Penampilan Tengku Permaisuri Selangor Berbaju Sekolah Ke Konsert Melly Goeslaw Terima Pujian.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri perhatian ramai apabila tampil mengenakan pakaian baju sekolah ketika menghadiri konsert penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw hujung minggu lalu.

Foto: @bangsawanpictures Bangsawan Pictures

Difahamkan,  Tengku Permaisuri Norashikin mengenakan busana baju sekolah  mengikuti kod pakaian rasmi  iaitu pakaian sekolah yang diwajibkan oleh pihak penganjur konsert berkenaan.

Turut dilihat mencemar duli dalam memeriahkan konsert tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Raja Permaisuri Agong berarak masuk ke Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama Tengku Permaisuri Norashikin serta beberapa barisan selebriti lain antaranya ialah, Fattah Amin dan isterinya, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin yang dilihat turut memakai pakaian sekolah.

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari iaitu 3 dan 4 Februari lalu.

Pada konsert berkenaan, Melly Goeslaw memberi penghormatan kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang disifatkan sebagai penglipur lara versatil dan karya Allahyarham masih relevan sehingga kini.

Penyanyi yang diberi jolokan ‘The Queen of Soundtracks’ itu mendendangkan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan Bunyi Gitar dengan versi tersendiri. Malah ketika menjejak kaki ke Kuala Lumpur sempena sidang media konsert, Melly sempat menziarahi pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di Jalan Ampang.

Penyanyi yang diberi jolokan ‘The Queen of Soundtracks’ itu mendendangkan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan Bunyi Gitar dengan versi tersendiri.

Konsert yang mengetengahkan tema alam persekolahan itu membawa para penonton kembali ke zaman kegemilangan filem Ada Apa Dengan Cinta. Di samping itu, Melly tampil dengan empat busana unik yang membuatkan penonton terpana.

Hampir 30 lagu didendangkan penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia itu, antaranya adalah Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta, Gantung, Jika, Pencinta Wanita, Denting, Menghitung Hari, Tegar, I’m Sorry Goodbye, Tentang Seseorang, Bagaikan Langit, My Heart, Tak Tahan Lagi dan Ku Bahagia.

Fesyen unik Melly tetap menjadi trademark buat dirinya!

Turut kelihatan beberapa selebriti dari Indonesia seperti Datuk Rossa, Mayangsari, Raffi Ahmad, Nagita Salvina, Lis Dahlia, Yuni Shara dan Tissa Biani yang turut hadir memberi sokongan buat Melly.

Selebriti popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Misha Omar, Nur Fazura, Fatah Amin, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Puteri Aishah dan Nuha Bahrin tidak melepaskan menyaksikan konsert meraikan tiga dekad pembabitan Melly dalam industri muzik.

Foto: @bangsawanpictures Bangsawan Pictures

 

 

IKLAN
Share