“Perkahwinan Ni Dapat Elakkan Diri Kita Daripada Maksiat & Buat Semua Orang Gembira!” FAZURA

Sepetang bersama Fazura di The Orchid Conservatory, Hotel Majestic Kuala Lumpur akhirnya meleraikan pelbagai tanda tanya Nona tentang kehidupan wanita jelita itu.

Selain kesempatan bermesra dalam suasana privasi, Faz juga ‘membuka’ dirinya untuk menjawab beberapa soalan Nona. Jom dengarkan temu bual Editor Nona, Kiffy Razak ketika sesi Meet & Greet

ni, part perkahwinan yang Faz jawab tu paling best!

Suka dengar jawapan Faz tentang perkahwinan… ia adalah penyatuan dua hati dan in the same time dapat membuatkan keluarga kita happy! 

Nona juga tertarik dengan pengakuan Fazura yang menjadikan sahabat karibnya, Puteri Zarith sebagai antara sumber inspirasi berniaga, selain artis Hollywood seperti Jessica Alba dan Oprah.

Penggemar dessert the Sizzling Brownie itu juga baru melancarkan album sulungnya yang berjudul Fazura! pada 3 November lalu. Fazura kini lebih fokus untuk melebarkan sayap nyanyiannya ke tahap profesional.

Di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, album ini menerima Anugerah Emas apabila berjaya terjual sebanyak 5,000 unit ketika dilancarkan. Fazura juga turut dilantik sebagai duta Sahajidah Hai-O Marketing, sebuah syarikat MLM terkemuka di ibu negara.

Sementara produk suplemen TruDolly by Fazura pula menampilkan dua produk utama iaitu Beauty Booster dan Detox PRO untuk penjagaan kecantikan serta kesihatan secara menyeluruh. Jadi inilah rahsia kecantikan Faz ya! KR

IKLAN
Share