Bila kita tak lokek berkongsi rezeki dengan orang lain, maka Allah juga tidak berkira-kira untuk melimpah ruahkan rezeki kita dan keluarga. Kediaman Pengasas Lana Dream Skin, Reena Zach dan suaminya tidak pernah sunyi dari kunjungan tetamu. Dan tentunya mereka dijamu bak keluarga sendiri!
Ruang tamu kediaman tiga tingkat milik keluarga ini disusun tampak mewah, menunjukkan citarasa yang dimiliki pemiliknya.
“Alhamdulillah sudah enam tahun kami menetap di Kota Damansara. Sebelum ini kami tinggal di Sungai Buloh tetapi suasana di sana tak sama seperti yang saya suka. Sejak kecil rumah keluarga kami bersebelahan jalan raya jadi sehingga kini saya suka pemandangan jalan raya kerana ia bagaikan ‘hidup’ sepanjang masa. Berbeza dengan orang lain yang sukakan kawasan yang redup dengan pepohon hijau.
Ads
Biasalah, cita rasa manusia kan berbeza. Kediaman kami ini kebetulannya di tepi jalan raya. Saya boleh lihat dari dalam bilik solek keadaan lalu lintas. Seligat-ligat kereta berlalu, ligat itulah juga otak dan fikiran kita. Betul tak?” soal Reena.
Dekorasi yang diketengahkan ini datangnya dari citarasa Reena sendiri yang sukakan konsep minimalis. Gabungan idea bersama interior designer membuahkan hasil yang tampak sangat cantik dan selesa buat tuan rumah dan tetamu yang datang.
“Saya suka menghias rumah dengan dekorasi yang tidak terlalu sarat. Jika melancong ke luar negara, sekurang-kurangnya satu barang perhiasan rumah yang akan di bawa pulang untuk diletakkan di mana-mana sudut. Kalau dapat buku fesyen edisi terhad dari negara yang dilawati pun dah memadai.
Ads
Rumah ini ibarat dunia kita dan keluarga. Menikmati suasana ketenangan di tepi kolam renang ini adalah salah satu kegemaran saya. Sebuah ‘banglo’ kecil lengkap dengan penghawa dingin, penapis udara dan alat permainan yang dihuni lima ekor kucing kesayangan kami menjadi sebab mengapa kawasan outdoor ini menjadi pilihan saya. Anak-anak pun suka meluangkan masa berenang.
Ads
Pada saya, asalkan rumah itu tidak terlalu sarat dengan barang perhiasan, ringkas tetapi elegan sudah cukup memadai kerana saya mahu tetamu yang dapat berasa selesa tambah-tambah lagi apabila mereka boleh membawa anak-anak bersama. Tidaklah sampai ada yang takut anak-anak datang dan sentuh macam-macam. Rumah saya sentiasa meriah dengan kehadiran tetamu!” katanya.
“Rumah kami tidak pernah sunyi dari kehadiran tetamu. Kami sekeluarga lebih suka menghabiskan masa di rumah. Di samping dapat bersama suami dan anak-anak, dapat juga menguruskan tanaman herba di belakang rumah. Paling seronok bila dapat mengajak sanak-saudara dan kawan-kawan datang untuk menjamu selera.
“Menu-menu yang dihidangkan semuanya mengikut pilihan tetamu, kadang-kadang seperti hari raya kerana ada ketupat dan rendang. Kami anggap tetamu sebagai pembawa rezeki, jadi meraikan mereka adalah salah satu cara untuk kami mengucapkan terima kasih dan menunjukkan kesyukuran di atas rezeki yang Allah berikan kepada kami,”katanya lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sesekali supermodel negara, Tinie, berkongsi foto keluarga di Instagram, tergamam sungguh tengok ibu jelita ini di sisi anak-anaknya. Muda betul, macam kawan-kawan sebaya!
“Saya cucuk sana, saya cucuk sini,” jawab wanita berusia 42 tahun itu, sambil ketawa.
Ceritanya sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa, dia ‘terpisah negeri’ dengan anak-anak, Habib Rasydan, 23, dan Habibah Rasyidah, 22. “For now I’m stuck at my home town (Seremban) and my daughter in KL so she can’t come back.
Saya berulang-alik ke rumah my sister, sama-sama menjaga ibu yang sedang sakit kuat,” cerita Tinie perlahan. Bagi melepaskan rindu, dia dan anak-anak akan ber-video call setiap hari, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini, bertanya rutin harian dan juadah berbuka puasa.
INDUSTRI FESYEN
Figura tinggi lampai dengan wajah edgy dan rambut boyish ini sememangnya blueprint supermodel terbaik dalam sejarah fesyen Malaysia. Selama dua dekad menguasai pentas runway, Tinie atau Hartini Mat Jasin, 42 tahun, sering menjadi wajah utama untuk memperagakan helaian rumah fesyen terkemuka.
Walau bagaimanapun sejak dunia dilanda pandemik COVID-19, landskap fesyen mula berubah. Untuk setahun daripada sekarang, acara besar seperti fashion show perlu ditangguhkan. Pandangan Tinie sebagai orang penting industri ini menjadi topik rancak perbualan kami selepas berbuka puasa.
Nona: Bagaimana pandemik COVID-19 memberi kesan kepada industri modelling?
Tinie: Sejujurnya, Tinie rasa ia banyak memberi kesan dari segi model hilang punca pendapatan khususnya yang melakukan full time modelling. Secara mendadak, dengan tiadanya acara fesyen, photoshoot yang terpaksa dibatalkan dan job yang seharusnya dapat menjanakan pendapatan untuk jangka masa tertentu hilang begitu sahaja.
Nona: Jika acara fesyen ditangguhkan hingga tahun depan, bagaimana caranya pereka fesyen dapat memperkenalkan koleksi pada masyarakat?
Tinie: Tinie ambil contoh tahun ini dimana sebelum bulan Ramadan,ramai designers yang bertungkus lumus untuk mengadakan fashion show bagi mempamerkan rekaan busana Raya kepada buyer dan masyarakat.
Mereka tahu Raya merupakan waktu puncak yang paling banyak menjana keuntungan kerana seorang pemakai seperti Tinie selalunya akan mempunyai 2-3 pasang baju Raya untuk perayaan. Tetapi apabila semua acara fesyen terpaksa dibatalkan, Tinie nampak melalui media sosial, para designers kita mengambil pendekatan dengan mempamerkan busana rekaan mereka melalui platform digital.
Sesungguhnya perasaan itu tak sama seperti fashion show, namun penjualan harus dijalankan. Pada masa kini, everyone has a smartphone dan Tinie percaya kita semua spend more time on Facebook, Instagram, Tik Tok dan sebagainya untuk keep up-to-date.
Nona: Perasaan Tinie dan kebanyakan model apabila banyak fashion show dan campaign shoot dibatalkan kerana COVID-19?
Tinie: Terpaku kejap saat kerajaan kita umumkan PKP dimana tiada social gathering ataupun majlis boleh dijalankan. Sedih pun ada kerana pada masa itu, Tinie sedang fitting untuk persediaan acara fesyen Raya dengan designer.
Tinie jugak keep in touch dengan model-model yang rapat. Rata-ratanya sedih kerana hilang punca pendapatan untuk bulan itu. Some of us are really sad and frustrated as we were thinking how are we going to survive with no income coming in especially the full time models.
Namun Tinie yakin tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk PKP ini adalah amat penting untuk menangani pandemik COVID-19. Tinie percaya rezeki itu ada dimana-mana. Mungkin waktu ini kita hilang punca pendapatan, but who knows once this COVID-19 is cured, there will be greater opportunities.
Nona: Aktiviti Tinie sepanjang PKP?
Tinie: Sepanjang PKP, Tinie banyak buat aktiviti baru yang tidak pernah atau Tinie jarang lakukan semasa sibuk bekerja. Tapi Tinie happy dapat luangkan masa bersama keluarga khususnya anak-anak dan ibu bapa. Selain itu, Tinie juga memasak, baking, mengemas rumah dan selebihnya video call dengan teman-teman.
Nona: Dengan siapa anda pernah berbual secara serius tentang fesyen?
Tinie: Tentu sekali dengan bos Tinie iaitu Andrew Tan, founder of AndrewsModels dan KLFW. Seperti yang semua tahu, Tinie merupkan one of the main person incharge backstage especially during every fashion shows under Andrewsmodels.
Selain itu, bersama dengan rakan designer seperti Fiziwoo, Rizman Ruzaini, Matase Sutera and few more. Hanya satu persamaan dalam perbualan kami iaitu impak COVID-19 dalam bisnes.
Dengan cancellation of Raya fashion shows, adakah masyarakat akan berbelanja untuk pakaian, kasut dan sebagainya, membayar gaji pekerja, mesin, membayar sewa kedai… Ternyata mereka juga anxious kerana kita tidak pernah mengalami keadaan seperti ini untuk jangka masa lama.
Nona: Masa depan industri fesyen dan modelling selepas COVID-19?
Tinie: Kemungkinan industri will slow down a bit for the first few month for everyone to get back to their business rhythm. Mungkin juga rate models tidak akan setinggi dulu. Bagi industri fesyen pula, maybe some of the designers change their business strategy to keep on surviving.
Namun Tinie harap industri kita akan terus bekerjasama antara satu sama lain apabila wabak berakhir kelak.
5 SOALAN SPONTAN
(1) Jika bersara dari dunia modelling, anda mungkin seorang?
Tinie akan terus dalam industri fesyen walaupun dah bersara dari dunia modelling.
(2) Bakat lain Tinie?
Memasak. Signature dishes yang selalu anak-anak dan teman rapat Tinie minta adalah masak lemak cili api, asam pedas dan ayam sambal.
(3) Satu nama gelaran Tinie dalam industri?
Kalau yang rapat dengan Tinie dalam industri modelling dan fesyen adalah Mama!
(4) Pengajaran dari COVID-19?
Sentiasa bersedia dengan plan untuk masa depan seperti perancangan kewangan dan sentiasa menjaga kesihatan. Dan saya akan pastikan untuk selalu membawa tisu basah, cermin mata hitam dan disinfecting spray selain facemask and hand sanitizer.
(5) Tak teringin jadi pelakon filem atau teater?
Tinie ni seorang yang pemalu. Tapi kalau diberi peluang, Tinie teringin nak jadi hos rancangan masakan atau makan-makan yang dapat travel ke seluruh pelosok tempat kerana makanan asli tempatan sudah hampir dilupakan oleh generasi baru. Impian saya untuk kekalkan tradisi kita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki takkan salah alamat. Sebagai wanita muda dan berjaya, pencapaian Asyalliee yang baru berusia 21 tahun ini nyata cukup mengagumkan. Masakan tidak, dia sudah memiliki segala-galanya.. perniagaan yang maju, rumah besar, kereta mewah dan keluarga bahagia. Bahkan sekarang ini Asya sedang hamil anak kedua.
Menzahirkan rasa syukur atas kurniaan tersebut, Asya yang mula dikenali sebagai Syasya Solero suatu masa dulu turut berkongsi kegembiraan tersebut di Instagram baru-baru ini. “Alhamdullilah target 2018 yang terakhir telah tercapai. Rasa macam tak sangka dapat beli rumah dengan hasil duit sendiri, yelah sebab sebelum ni saya dan husband kerja dekat DC Comic IOI Citymall masing-masing naik motor pergi kerja.
Hujung bulan ngam ngam duit untuk makan. Setelah berkahwin dan pada awalnya pun masih ada ujian dihimpit dengan kekurangan duit, duit pernah ada RM50 je dalam bank. Macam-macam dugaan fitnah sana sini.
Tapi sejak lahirnya anak kami Haider, rezeki tu datang mencurah-curah, Alhamdullilah dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekarang. Kami start business pun bukan ada duit dalam bank. Suami saya rela jual motor kesayangannya untuk modal business kami.
Memang saya dah azam kuat untuk teruskan usaha mencari rezeki Allah SWT supaya anak anak kami dan juga keluarga kami hidup dengan senang. Sebab saya dan suami pun bukan dari keluarga yang berharta.
Walau apa pun ini semua pinjaman dari Allah SWT untuk kami sekeluarga. Yang penting jaga solat, jaga hubungan dengan keluarga dan juga jangan lupa bersedekah. Dan membantu yang lain-lain. Target tahun ni semua dah capai seperti ANAK , KERETA , OFFICE dan juga RUMAH. Now usahakan untuk capai target 2019 pula. Doakan tau! Saya doakan awak semua pun boleh capai impian masing-masing yang penting jangan berhenti berusaha dan berdoa ok.”
Masih ingat lagi temubual bersama Asya sekitar tahun 2017. Tanpa berselindung, dia mengakui pernah kemurungan gara-gara video ‘Macam cantik macam comel’ miliknya viral di Internet.
“Saya mula tahu video itu dah jadi viral daripada kawan-kawan di Facebook beberapa minggu selepas ia dimuat naik. Bila tengok YouTube, sana-sini heboh dengan video saya. Komen berbaur kecaman dan sindiran memang banyak. Tapi ada juga yang beri kata-kata positif. Pertama kali dinilai masyarakat dan dapat perhatian dengan cara sebegitu buatkan saya rasa sangat sedih dan alami kemurungan. Setiap hari saya menangis dalam bilik seorang diri, tak lalu makan, rasa geram, marah, semuanya bercampur-baur.
Syasya Solero dulu saya sifatkan seorang wanita yang lemah. Dia takut hadapi kenyataan dan suka mengasingkan diri. Sebaik dipilih jadi model, saya nekad mahu tukar nama dan personaliti. Tak mahu lagi lemah apabila dikutuk dan disindir. Dalam masa sama, saya hendak buktikan kepada netizen yang berfikiran negatif bahawa insan yang pernah viral seperti saya bukan orang yang cetek akal dan mampu maju ke depan,” tegasnya.
Moga semangat juang Asya menggapai kejayaan dalam hidup menjadi sumber inspirasi kepada para wanita. Percayalah, gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh sewaktu majlis Anugerah Oscar baru-baru ini nyata membuka mata banyak pihak apatah lagi kejayaannya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Everything Everywhere All At Once membuka pintu buat wanita-wanita berlainan warna kulit teruatama dari benua Asia.
Dan baru-baru ini, Tan Sri Michelle Yeoh memukau hadirin yang hadir ke Festival Filem Cannes 2023 menyarung persalinan Balenciaga berona hijau nyata mempersonakan.
Bintang Everything Everywhere All At Once yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh juga turut hadir menerima pengiktirafan di Festival Filem Cannes apabila dia dianugerahkan dengan anugerah khas Kering’s Women in Motion Award.
Yeoh, yang turut memenangi Anugerah Golden Globe dan SAG tahun ini, menerima tepukan gemuruh tetamu termasuk Leonardo DiCaprio, Isabelle Hupert, Rebel Wilson, Alfonso Cuaron, Salma Hayek, presiden juri Ruben Östlund, ahli juri Paul Dano dan Brie Larson, Presiden Festival de Cannes Iris Knobloch, dan Pengarah Festival Cannes, Thierry Frémaux.
“Sudah terlalu lama kami sebagai wanita terpaksa berada di belakang dan tidak dimasukkan sebagai topik perbincangan. Kami sering diberitahu pintu untuk kami sudah ditutup.
“Virginia Woolf pernah berkata, ‘tidak ada pintu pagar, tiada kunci, tiada bolt (besi halangan) yang boleh anda pasangkan pada kebebasan fikiran saya.’ Idea kami (wanita) tidak berkesudahan. Semangat kami tidak terhingga. Dan kami datang untuk mengetuk pintu itu,” kata Yeoh dalam ucapan.
Yeoh seterusnya menyebut beberapa watak ikonik yang pernah dipegangnya, “yang kuat, berkebolehan dan tidak takut untuk membela diri sendiri,” termasuk Wai Lin dari Tomorrow Never Dies, Yu Shu Lien dari Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Evelyn Wang dari Everything Everywhere All At Once.
“Mereka telah mengajar saya banyak perkara tentang bagaimana saya ingin bergerak dalam dunia, iaitu dengan integriti, dengan kekuatan dan lebih penting, kasih sayang,” katanya.
Penerima anugerah itu sebelum ini termasuklah Viola Davis, Jane Fonda, Geena Davis, Susan Sarandon, Isabelle Huppert, Patty Jenkins, Gong Li dan Salma Hayek.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!