Penangan Pembukaan JAKEL & ARIANI Bangi, Ramai Merungut Duit Habis Shopping Kain!

Hari pertama membuka pintunya secara rasmi, gedung tekstil terbesar di Malaysia iaitu Jakel Ostia Bangi sudah sesak dibanjiri pelanggan.

Sempena pembukaan cawangan baru ini, Nona turut dipelawa untuk menyaksikan temasya perasmian Jakel yang ketiga besar di Lembah Klang (keluasan 250,000 kaki persegi) beralamat di Ostia Bangi Business Avenue.

Antara selebriti yang menjayakan acara ini adalah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Nabil Ahmad, selain diserikan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel iaitu Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel dan isteri Datin Farah Haryani Muhammad Philip. Acara dihoskan oleh Dee Jangan Ketawa.

Menurut Datuk Mohamed Faroz, “Kawasan ni sememangnya strategik dan berdekatan dengan tol lebuh raya. Selain penduduk Bangi, pelanggan dari luar Kuala Lumpur seperti Kajang, Serdang, Semenyih, Putrajaya, Nilai 3 dan Seremban juga mudah membeli-belah di sini.”

Menjawab teka-teki bagaimana Jakel mampu membuka cawangan baru di tengah kemelut ekonomi yang tidak menentu, Datuk Mohamed Faroz tenang menjawab. “Sebenarnya waktu inilah ramai orang cari tempat yang menawarkan penjimatan hebat dan Jakel adalah jawapannya.

Di sini para pelanggan boleh menikmati harga runtuh dan potongan harga diberikan sehingga 85%. Memang jimat dan menguntungkan,” jawabnya sambil bercerita tentang rancangan membuka satu lagi cawangan lain tidak lama lagi.

Selain itu, butik Ariani yang sebelum ini terletak di Bandar Baru Bangi juga turut berpindah ke sebelah Jakel Ostia Bangi, menjadikannya cawangan terbesar di Malaysia dengan keluasan butik 1,500 kaki persegi.

Sempena pembukaan Jakel & Ariani tersebut, banyak promosi dan tawaran harga murah diberikan kepada pelanggan. Antaranya pemberian 1,000 helai tudung Ariani percuma serta 1,000 pasang kain percuma untuk mereka yang terawal datang pada 4 hari istimewa bermula semalam.

Selama 33 tahun bertapak kukuh di Malaysia, Jakel terus menerajui pasaran tekstil tempatan dengan pelbagai pilihan serta tawaran hebat. Bangunan Jakel Ostia Bangi yang tersergam setinggi 4 tingkat ini juga menghimpunkan lebih ratusan produk kain terbaik.

Inilah antara momen-momen manis yang sempat dirakamkan semalam. Nampak meriah dan menyeronokkan! Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share