Bekas personaliti televisyen yang juga isteri kepada usahawan empayar Naza Group ini memang sering menjadi perhatian khalayak. Bukan saja kerana wajah cantik dan popularitinya sebagai selebriti. Tetapi juga kerana cita rasa fesyen Marion yang sentiasa memukau hingga menjadi buruan jenama mewah.
Pendek kata, apa saja yang dipakai Marion pasti terletak indah dan cantik. Baru-baru ini sempena menyambut keberkatan bulan Ramadan, dia dan suami tercinta iaitu SM Nasarudin turut membawa tiga cahaya mata mereka menyambut iftar bersama-sama.
Namun, yang menarik perhatian ialah keluarga bahagia ini menikmati suasana berbuka puasa bersama kanak-kanak dan golongan kurang bernasib baik di ibu negara.
Alhamdulillah, kagum dengan cara didikan Marion dan Nasa yang mendedahkan anak-anak mereka dengan dunia kebajikan di samping menyemai rasa prihatin seawal usia kecil lagi.
Berkongsi momen iftar di MITEC pada 16 April lepas, Marion tampil sedondon dengan keluarga tersayang dalam busana indah Alia B rona merah jambu.
“Grateful that we were able to gather once again after so long to break fast with the lovely kids from Pertubuhan Kebajikan Sosial Sentul Pasar and Rumah Perlindungan Nur Qaseh.”
Ads
Keluarga ini kemudian mengadakan majlis iftar di MATRADE Exhibition and Convention Centre. Kali ini Marion, suami dan anak-anak sedondon menggayakan persalinan motif batik rona putih dan biru.
Daripada perkongsian gambar majlis tersebut di Instagram Marion, sambutan iftar tersebut turut dihadiri ibu mentua, ipar duai termasuk Diana Nasimuddin dan Nadia Nasimuddin. Meriah!
Kongsi Marion, “The batik crew. After what felt like a very long week, I’m so thankful that we were able to gather once again to break fast with the wonderful kids from Pusat Tahfiz Darus Syabab, Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah & Pertubuhan Baitus Sakinah Hidayah. Alhamdulillah for little blessings.”
Awal April lalu Marion sekeluarga baru pulang dari percutian di Dubai. Sepanjang berada di sana, mereka turut berpeluang berbuka puasa di padang pasir di samping menunggang unta pada waktu malam.
Marion berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin pada Disember 2010. Hampir 12 tahun bergelar isteri, Marion yang bakal berusia 42 tahun 5 November depan dikurniakan tiga cahaya matai aitu Leia, Lana dan Liam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman maklumat di hujung jari, serba-serbi kita Google saja sekarang. Taip apa saja dalam kotak enjin carian, semua maklumat yang dikehendaki terpampang di depan mata.
Istilah Google itu sendiri ibarat satu frasa yang menggambarkan bagaimana kita mencari sesuatu informasi menggunakan kemudahan online. Mesti anda biasa dengar, ‘Eh, buat apa pening. Gugel aje la!’, betul tak?
Apakah yang selalu dicari oleh rakyat Malaysia menggunakan Google? Resipi? Sukan? Atau gosip-gosip terbaru? Google Malaysia hari ini mendedahkan senarai carian Internet paling trending di negara kita sepanjang tahun 2017.
Mendahului pencarian teratas sepanjang tahun 2017 ini adalah BR1M, sebuah program dana bantuan kerajaan untuk rakyat berpendapatan rendah.
Menyusul di belakang adalah teledrama hit, Hero Seorang Cinderella, diikuti carian Sukan SEA 2017 di tempat ketiga.
Carian tempat keempat diduduki oleh sebuah lagi teledrama popular, Titian Cinta diikuti SAPS NKRA, atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan untuk kemudahan guru atau ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan murid di sekolah.
Mengekori rapat di tempat keenam adalah thriller blockbuster, Fast & Furious 8, seterusnya komedi romantik Suamiku Paling Sweet, lagu Despacito, undian program realiti TV India Bigg Boss Vote dan kereta baru MyVi 2018, di tempat ke-10.
Ini pula senarai individu paling trending sepanjang 2017 melalui Google:
(1) Izara Aishah(2) Gal Gadot(3) Hannah Delisha(4) Afifah Nasir(5) Aiman Tino(6) Faiz Subri(7) Aliff Aziz(8) Alicia Amin(9) Fathia Latiff(10) Mat Over
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jutaan tahniah buat atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya ‘menghadiahkan’ emas sulung di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 28 Ogos lepas. Jaguh powerlifting tersebut mewakili Malaysia dalam kategori lelaki 72 kilogram.
Menerusi acara tersebut Bonnie bukan hanya menjuarai emas bahkan mencatat kejayaan berganda buat rakyat Malaysia dengan memecahkan rekod Paralimpik sebelum ini.
Terdahulu, rekod acara powerlifting kategori berkenaan dipegang atlet dari Iraq iaitu Rasool Mohsin dengan angkatan 227 kilogram. Namun Bonnie yang berusia 22 tahun berjaya mengatasi rekod tersebut dengan mencatat angkatan seberat 228 kilogram.
Menelusuri latar belakang Bonnie, atlet ini dilahirkan di Sarawak pada 3 Jun 1999 dan mula menjalani latihan sukan powerlifting pada tahun 2014 ketika berusia 15 tahun. Memetik biografi Bonnie dalam portal Olympics.com, dia mengikut jejak langkah bapanya iaitu Gustin Jenang yang merupakan bekas atlet para powerlifting.
Bapa Bonnie sebelum ini pernah bertanding di Kejohanan Dunia Kuala Lumpur 2010. Sementara abang Bonnie, Bryan Junancey Gustin juga aktif menyertai sukan di peringkat antarabangsa.
Setahun selepas bergiat aktif dalam sukan ini pada tahun 2015, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun membuat keputusan nekad untuk berhenti sekolah demi memberi sepenuh tumpuan kepada karier sukannya.
Bonnie membuat penampilan sulung sebagai atlet para powerlifting di peringkat antarabangsa pada tahun 2017. Dua tahun kemudian, dia berjaya memenangi pingat emas kategori 65 kilogram di 2019 World Championships Nur-Sultan, Kazakhstan.
Pada tahun yang sama juga Bonnie dipilih sebagai Atlet Para Terbaik 2019 oleh Sportswriters Association of Malaysia.
Syabas dan tahniah buat Bonnie! Moga kejayaan yang diraih menjadi suntikan inspirasi buat rakyat Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanser payudara adalah penyakit nombor satu bagi kaum wanita. Usah ambil mudah tentang perkara ini kerana dikhuatiri anda bakal tergolong dalam penyakit ini. Terdapat beberapa makanan yang disyorkan untuk membantu dalam pencegahan risiko kanser payudara. Ingat, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun amat baik untuk diambil secara rutin. Lemak sihat ini boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan.
BUAH OREN
Ia kaya dengan vitamin C, serat, beta karoten dan antioksidan yang boleh mengelakkan anda daripada radikal bebas penyebab kanser. Anda boleh memakannya secara terus atau dijadikan sebagai jus.
TOMATO
Tomato amat disarankan untuk mengatasi ketumbuhan dan kanser. Gabungan tomato, lobak merah dan epal amat sesuai untuk diambil oleh pesakit ketumbuhan dan kanser payudara. Tomato juga kaya dengan likopen, potassium, fosfor dan zat besi. Ia membantu memebuhi keperluan badan wanita termasuk menyihatkan payudara.
KACANG SOYA
Tauhu, tempe atau soya adalah makanan ‘wajib’ yang perlu anda ambil setiap hari. Contoh, wanita Jepun kerap menggunakan soya untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Walau pun ada yang mengatakan soya tidak membantu dalam melawan kanser dan ketumbuhan namun ia membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dengan protein yang terdapat dalam soya. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.