Penyanyi NICKY ASTRIA Terima Menantu, Kejelitaan Bintang Rock Indonesia Ini Raih Perhatian!

Lagu dendangan Nicky Astria, Mengapa sememangnya amat popular di Malaysia. Lagu yang mempunyai nada tinggi yangditerbitkan pada tahun 1995 dan masih popular sehingga ke hari ini.


Pelantun lagu tersebut, Nicky Astria atau nama sebenarnya Nastiti Karja Dewi kini telah mencecah usia 55 tahun dan masih kekal cantik walaupun kini sudah mengenakan hijab.

Mendapat jolokan lady rocker Indonesia karena suaranya yang bertenaga dan memiliki range vokal yang berbeza. Bahkan, Nicky turut digelar penyanyi wanita yang mempunyai mutu vokal terbaik di Indonesia. Malah, dirinya merupakan penyanyi dengan vocal range

hingga empat oktaf dengan memiliki jenis suara Power Soprano!

Kekal jelita di usia 55 tahun, selebriti yang mempunyai paduan vokal yang mantap ini rajin bersenam untuk mengekalkan stamina serta menjaga kesihatannya apatah lagi kerana dirinya masih aktif menerima persembahan nyanyian.


Nicky Astria memilih melakukan senaman di gimnasium untuk mengekalkan tahap kecergasan optimum di mana wanita ini sering berkongsi aktiviti bersama rakan-rakan melakukan aktiviti riadah bersama-sama di laman Instagram miliknya.


Bercerita mengenai keluarga, rupa-rupanya Nicky Astria baharu sahaja menerima ahli keluarga baharu minggu lalu apabila anak perempuannya, Zana Cobhita Arethusa melangsungkan pernikahan bersama pilihan hatinya, Dimas Ahmad Samudra. Pasangan mempelai memilih melangsungkan pernikahan mengenakan busana Sunda yang gilang-gemilang.


Zana Cobhita Arethusa merupakan anak sulung Nicky Astria hasil perkahwinannya dengan seorang ahli politik, Satria Kamal. Pasangan itu mempunyai dua anak sebelum mereka bercerai pada awal 2000-an. Wajah Zana saling tidak tumpah wajah ibunya ketika di zaman kegemilangan era 90-an!


Nicky Astria kemudian berkahwin dengan Hendra Priyadi, pemilik sebuah studio muzik pada tahun 2003. Pasangan itu bercerai setahun kemudian. Beliau berkahwin dengan Gunanta Afrina pada tahun 2005 dan pasangan ini mempunyai seorang anak,Kaia Nicolee Muqoddisa.


Walaupun usianya sudah menjangkau 55 tahun, Nicky Astria masih aktif dalam dunia hiburan dan kerap mengadakan persembahan di negara kelahirannya. Malah penyanyi solo lagenda Indonesia baharu selesai mengadakan konsert tunggal bertajuk “Semusim Nicky Astria, Live In Concert” pada 8 Oktober 2022 lalu di Jakarta.
Konsert tersebut telah mengubati rasa rindu para peminatnya sejak kali terakhir Nicky mengadakan konsert berjudul “Terus Berlari” yang diadakan kira-kira tiga tahun yang lalu.

IKLAN
Share