“Perlu Tahu Berdikari Untuk Elak Rasa Kecewa & Tak Bahagia” Nasihat PAULA Buat Wanita

Paula Verhoeven menitipkan nasihat buat kaum wanita bahawa kini mereka harus tahu untuk berdikari.

Menurutnya, sikap tersebut adalah sangat penting lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh cabaran kini.

Menurut Paula, ia juga adalah perkara paling utama dalam kehidupan seorang wanita.

“Bagi saya, wanita perlu berdikari. Itu sangat penting.

“Dalam agama kita juga diajar untuk tidak bergantung kepada manusia. Tetapi pada dasarnya kita harus tahu untuk berdikari.”

BACA JUGA: Meski Sudah Bercerai PAULA VERHOEVEN Tetap Luang Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak

Tak Dikecewakan

Menurut Paula lagi, berdikari dalam semua perkara baik sikap mahupun kewangan amat perlu.

Katanya, kebebasan berdikari akan membuatkan seorang wanita itu tidak mudah dikecewakan oleh orang lain.

“Apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain tidak memberi kesan kepada kita

.”

Berilmu & Tahu Batas

Seorang wanita juga mesti ada ilmu dan celik undang-undang agar setiap perkara yang dilakukan ada batas-batasnya.

Dengan memahami undang-undang, seorang wanita itu tahu baik dan buruknya perbuatan orang lain.

Dengan sikap berdikari, seorang wanita itu juga akan lebih kuat dalam menghadapi sebarang cabaran mahupun masalah.

“Maka bagi saya, wanita perlu berdikari kerana kita perlu menjadi wanita yang kuat.”

Share
Published by
Amy Mohd