Bukan calang-calang pemimpin, orangnya cecah usia 63 dan suka bertudung bawal, ayuh kenali sosok wanita pertama dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur ini.
Pengalaman luas terhadap isu pembangunan bandar menjadikan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkemampuan untuk memacu Kuala Lumpur menjadi bandar raya terbaik.
Pelantikan Dr Maimunah sebagai Datuk Bandar DBKL berkuatkuasa bermula Khamis iaitu 15 Ogos 2024 bagi menggantikan Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.
Ini sekaligus menjadikan beliau wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tertinggi DBKL tersebut.
Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
LATAR BELAKANG
Dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26 Ogos 1961, Dr Maimunah kini berusia 63 tahun dan sering tampil dengan gaya klasik – berbaju kurung dan bertudung bawal ketika bekerja.
Dr Maimunah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar) dari University of Wales Institute of Science and Technology, United Kingdom sebelum melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar) di Universiti Sains Malaysia.
Selain itu, Dr Maimunah juga telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Antaranya pengiktirafan sebagai Tokoh Perancang Bandar Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Kehormat Royal Town Planner’s Institute, United Kingdom, Felo Kehormat, United Cities of Local Government (UCLG) dan Ambassador of His Majesty King Charles III (King’s Foundation) dalam perbandaran mampan di negara-negara Komanwel.
Beliau juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Alam Bina dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) yang berpusat di Nairobi, Kenya selama 6 tahun dan merupakan wanita Asia pertama yang memegang jawatan tersebut.
Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).
Dengan pengalaman selama 39 tahun dalam perancangan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti, beliau adalah individu yang bertanggungjawab mengembalikan kedudukan UN-Habitat sebagai peneraju pemikiran dalam perbandaran mampan.
Seorang yang tegas dan lantang namun dalam masa yang sama cukup peramah, saksikan video Dr Maimunah ini…
Dalam usia 36 tahun usahawan produk kecantikan ORGGA, Zazarina Zainal Abidin atau Zaza bukan sahaja sukses dalam perniagaan bahkan memiliki aset serta kehidupan sempurna yang menjadi dambaan setiap wanita.
Memiliki darah campuran Melayu-China, Zaza merupakan ibu kepada dua orang anak berusia 5 dan 2 tahun. Sebelum bergelar usahawan, Zaza pernah bergelar pereka grafik dan web. Setelah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan, Zaza mendapat sokongan serta turut dibantu sepenuhnya oleh suami tercinta.
IKUT PETUA IBU
“Ibu, Zaleha Ahmad adalah sumber inspirasi saya untuk kekal sihat dan cantik. Salah satu petuanya ialah ibu sering mengingatkan supaya jangan minum air semasa makan atau sejurus selepas makan. Maka, saya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga mengingatkan kami untuk tidak membuat jus buah-buahan sebaliknya ia harus dimakan begitu sahaja kerana kebanyakan zat di dalam buah-buahan akan hilang jika dikisar dan dijadikan jus.
Ibu berkerja dalam bidang kesihatan selama 30 tahun lebih dan beliau juga merupakan penyokong utama ketika saya mahu memulakan perniagaan. Walaupun kini ibu sudah berusia 69 tahun tetapi masih kuat dan sihat. Bayangkan, ibu masih aktif mendaki Gunung Kinabalu, pergi ke luar negara termasuk zon perang untuk misi kemanusiaan dan sebagainya. Saya memang kagum dengan ibu.
Sebab itulah saya menganggapnya juga sebagai ‘hero wanita’ kerana ibulah sumber kekuatan saya. Dalam usianya sekarang ibu masih kelihatan bertenaga, kekal cergas dan aktif.
Selain ikut petua ibu, saya juga lebih suka berbelanja membeli rangkaian produk dari Eropah. Walaupun ia berasaskan bahan-bahan natural dan organik tetapi kesannya sangat efektif serta bahan-bahan yang digunakan sangat berkualiti tinggi dan selamat.
AKTIF MUAY THAI
Setiap hari saya akan sampai rumah (dari pejabat) sekitar pukul 6-7 malam. Setiap malam juga (pada minggu bekerja) saya dan suami akan ke kelas Muay Thai pada pukul 8.30 malam. Tetapi sebelum keluar kami akan meluangkan masa terlebih dahulu bersama anak-anak di rumah. Pulang dari kelas iaitu kira-kira pukul 11.30 malam saya akan menyemak segala perancangan untuk hari esok termasuk membaca buku atau melakukan light research. Sekitar pukul 2 pagi barulah dapat melelapkan mata.
Hujung minggu pula adalah waktu berkualiti saya bersama keluarga. Walaupun saya dan suami tidak banyak masa untuk bersama anak-anak tetapi kami cuba memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka termasuk menyeimbangkan pelajaran dan hiburan.
Saya jarang keluar bersama rakan-rakan kerana kebanyakan mereka tinggal di Kuala Lumpur, saya pula di Senawang. Namun kalau ada masa, kami akan keluar untuk minum-minum dan membeli belah. Sebenarnya saya lebih selesa keluar bersama suami kerana beliau umpama teman rapat saya. Antara tempat kegemaran kami ketika keluar ialah kedai buku.
NASIHAT & TIP SUKSES
Saya banyak membaca termasuk mengalami sendiri detik susah senang dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan sukses haruslah fokus. Kedua, rajin membuat kajian. Allah SWT mengurniakan otak yang sama untuk berfikir tetapi bergantung kepada individu untuk memanfaatkannya dan sejauh mana kemampuan untuk berfikir.
Generasi sekarang sangat kurang membaca. Membaca artikel di internet tidak sama dengan membaca buku. Amalan membaca menjana tahap kemampuan otak dan cara kita berfikir sekaligus menambah nilai diri kita sebagai manusia dan usahawan.
Bergelar ibu dan usahawan bukan mudah untuk membahagikan masa. Satu perkara yang saya sentiasa amalkan ialah tidak tangguhkan kerja atau niat. Kerana jika kita ingin menunggu masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu, masa itu tidak akan tiba dan kerja atau perancangan akan sentiasa tertangguh.
PERNIAGAAN
ORGGA merupakan singkatan perkataan ‘organik’ yang melambangkan konsep produk selain mudah disebut dan diingati. Produk kecantikan ORGGA berasaskan bahan-bahan natural dan organik yang juga memfokuskan kepada penggunaan bahan-bahan botanikal berkualiti. 90 peratus bahan-bahan natural yang digunakan diimport dari United Kingdom, United States, Timur Tengah, Eropah dan China.
Saya berpendapat kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai stigma bahawa produk natural dan organik tidak begitu berkesan dan menunjukkan hasil yang perlahan. Mereka lebih suka memilih produk kecantikan yang kesannya pantas tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang ke atas kulit.
Ia menjadi cabaran buat saya untuk menghasilkan produk natural dan organik yang berkualiti serta berkesan di Malaysia. Justeru, saya mengambil inisiatif dengan menghabiskan masa lebih kurang satu tahun setengah untuk proses RND termasuk mengambil kursus memformulasi produk kecantikan berasaskan natural dan organik dari UK. Semoga produk kecantikan berasaskan natural dan organik terus mendapat sambutan baik di negara kita.”
Zaza merupakan graduan dalam bidang pengurusan teknologi multimedia dari Universiti Multimedia serta jurusan teknologi informasi bisnes dari Universiti Limkokwing.
Kredit Foto: Instagram @zaza_alzahra & @hanzaking
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkulit putih mulus, berambut ikal dan yang ‘paling mahal’ adalah sepasang anak mata rona biru cerah natural yang sangat menawan. Unik dan seksi! Itulah keistimewaan Karisma Kapoor. Memang tidak dapat dinafikan lagi akan kecantikan asli yang dimiliki oleh aktres Bollywood tersohor ini.
Sudah lama Karisma tidak muncul di layar perak namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi. Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial.
Karisma merupakan anak kepada pasangan aktor dan aktres terkenal, Randhir Kapoor dan Babita. Lumrah bergelar anak sulung pasti akan menjadi kesayangan ibu dan bapa. Sebelum lahirnya Kareena Kapoor, Karisma merupakan anak yang manja serta menjadi kesayangan bapanya.
Kini Karisma telah pun berusia 47 tahun. Bukan saja kelihatan awet muda bahkan semakin jelita. Aktiviti kecergasan menjadi salah satu rahsia awet muda Karisma. Maka sebab itulah Karisma berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya sejak dulu sehingga kini malah dikatakan semakin menarik dari tahun ke tahun.
Kalau nak tahu, Karisma merupakan seorang pencinta yoga. Ia membantu dirinya untuk kekal fokus seterusnya dapat mengembalikan energi menjadi lebih baik. Seterusnya, Karisma turut menjaga pemakanan seimbang.
Bagi Karisma, usia bukanlah penghalang untuk dia mengekalkan bentuk badan yang ideal walaupun bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak.
TERIMA BAYARAN TERMAHAL Karisma adalah antara aktres yang menerima bayaran termahal serta telah memenangi banyak anugerah dalam industri perfileman India. Karisma menjadikan ibu mereka, Babita sebagai sumber kekuatan dan inspirasi kerana telah membesarkannya seorang diri dengan baik. Ibu mereka, Babita kini berusia 74 tahun.
Antara filem popular lakonan Karisma ialah Dil To Pagal Hai sekitar era tahun 90an. Lakonannya itu antara yang terhebat di samping aktor Shahrukh Khan dan Madhuri Dixit.
Kini Karisma lebih banyak tampil sebagai ikon designer untuk pelbagai jenama fesyen tempatan mahupun antarabangsa. Karisma juga aktif sebagai model iklan fesyen dan produk kecantikan.
Kredit Foto: Instagram @therealkarismakapoor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat susuk tubuh dan penampilan Puan Sri Tiara Jacquelina pasti ramai tidak menyangka selebriti ini sebenarnya sudah pun menginjak usia 59 tahun. Meskipun menghampiri usia 60 tahun namun Puan Sri Tiara seorang wanita aktif dan sentiasa berfikiran positif.