Perdana Menteri Tertua Di Dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad Sambut Hari Lahir Ke-94

Selamat Hari Jadi Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 94. Semoga Tun Mahathir panjang umur, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmatNya.

Nama Tun Dr Mahathir Mohamad telah terpahat dalam sejarag dunia apabila muncul sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia. Lebih istimewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah dua kali menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih semula menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada 10 Mei tahun lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat disegani pemimpin negara dunia pertama, negara maju mahupun negara membangun. Ramai pemimpin dunia menghormati kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ini.

Gambar pertama dikongsikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di laman Instagram miliknya, Mac tahun lalu.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilahirkan pada 10 Julai 1925 namun tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Ibu bapa Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi dan beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada tahun 1956 dan mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu selama 22 tahun.

Dikenali sebagai Bapa Pemodenan di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir muncul kembali di arena politik apabila menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.

Sumber: Sinar Harian
Foto: Instagram @chedetofficial

IKLAN
Share