Percutian REWARD Diri NABILA HUDA & ‘BFF’, PEMANDANGAN Paling INDAH Ini Hanya Di Dalam Negara!

 

Memang tak puas menatap foto percutian ibu dan anak, Nabila Huda dan Keisha Laila atau akaun Instagramnya Lil Kupu-kupu sebelum arahan PKPB. Pemandangan dan feel holiday mereka berdua ini dah macam aura di luar negara. Dalam salah satu caption Nabila, memang memberi erti mendalam dan patut juga kita gunakan ‘alasan’ yang sama untuk melempiaskan kepenatan bekerja.

Nabila Huda Suhaimi, 36, mengambil peluang untuk bercuti bersama-sama anaknya Keisha dan menikmati pemandangan yang begitu indah itu selepas selesai penggambaran filem yang belum diuar-uarkan.

Bukan sahaja percutian di Ambong yang menjadi pilihan Nabila atau mesra dengan sapaan Abil. Malah dia dan suaminya juga mempunyai banyak aktiviti luar yang begitu menyeronokkan. Siapa kata bila usia semakin meningkat, kita menjadi orang yang tidak menyeronokkan? Lihat sahaja kalendar percutian Abil dan keluarganya!

Abil memang cukup dikenali sebagai aktres yang mempunyai bakat besar dalam lakonan. Melihat setiap teaser yang dikongsi di akaun Instagram, watak yang dilakonkan dibawa dengan penuh penghayatan.

Tak habis dengan itu, akaun Instagram di bawah nama Kupu-kupu juga mengetengahkan aktiviti Abil terutamanya video memasak yang nampak ringkas tapi lazat. Abil juga memiliki jiwa seni yang kuat dan dapat dilihat melalui lukisan akrilik yang dihasilkan.

Buat anda yang ingin memenuhi masa lapang, mungkin boleh cuba aktiviti yang Abil lakukan. Selain upgrade skil memasak, boleh juga mula buat jadual percutian untuk masa akan datang.

 

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

IKLAN
Share