Flu atau selesema ialah penyakit berjangkit yang sering dialami oleh setiap peringkat usia yang mencetuskan simptom seperti sakit otot, sakit tekak, hidung berair dan batuk. Jika tidak dirawat dengan betul, penyakit ini boleh melarat dan menjejaskan paru-paru. Di negara tropika seperti Malaysia, selesema boleh dijangkiti sepanjang tahun disebabkan tahap kelembapan yang tinggi.

IKLAN

Paling mudah terdedah ialah individu yang mempunyai daya ketahanan lemah. Gaya hidup sihat seperti kerap bersenam, tidur secukupnya dan menjaga berat badan bagus bagi menguatkan sistem imun. Pengambilan probiotik terutama produk susu kultur membantu menguatkan sistem imun bagi mengelakkan mudah jatuh sakit.

MENGAPA SISTEM IMUN PENTING?

Memastikan badan kekal kuat dan sihat. Sistem imun bertindak sebagai benteng yang terdiri daripada sel, tisu, protein, bahan kimia dan organ bagi mempertahankan badan daripada organisma berbahaya dan serangan luar yang lain. Sistem imun juga membantu menyelamatkan dan mengelakkan kerosakan kepada badan daripada berterusan.

Pun begitu, tidak semua bakteria boleh dianggap bakteria jahat. Sebilangan besar mikrob hidup di dalam badan dan mikroorganisma ini diperlukan untuk mengekalkan badan yang sihat. Pada masa yang sama menjaga keseimbangan sistem badan.

Memandangkan 70% daripada sistem imun terletak dalam sistem penghadaman, kita perlu menjaga saluran gastrousus dengan mengekalkan tahap keseimbangan bakteria baik dan jahat sewajarnya. Bakteria baik yang boleh didapati dalam minuman susu kultur mengandungi probiotik bagi membekalkan nutrien dan pertahanan diperlukan untuk menentang bakteria jahat dan jangkitan.

IKLAN

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang didapati dalam badan dan baik untuk kesihatan terutama bagi sistem penghadaman. Probiotik sering dirujuk sebagai bakteria baik kerana membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman yang membawa manfaat bagi menguatkan sistem imun.

IKLAN

Apabila menghidap selesema, antibiotik dan pelbagai bentuk ubat lain akan diberikan bagi menentang jangkitan. Namun ia juga menyebabkan kerosakan sampingan kepada bakteria berguna yang menduduki dalam sistem penghadaman. Ia perkara biasa untuk mengalami perasaan lemah selepas mengambil antibiotik.

Dengan berbilion-bilion kultur Lactobasillus acidophilus dan Lactobasillus casei yang terkandung dalam setiap botol VITAGEN, kultur probiotik hidup dapat menahan sifat keasidan jus hempedu dan jus perut dan sampai ke sistem penghadaman bagi menentang bakteria berbahaya sambil mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan jahat.

Dengan mengambil VITAGEN untuk membekalkan badan dengan bakteria baik yang diperlukan, anda menguatkan daya tahan badan sebagai persediaan untuk menghadapi musim selesema kali ini.AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI