Dunia seni tanah air semalam digemparkan dengan kematian mengejut pelakon vateran, Ridzuan Hashim yang yang menghembuskan nafas terakhir sekitar pagi semalam.
Bercakap pada Harian Metro, bekas isteri arwah pelakon Didie Alias mendedahkan dia dan keluarga sudah lama mengetahui tentang sakit jantung dihadapi oleh bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim.
“Ksemua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.
“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.
Ads
Malah dia pernah berbincang dan meminta anak-anak untuk menemani Ridzuan yang juga aktor oleh kerana arwah tinggal bersendirian. Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya.
“Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali.
Ads
Didie berkata, arwah sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan Dhanial yang akan berlangsung dua minggu lagi sekali gus membuatkan anak mereka itu terkilan tanpa kehadiran bapa.
Didie dan Ridzuan berkahwin pada 1991 dan bercerai 11 tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun (MHLW) akan menawarkan imbuhan kewangan tambahan kepada ibu bapa yang melahirkan anak bagi mengatasi kadar kelahiran rendah dalam kalangan penduduk, lapor akhbar Japan Today semalam.
Sebelum ini, ibu bapa baharu di Jepun akan menerima Geran Bersalin dan Penjagaan Anak sebanyak 420,000 yen (RM13,517) selepas kelahiran anak mereka.
Bagaimanapun, kementerian tersebut merancang meningkatkan jumlah bantuan kepada 500,000 yen (RM16,091) semasa mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Fumio Kishida mengenai cadangan itu minggu lepas.
Bantuan itu dijangka akan diluluskan dan berkuatkuasa untuk tahun fiskal 2023 yang bermula pada musim bunga. Geran itu dibiayai melalui sistem insurans perubatan awam Jepun.
Bagaimanapun, penambahan dalam bantuan itu didakwa tidak akan memberikan kesan yang jelas terhadap insentif tersebut ekoran baki wang yang dijangka tinggal selepas bersalin.
Menurut akhbar Maniachi Shimbun, purata kos untuk melahirkan seorang anak di seluruh Jepun adalah kira-kira 473,000 yen (RM15,222).
Walaupun kenaikan bayaran berlaku, ibu bapa akan melihat jumlah baki bantuan 30,000 yen (RM965) selepas mereka keluar dari hospital.
Mereka mendapati wang yang diberi tidak akan mampu menampung jumlah kos untuk membesarkan anak sehingga dewasa.
Isu utama dalam ketidakyakinan ibu bapa adalah keupayaan mereka untuk menampung dan mengekalkan kebahagiaan keluarga sambil mengimbangi kehidupan bekerja dan peribadi ketika anak membesar.
Kegusaran itu menjadi faktor kepada kadar kelahiran yang rendah termasuk perbelanjaan untuk melahirkan anak. – Agensi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita pemergian penyanyi Amerika kelahiran Hong Kong yang cukup popular suatu ketika dahulu dengan lagu Do You Want My Love dan Before I Fall In Love, Coco Lee yang meninggal dunia secara mengejut akibat kemurungan pada usia 48 tahun pada Rabu lepas nyata menggemparkan satu dunia.
Coco Lee dilihat telah meninggalkan legasi dan karya yang cukup memberikan inspirasi serta menyentuh hati ramai orang. Di sebalik kejayaannya dalam industri muzik, tak semua tahu keinginan dan impian Coco Lee sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang baik.
Coco telah berkahwin dengan hartawan Kanada, Bruce Rockowitz selama 12 tahun, tetapi pasangan itu diduga dengan masalah untuk mendapatkan anak. Dengan jarak usia sebanyak 18 tahun, Bruce mempunyai dua anak dari hasil perkahwinannya sebelum ini.
Bruce juga didapati telah curang dengan Coco Lee dan menyalahkannya atas apa yang terjadi dan anak-anak tirinya juga dilihat semakin menjauhkan diri darinya. Akibat dari kemurungan, Coco Lee pernah kehilangan berat badan dan hanya seberat 42 kg berikutan kesihatan fizikalnya yang semakin merosot.
Coco Lee yang bermaustautin di Los Angeles bersama suaminya, dikhabarkan telah menjalani sembilan proses Persenyawaan Dalam Vitro (IVF) dengan harapan untuk hamil. Dalam satu temubual, Coco Lee pernah mendedahkan pengalaman peritnya menjalani proses berkenaan.
“Prosesnya sangat sukar. Saya cukup mengagumi wanita yang terpaksa melalui cabaran ini. Anda perlu mengambil suntikan selama 10 hingga 14 hari, tetapi saya terpaksa mengambilnya selama tiga minggu kerana badan saya tidak bertindak balas. Saya terpaksa mengambil lebih banyak suntikan berbanding wanita lain, dan ia sangat menyakitkan.”
Coco Lee turut berhadapan dengan cabaran untuk kembali sihat selepas menjalani pembedahan major memperbaiki kecacatan sejak lahir yang dihadapinya di bahagian pelvis dan kaki yang membelenggunya selama bertahun-tahun.
Pembedahan selama dua jam itu memaksa Coco untuk belajar berjalan semula. “Saya dilahirkan dengan kecacatan pada kaki kiri saya. Semasa saya membesar dan sedang cuba untuk berjalan, ibu saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan menghantar saya ke hospital untuk pembedahan sewaktu saya berusia dua tahun. Malangnya pembedahan itu tidak berjaya,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosialnya.
Selain itu, penerbit dan komposer kelahiran Korea Selatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Jae Chong turut mendedahkan Coco Lee turut bertarung dengan penyakit kanser payudara beberapa bulan sebelum meninggal dunia.
Mendedahkan perkara itu menerusi laman Instagram (IG) Jae berkata Coco melawan derita kanser payudara tanpa pengetahuan ramai kerana enggan membuatkan peminat dan keluarga terdekatnya risau.
Dalam satu catatan di media sosial, kakaknya Nancy Lee berkata, penyanyi popular itu yang mengalami masalah kemurungan, menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari berada dalam keadaan koma.
“Dengan kesedihan yang mendalam, kami di sini untuk menyampaikan berita paling menyedihkan. Coco bertarung dengan masalah kemurungan selama beberapa tahun tetapi keadaannya merosot secara drastik sejak beberapa bulan lalu.
“Walaupun Coco mendapatkan bantuan profesional dan melakukan yang terbaik untuk melawan kemurungan, malangnya dia tidak berjaya.
“Pada 2 Julai, dia cuba membunuh diri di rumah dan dihantar ke hospital. Walaupun pasukan perubatan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan, Coco meninggal dunia pada 5 Julai 2023,” tulis Nancy. Rest in peace Coco!
Penyampai radio Suria FM, DJ Lin, 47, berkongsi cerita penghijrahannya yang kini sudah bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah. Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, pemergian ibu, Puteh Jantan tahun lalu dan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid tahun ini, sangat memberikan keinsafan buat dirinya.
“Sepanjang tempoh 23 tahun saya menghambakan diri dalam bidang radio, arwah mak pernah cakap, fokus saya nombor satu pada kerja dan keluarga pula jatuh nombor dua. Bila orang lain pulang ke kampung, saya pula sibuk bekerja di pejabat kerana sayang sangat dengan Suria FM yang dianggap seperti ‘baby’ saya ini,” kata DJ Lin lagi.
DJ lin turut berkata pemergian dua anggota keluarga terdekat itu membuatkan dia terduduk dan sedar sebagai manusia kita perlu kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah.
“Bila arwah mak dan abang meninggal dunia, baru saya sedar adakah saya terlalu mengejar urusan dunia dan hal keduniaan? Sampai masanya, saya seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang,” katanya.
Mengulas mengenai penampilan dirinya yang sudah bertudung, Lin berkata, dia memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya sebaik saja kembali dari Makkah.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya hati terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya kerana memang sudah lama saya merancang untuk bertudung.
“Saya percaya ia petanda yang baik kerana hati berasa tenang dan damai sepanjang di sana hingga saya sudah pasang niat untuk bertudung sebaik saja kembali ke tanah air,” katanya.
Sumber: Harian Metro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!