Ads

Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak!

Anis Nabilah Reda Pemergian Bapa
Anis Nabilah Reda Pemergian Bapa

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah jugalah tempat kita kembali. Takziah buat cef selebriti, Anis Nabilah Umaruddin dan keluarga atas pemergian bapa tersayang iaitu Umaruddin Yahya baru-baru ini.  

Khabar pilu berkenaan dikongsikan Anis Nabilah di media sosial miliknya beberapa hari selepas figura bapa penyayang tersebut kembali ke rahmatullah.  

Bapa Anis Nabilah Meninggal Dunia

Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak!

Memetik kenyataan personaliti berusia 40 tahun ini, Allahyarham bapanya meninggal dunia pada hari Jumaat lalu bersamaan 2 Ramadan. Masih terasa kehilangan, Anis Nabilah turut memuat naik foto kenangan bersama lelaki pertama yang disayanginya itu.

Sambil menyifatkan arwah seorang bapa pemurah dan baik hati.  

“My heart, the first man I ever loved, my imam, has left us. Last Friday, on the second day of Ramadan at 8.50 pm, just as we were entering the third night of this blessed month, my father, Umaruddin bin Yahya returned to Allah.” 

Ads

Meskipun berat menerima kenyataan yang bapa tersayang tidak akan kembali lagi namun Anis Nabilah reda menerima ketentuan takdir. Apatah lagi, Allahyarham bapa pergi pada penghulu segala hari dan bulan penuh keberkatan.  

Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak!

Jelas personaliti televisyen yang popular menerusi program masakan Icip Icip ini, bapanya membesarkan lapan orang anak dengan baik dan sentiasa menerima baik kehadiran sesiapa sahaja dalam keluarga mereka.  

Peribadi Allahyarham Bapa Anis Nabilah

“Memberi adalah jati dirinya. Dia sangat suka memberi makan kepada orang lain, berkongsi apa sahaja yang dia miliki dan benar-benar percaya bahawa apabila kita memberi, Allah akan menjaga kita.  

Ads

Dan sepanjang hidup kami, Allah sememangnya menjaga kami. Sentiasa ada rezeki yang mencukupi. Mendengar begitu banyak cerita indah tentangnya sejak beberapa hari lalu memberikan kami kekuatan, mengetahui betapa dia sangat disayangi,” tulisnya. 

Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak! Perginya Figura Bapa Penyayang Pada 2 Ramadan, Anis Nabilah Reda & Hargai Jasa Arwah Bapa Besarkan 8 Anak!

Tambah Anis, dia juga mengagumi kesetiaan arwah bapa terhadap ibunya, Sharifah Bibi dan berdoa agar ratu hati kesayangan diberi kekuatan serta semangat untuk menempuh kehilangan ini.

Ads

Selain mendoakan ketenangan dan keampunan buat arwah bapa serta abang iaitu Adam Emir yang meninggal dunia pada tahun 2016.  

Bakat Anis Nabilah mula bersinar ketika mengacarakan program masakan Icip Icip pada tahun 2007 dan makin bertapak kukuh dalam industri kulinari tanah air. 

Artikel https://www.nona.my/berjuta-juta-rakyat-gaza-hadapi-kebuluran-paksa-anis-nabilah-berhenti-share-content-makanan-tanda-solidariti-saudara-di-bumi-anbia/

Dia juga mempunyai pakej lengkap yang cantik dan berilmu, di samping memiliki kepakaran dalam menyediakan juadah pencuci mulut, sajian tradisional Melayu dan Barat yang meraih pengiktirafan ramai. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Parkir ‘Profesor Madya’ Saksi Doa Seorang Ayah, Dr Norzizi Zulkifli Genggam...

Dr Norzizi Zulkifli akhirnya bergelar Profesor Madya selepas enam tahun, dengan parkir khas itu menjadi saksi impian dan doa arwah bapanya, Datuk Zulkifli Zain yang tidak pernah terhenti.