Gaya Hidup

Penjagaan Aksesori Pun Penting! Baru Boleh Pakai Berulang Kali Dan JIMAT Duit.

Wanita memang sukakan aksesori! Tiap kali berpakaian, pasti akan memadakannya dengan aksesori tambahan.  Namun, aksesori perlu penjagaan khas agar tahan lebih lama. Walaupun harga aksesori anda tidak mahal mana, tapi jagalah ia dengan baik agar boleh digunakan berulang kali. Jom Nona kongsikan tip penjagaan aksesori agar tahan lebih lama dan sentiasa berada dalam keadaan baik!

 

SAPUKAN PENGILAT KUKU

Jika anda penggemar aksesori berbatu, pastikan anda ada sebotol pengilat kuku lutsinar dalam simpana. Sapuan pengilat kuku lutsinar adalah sebagai gam supaya batu pada aksesori tidak mudah jatuh. Selain dari itu, ia akan membuat kilauan batu lebih bersinar!

BEKAS KHAS

Bagi memelihara warna aksesori agar tidak mudah luntur, sediakan bekas yang khas buat aksesori  anda. Asingkan aksesori emas dan perak. Lebih elok disimpan dalam bekas yang bertutup supaya udara tidak mudah masuk dan mengurangkan tidak balas pengaratan berlaku.

 

GEL SILIKA

Jika kamu beli kasut atau beg, periksa dalam kotak kasut dan dalam beg pasti ada gel silika yang digunakan untuk menyerap kelembapan supaya tidak mudah berkulat. Ambil gel silika itu dan letak di tempat penyimpanan aksesori.

IKLAN
Share