Produk Jamu Mak Dara diketahui dan diamalkan untuk tujuan menjaga kesihatan tubuh badan. Diakui produk Jamu Mak Dara pernah mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam penerimaan kaum wanita sebagai alternatif mengamalkan jamu untuk kekal cantik dan sihat.
Pun begitu, kita telah dikhabarkan dengan berita duka hari ini apabila pengasas produk jenama Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.00 malam Ahad.
Berita duka itu disahkan oleh anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, iaitu SM Gadaffi Syed Ali.
Ads
Jelas Gadaffi atau mesra disapa Abib, arwah terdahulu seakan sudah memberi bayangan untuk ‘pergi’, namun mahu melihat dia terlebih dahulu hadir mengambil ijazahnya di majlis konvokesyen yang berlangsung pada siang Ahad.
Sedih dengan berita pemergian ibu tercinta, Abib yang sememangnya rapat dengan ibunya dan bersama-sama meneruskan empayar JMD bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi. Baginya, dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
Sumber: Keluarga
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allahu, meremang bulu roma dengar pendedahan Shima sewaktu pemergiannya ke Tanah Suci pada Januari 2018. Walaupun sudah dua tahun berlalu, namun insiden mendirikan solat di depan Kaabah dalam keadaan hujan lebat cukup terkesan di hati pelantun lagu Teringin ini. Kelu melihat kejadian berkenaan, Shima rasa terpanggil untuk berkongsi detik-detik yang dilaluinya saat itu dengan harapan ia mampu meningkatkan lagi ketakwaan kita semua sebagai hamba Allah SWT.
Ditemui ketika sesi fotografi bersama Nona, pemilik nama Ku Nazatul Shima Ku Kamaruzzaman ini membuka bicara. “Saya ingat lagi waktu itu di Mekah dan hari Jumaat. Saya dan Raja Nurfatimah Mawar dapat solat betul-betul di depan Kaabah. Punyalah lebat hujan, tapi dalam basah pun kami tetap solat. Lepas solat, saya bangun tengok semua kering je. Terus terdetik rasa, eh.. macam tak ada apa-apa berlaku. Kuasa Allah, ” kongsi Shima sambil tersenyum manis.
Memang seronok dengar pengalaman Shima ketika mengerjakan umrah di Mekah tajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 26 Januari 2018. Mengulas lanjut memori indah sepanjang berada di sana, penyanyi berusia 51 tahun ini berkata salah satu peristiwa manis dan tidak dapat dilupakan adalah ketika dia ingin menunaikan solat di Raudah.
“Masa masuk Raudah saya terus berdoa, ‘Ya Allah Ya Tuhanku, izinkan aku solat di sini’. Habis je doa saya tengok daripada suasana ramai orang yang bertolak-tolak di dalam tu, seolah-olah ada satu bulatan kecil untuk saya. Macam semua orang ke tepi dan ada laluan kecil di situ yang membolehkan saya bersolat. MashaAllah, memang ajaib.”
Kongsinya lagi, “Di Madinah waktu tu sejuk tapi di Mekah dah panas. Peliknya, saya tak terasa panas pun dan tak ada berpeluh-peluh sampai sekarang walaupun dah bertudung.
Saya memang dah lama teringin berhijab dan simpan niat dalam hati. Pernah juga terdetik kalaulah dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci, aku akan terus berhijab. Kuasa Allah, tak lama lepas tu saya dapat tawaran mengerjakan umrah dari Jabatan Perdana Menteri dengan beberapa rakan artis.
Setibanya di sana saya rasa tenang sangat. Saya cakap dengan mutawif, balik nanti saya nak bertudung terus. Alhamdulillah, sampai sekarang saya makin selesa berhijab.”
Tambahnya lagi, “Masa first time nampak Kaabah, perasaan tu memang sukar nak ungkap. Dari KL saya dah mula rasa takut sebab kita rasa dosa kita tu dah banyak sangat. Dalam hati cakap, janganlah sampai tak nampak Kaabah nanti.
Masa buat umrah pertama, mutawif tunjuk ke arah Kaabah. Saya nampak je terus menitik air mata. Terus ter’flashback’ apa yang kita buat muda-muda dulu. Perkataan pertama, MashaAllah. Tersergam indah di tengah-tengah tu. Terasa tenang sangat. Masa dapat peluang masuk Raudah, macam-macam saya berdoa. Hijir Ismail pun saya dapat masuk. Rezeki.”
Disebabkan kurang tawaran menyanyi dan keadaan Shima yang menderita sakit slip disc, isteri Abdullah Rusli ini akhirnya membuka warong makan Teringin di perkarangan rumahnya untuk menampung hidup.
Walaupun keuntungan yang diterima tidak semewah mana, namun sekurang-kurangnya ia mencukupi untuk perbelanjaan mereka suami isteri di samping keperluan ubat-ubatannya setiap bulan.
“Saya dah rasa dunia glamor ini.. cukuplah. Dah rasa semua. Kita ni macam roda ada masa di atas, ada masa di bawah dan jatuh terduduk. Kena kuat, bangun dan berusaha. Alhamdulillah, suami banyak beri sokongan juga dari keluarga dan ibu. Tidak kira sesiapa pun walau bukan artis misalnya suri rumah tangga, kena kuat dan bangun. InshaAllah rezeki tak akan salah alamat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rambang mata tengok himpunan koleksi terbaharu, TudungRuffle! Hadir dalam pelbagai variasi warna menarik, jenama hijab popular ini melakar pencapaian tersendiri apabila menjalin kolaborasi sulungnya bersama jenama fesyen ternama, WooFiziWoo.
Pengasas TudungRuffle, Hanis Arif berkata dia teruja dan berbesar hati dapat berkolaborasi bersama pereka fesyen Fizi Woo untuk koleksi raya ini memandangkan label fesyen tersebut cukup disegani.
Selain mementingkan rekaan dan kualiti terbaik kepada pelanggan!
Fizi Woo dalam pada itu menyambut baik usaha sama berkenaan dan berpeluang menimba pengetahuan berkaitan selok-belok penghasilan hijab.
Apatah lagi, TudungRuffle merupakan antara jenama hijab popular dan sering menjadi rebutan para hijabi.
Koleksi raya ‘WooFiziWoo X TudungRuffle’, Woo Memory Lane ini dihasilkan dalam rekaan Bawal dan Shawl serta terbahagi kepada Woo Memory Lane Heritage dan Woo Memory Lane Mansion.
Ia mengambil inspirasi zaman kanak-kanak Fizi Woo di Pulau Pinang di samping mengetengahkan motif dan elemen tradisional serta warisan Baba Nyonya.
Pengasas jenama Leeyana Rahman selamat bersalin anak ketiga pada 11 November lepas. Lebih istimewa, dia dan suami tercinta iaitu Muhammad Hafiz Abdul Hamid menerima kehadiran cahaya mata tersebut saat usia perkahwinan mencecah 10 tahun!
Berdepan pelbagai dugaan hidup berumah tangga, pemilik nama Nur Liyana Abdul Rahman atau mesra disapa Yana bagaimana pun reda dan tabah mendepani kehidupan di samping keluarga tersayang.
Dia melahirkan anak ketiga yang juga bayi perempuan comel diberi nama Mellysa Rose Muhammad Hafiz pada 11 November lepas dengan berat 3.2 kilogram.
“Kenalkan baby ketiga aka anak bongsu kami, Hajah Mellysa Rose bt Muhammad Hafiz. Korang tengok muka macam siapa?
Alhamdulillah anak yang baik tak kuat ragam. Thank you Hafiz Hamid setiap malam jaga anak.”
Tambahnya, “Tuhan, terima kasih atas segala nikmat yang tak terhitung jumlahnya, semoga engkau selalu memudahkan apa yang ku rasa sulit dan melapangkan apa yang ku rasa sempit.
Hadiah seketul anak 3.2 kg sempena anniversary yang ke 10 untuk suami. Harap-harap ada sistem barter mana tahu dapat 3.2 kg gold bar!!”
Dalam pada itu, pengasas Leeyana Rahman ini turut berkongsi pengorbanan manis bergelar seorang ibu.
“Bila dah bersalin ni, geng mak-mak je faham apa yang kita kena hadapkan. Perut menggelebeh, stretch mark, bekas jahitan, badan jadi tak kuat macam dulu, selalu sakit belakang, bila mental tak okey susu pula jadi drop, lepas tu jap lagi fasa rambut gugur pula. Hmm itulah pengorbanan seorang ibu.
I doakan siapa-siapa followers I yang belum dikurniakan zuriat, Allah bagi korang rasa jadi ibu nanti, tepat pada masanya. Aminn.”
Yana mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Abdul Hamid pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tyara Luthfia dan Hanna Qhalisya.
Semoga empayar Leeyana Rahman terus sukses dan rumah tangga Yana serta Hafiz dilindungi Allah SWT sampai ke syurga.
Kemunculan Ummi Nazeera yang bertandang ke sebuah sekolah baru-baru ini bagi menjayakan satu majlis sumbangan nyata menarik perhatian khalayak. Jika sebelum ini kelibat figura berkenaan sering dilihat pada majlis anugerah dan fesyen tetapi kali ini Ummi tampil berbeza sebagai tetamu kenamaan dalam acara formal.