi Nazeera dan Serina Redzuawan.
Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...