Sudah lama rasanya kita tidak mendengar khabar terkini tentang penyanyi Amanda Imani yang suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu-lagu dendangannya seperti Selamilah Cinta dan Fobia Cinta.

Bakatnya terbukti apabila pernah menerima trofi Anugerah Vokal Terbaik Artis Baharu Wanita pada Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura pada tahun 2011 malangnya namanya tidak segah penyanyi-penyanyi seperjuangannya. Malah kelibatnya juga jarang dilihat di majlis-majlis hiburan.

Tak Pernah Berhenti Menyanyi AMANDA IMANI Kini Aktif Di Media Sosial, Sebarkan Masej ‘Body Positivity’

Tak Pernah Berhenti Menyanyi AMANDA IMANI Kini Aktif Di Media Sosial, Sebarkan Masej ‘Body Positivity’

Berkesempatan menemui sendiri penyanyi bersuara lunak ini sewaktu majlis pembukaan semula butik flagship Mr Read di tingkat 4 Pavilion KL, Amanda yang kini berusia 31 tahun rupanya dipilih menjadi antara model yang berjalan dan memperagakan koleksi terkini Mr Read.

Melihat penampilannya yang masih anggun dan menawan, Amanda atau nama penuhnya Amanda Imani Iskandar mengakui dirinya masih lagi aktif menyanyi malahan bakal menghiburkan peminatnya dengan mini showcase nya yang akan berlangsung pada 9 September nanti.

Amanda Imani juga mendedahkan dirinya lebih aktif di media sosial sambil membuat kandungan malah sibuk dengan pelbagai pengambaran, kempen dan memperaga untuk jenama-jenama plus-size, di samping menyebarkan masej positif tubuh atau body positivity di akaun media sosialnya.

Tak Pernah Berhenti Menyanyi AMANDA IMANI Kini Aktif Di Media Sosial, Sebarkan Masej ‘Body Positivity’

Tak Pernah Berhenti Menyanyi AMANDA IMANI Kini Aktif Di Media Sosial, Sebarkan Masej ‘Body Positivity’

NONA juga cukup teruja melihat bagaimana Amanda dilihat cukup selesa membawa dirinya, tampil yakin dengan bentuk tubuhnya malah anggun dan tidak kekok memperagakan untuk jenama pakaian-pakaian plus size. Bagaimana agaknya Amanda mampu tampil berkeyakinan sedemikian rupa?

“There is 3 dos – first know your body shape. Second of all, know your angles especially bila anda nak mengambil gambar atau video, dan ketiga be comfortable with your body. Saya tahu ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk yakin dengan tubuh badan sekarang tapi bila anda dah selesa, ianya akan terserlah bila anda menyarung apa-apa saja baju,” ujar Amanda.

Tak Pernah Berhenti Menyanyi AMANDA IMANI Kini Aktif Di Media Sosial, Sebarkan Masej ‘Body Positivity’

Jadi apakah salah anggap utama ataupun misconception orang bila berbicara tentang wanita yang memiliki saiz tubuh sedikit besar berbanding mereka yang kurus? “Pada pandangan saya, orang selalu salah anggap mereka yang plus-size tidak tahu menjaga diri, kurang bersenam atau tidak sihat.

Sebenarnya salah anggap ini perlu dihentikan dan saya yakin mereka juga cuba untuk makan secara sihat, tetapi ada dari kalangan orang lain yang lebih beruntung. Makan banyak tapi berat badan tak naik. Jadi itu lah saya cuba kongsi bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pengikut-pengikut saya yang tidak salah untuk menjadi plus size,” tegas Amanda.

Amanda juga bersyukur di mana banyak jenama-jenama fesyen terkini lebih inklusif, malah lebih peka dengan variasi saiz dan bentuk badan wanita lokal serta mengupah model-model wanita yang lebih pelbagai berbanding zaman dahulu.

“Saya percaya fenomena ini mampu memberikan semangat kepada wanita-wanita di luar sana yang mempunyai bentuk badan yang lebih curvy untuk tampil lebih berkeyakinan dan tidak malu dengan tubuh mereka sendiri,” akhiri Amanda.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI