
Guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh menyifatkan perjuangannya masih belum selesai meskipun Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan beliau tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil.
Sebagai mana ditegaskan sebelum ini, apa jua keputusan yang dibuat KPM terhadap dirinya bukan fokus utama sebaliknya perlu tertumpu kepada kelemahan sistem pendidikan yang perlu diperbaiki.
“Sama ada saya dikatakan bersalah atau tidak, itu nombor dua. Kalau tak bersalah alhamdulillah rezeki seperti mana dah terbukti tak salah. Alhamdulillah rezeki.
“Pertama, tolong jangan lari pada fokus. Fokusnya ada kelemahan dan kerosakan dalam sistem kita bukan saja sistem pendidikan sahaja tapi saya fokus pada pendidikanlah sebab saya dalam pendidikan.
“Kelemahan ini kita sangat berharap diubah. Ada tindakan susulan daripada kes viralnya saya ni, ada tindakan, ada perubahan yang ke arah kebaikan. Itu je yang saya nak.
“Saya bukan nak apa-apa. Saya nak generasi kita, anak-anak kita dapat hak mereka. Pendidikan kita lebih berkualiti,” katanya menerusi Live di Facebook pada Selasa (18 Oktober 2022).”
baginya, sukar untuk melakukan perubahan selagi terdapat sebahagian mereka yang mempunyai kuasa menekan bawahan supaya meneruskan budaya yang tidak sihat.
“Surat itu tak sepatutnya sampai kerana tak setimpal dengan kesalahan. Ia tak masuk akal melainkan ada tangan ghaib yang mampu mempengaruhi yang benar-benar berkuasa mampu mempengaruhi untuk keluarkan.
“Tangan ini masih wujud di atas sana dan mereka perlu disingkirkan daripada sistem. Minta mereka bersara awal. Lantik mereka yang berintegriti. Itu tujuan saya.
“Perjuangan saya di situ. Perjuangan saya bukan untuk dapat jadi cikgu balik atau didapati tidak salah,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menzahirkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada Lembaga Tatatertib yang bersidang dengan jujur dan amanah.
Menerusi hantaran di Facebook sebelum itu, beliau meminta agar mana-mana pihak yang menyebarkan surat keputusan Lembaga Tatatertib KPM menarik balik gambar surat berkenaan kerana merupakan dokumen sulit.
Sumber: Sinar Harian
Kredit Foto: Facebook Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!






Majlis Pelancaran The Journey Of Humankind dan siri animasi Musa Kalamullah anjuran aplikasi Nurflix telah disempurnakan hari ini dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat antaranya termasuklah Pengerusi Nurflix, Tan Sri Syed Zainal b Syed Mohd Tahir, Syah Mohamed, Ketua Pegawai Esekutif Nurflix serta Mushrif Nurflix, Habib Ali Zaenal Abidin.
Antara selebriti yang turut sama menyumbangkan suara untuk siri animasi tersebut termasuklah Dato Tuan Asmawi (Firaun), Dai Syed (Firaun muda), Hana Ismail (Permaisuri Asiah), Ustazah Asni Mansor (Yukabid), Heliza Helmi (Maryam), Irma Hasmie (Safura) dan Hazwani Helmi.















