Selebriti jelita, Paula Verhoeven sering tampil glamor. Namun, di sebalik glamor dan kemewahan dunia hiburan, Paula turut berperanan penting sebagai ibu kepada dua anak lelakinya, Kiano dan Kenzo.
Paula bukan sahaja membesarkan mereka tetapi juga memanfaatkan masa berkualiti bersama anak-anaknya seperti berjalan-jalan di sekitar bandar dan menemani mereka ke sekolah.
Dalam kehidupan sehariannya, Paula kerap berkongsi gambar keakrabannya dengan dua anak lelakinya itu di media sosial.
Tidak hanya tertumpu kepada penampilan, tetapi juga kehadirannya yang penuh emosi dan kasih sayang buat Kiano dan Kenzo.
Setiap detik yang dikongsi adalah jujur dan mesra, menyampaikan nilai keibubapaan yang penuh perhatian.
Ads
Berikut antara momen-momen bermakna Paula ketika menikmati masa berkualiti bersama dua anak lelaki kesayangannya.
Tampil Serba Hitam
Paula dilihat memakai pakaian serba hitam yang elegan sambil menikmati masa santai bersama Kiano dan Kenzo di ruang terbuka.
Duduk di kaki lima berlatarkan bangunan tinggi, Paula kelihatan mesra memeluk Kiano yang kelihatan bergaya dengan outfit jenama Karl Lagerfeld, manakala Kenzo mempamerkan ekspresi ceria.
Ads
Diselimuti Cinta Kiano & Kenzo
Dalam foto ini, Paula yang memakai serba hitam dilihat tersenyum gembira apabila menerima ciuman hangat daripada Kenzo dan Kiano.
Satu lagi detik yang menyentuh perasaan apabila Paula menurunkan Kiano ke sekolah. Dengan berjubah dan berhijab berwarna coklat gelap, dia tersenyum lebar apabila Kiano mencium pipinya dengan penuh kasih sayang.
Pelukan hangat dan kehadiran Paula yang prihatin adalah simbol sokongan yang tidak boleh diganti, terutamanya semasa fasa perkembangan penting kanak-kanak, seperti awal sekolah.
Di tengah-tengah pusat beli-belah, Paula kelihatan memegang Kiano dan Kenzo secara serentak. Kenzo kelihatan ekspresif dan suka bermain, manakala Kiano kelihatan lebih tenang dan meletakkan kepalanya di atas ibunya.
Walaupun kedua-duanya berbeza personaliti, Paula berjaya mendakap mereka berdua dengan rasa sayang yang sama rata.
Tawa & Tangis
Paula dilihat memeluk Kenzo yang menangis sambil menerima pelukan penuh kasih daripada Kiano. Memakai jubah kelabu, Paula memancarkan kekuatan dan kelembutan seorang ibu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum melihat dua wanita ini mencari rezeki demi keluarga. Kehidupan mereka yang dahulunya susah kini dilihat sangat mewah hasil penat lelah bersama suami tersayang. Niat mereka satu, agar keluarga yang dibina dapat hidup senang. Lihat sahajalah harta yang dikumpul hasil dari usaha sendiri.
Mesti ramai yang kenal dua beauty influencer ini. Yang rajin selongkar video tutorial pasal makeup, pasti singgah di laman akaun Instagram Muabellaz dan Asyalliee. Masing-masing sudah pun mempunyai jenama produk kecantikan sendiri.
Muabellaz kini sibuk dengan penjualan produk Bellaz Beauty dan Asyalliee pula dengan jenama Loveliee Beauty. Seronok bila baca posting yang mereka kongsi di sosial media. Kehidupan mereka sama macam kita tetapi mereka sudahpun melalui fasa kesusahan dalam hidup demi mencapai kesenangan pada hari ini.
Bagi Bellaz, niat dan usaha adalah kunci kejayaan. Bertuah sungguh Bellaz kerana suaminya juga bekerja bersungguh-sungguh untuk membahagiakan mereka sekeluarga.
“Ayah saya seorang nelayan, manakala ibu pula hanya seorang surirumah. Apabila ayah ‘masuk pulau’, hampir dua hingga tiga minggu juga kami ditinggalkan. Sebagai anak ketiga, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mencari rezeki untuk kami anak-beranak makan, biarpun hanya kais pagi makan pagi.
Saya pernah ke ‘kelas ikan’, mengasingkan ikan bilis mengikut gred sebelum ke sekolah demi mencari duit. Selepas habis kelas, saya bekerja pula di kedai makan sehingga ke malam. RM20 yang diterima pun dah cukup untuk beli beras dan lauk untuk kami sekeluarga.
Sewaktu saya dan suami belum berkahwin, suami bercadang membawa saya dan adik-adik makan dengan menaiki kereta. Adik-adik saya tak tahu macam mana nak buka pintu kereta kerana kami tak pernah naik kereta! Bagi saya, makan sayur kailan dan minum Milo ais pun sudah cukup mewah.
Kalau tak cukup duit untuk makan, memang saya sendiri akan ke rumah jiran untuk pinjam duit. Kadang-kadang duit upah dari kelas ikan saya berikan kepada ibu kerana ibu dan adik-adik tak makan. Saya berlapar kerana kasihankan mereka. Saya sedar ramai lagi orang yang lebih susah dari saya tapi ini kisah hidup saya yang ingin kongsikan kepada semua,” cerita Bellaz.
“Sewaktu mengahwini suami saya, Anuar Ahmad, saya hanya mahu keluar dari keluarga kerana tak mahu lagi menyusahkan Mama. Saya sangat bersyukur kerana suami dan keluarganya menerima saya walaupun saya anak orang susah. Jujur saya katakan, rezeki yang Allah bagi hari ini adalah untuk suami saya kerana dia banyak bersusah-payah untuk saya dan keluarga.
Dialah yang menemani saya di bawah panas matahari bersama anak sulung kami yang masih kecil ketika saya menyolek pengantin. Sudahlah ketika itu kereta Kancil kami tidak ada penghawa dingin, menunggu pula berjam-jam. Untuk saya senaraikan segala kebaikannya memang tak habis. Cukuplah saya katakan, suami saya adalah tulang belakang kejayaan saya. Aura positifnya mempengaruhi hidup saya sehingga menjadi lebih baik.
Lain pula kisah yang dikongsi wanita yang pernah mendapat jolokan ‘beauty guru’ ini. satu Ketika dahulu, dia begitu dikenali dengan minat mendapat pada K-Pop. Wajah pun ada iras-iras wanita Korea!
https://www.instagram.com/p/CBXpnavlbX8/
“Saya mula dengan perkongsian video solekan di Youtube. Kemudian saya masuk ke dunia modelling dan baru mulakan perniagaan. Saya pernah ditipu, dijadikan kambing hitam, difitnah dan tidak dibayar dulu. Mungkin kami suami isteri tidak ada pengalaman dalam bisnes ini tambahan pula saya masih muda, mungkin sebab tu orang ambil kesempatan.
https://www.instagram.com/p/B9D-HbQFz6R/
Waktu kecil dulu pun saya digelar budak miskin. Arwah ibu hanyalah seorang tukang masak yang sering berpindah-randah. Kalau nak tahu, saya pernah menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kedah kerana mengikut ibu. Jadi saya tak ramai kawan. Sewaktu di Kedah, arwah ibu dapat menjadi tukang masak di kedai dan diberikan sebuah hostel kecil untuk kami tiga beranak.
Di situlah kami tidur dan makan. Kawan-kawan di sekolah gelarkan saya budak miskin, budak kotor, tak mandi malah mereka jauhkan diri dari kami. Hendak ke sekolah pun terpaksa berjalan kaki sejauh 2km. Lepas ibu meninggal dunia, saya dan adik terpaksa berpisah kerana kami tinggal berasingan bersama kakak-kakak yang sudah berkahwin,” ceritanya.
“Sebelum berkahwin, saya memang hidup hasil daripada review yang dibuat di Instagram. Itulah perbelanjaan untuk makan, membeli keperluan seperti barang solekan, baju dan mungkin beg tangan. Selepas berkahwin, saya masih mencari pendapatan dengan hasil review tetapi di bawah satu pengurusan. Saya menjadi duta produk dan aktiviti modelling juga. Namun, upah yang diterima sangat sedikit berbanding percentage yang diambil pihak pemgurusan.
Baru beberapa minggu usia kandungan pertama, saya difitnah meniru rekaan fesyen seorang pereka. Tidak ada sesiapa yang menegakkan kebenaran dan saya menjadi mangsa kambing hitam! Duit dalam bank hanya tinggal tak sampai RM500 untuk kami hidup. Saya terlalu stres dan emosi saya sangat terganggu ketika itu. Saya jual baju K-Pop yang saya gemari, beg-beg tangan walaupun tak berjenama hanya untuk beli makanan.
Mujur kakak-kakak dan kawan-kawan sedia membantu. Di rumah merekalah tempat kami menumpang makan. Saya sentiasa berdoa agar Allah mengubah hidup kami menjadi lebih baik dan menunjukkan kepada kami kebenaran. Kami rasa sungguh teraniaya!”ujarnya.
Tetapi kisah mereka sudah boleh disimpan rapi. Bila niat sudah tepat, rezeki yang Allah beri juga semakin mencurah-curah. Mereka hidup susah senang bersama suami tersayang dan hasilnya, rezeki yang diterima dikongsi pula bersama keluarga. Paling penting, mereka berdua ni tetap humble!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam sudah lebih 10 tahun pelantun lagu popular, Cinta Hanya Sandaran ini bergelar ibu tunggal. Tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada umum, cara Siti Nordiana meluangkan masa dan layan anak lelaki tunggalnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie sering menjadi perhatian peminat.
Malah, sisi positif Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana dalam menempuh kehidupan menjadi ikutan golongan ibu tunggal kerana semangat dan kekuatannya membesarkan anak seorang diri.
Walau sudah lebih dua dekad dalam industri seni tanah air, nama Nana kekal megah di persada muzik. Mei lalu impian Nana untuk mengadakan konsert akhirnya terlaksana.
Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun mendapat sambutan hangat daripada peminat yang merindui lagu-lagu dendangannya sekitar tahun 90an.
Bersandarkan populariti Nana hari ini, dia turut berpadu suara bersama Tomok yang dahulunya vokalis kumpulan New Boyz menerusi single mereka, Memori Mungkin Berulang.
Tidak sekadar menyanyi, Nana juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan berniaga.
Di sebalik tawa dan kejayaan yang diraih, pasti tersimpan detik duka penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini.
Sepanjang menjadi anak seni, jarang dengar cerita kurang enak mengenai Nana. Apatah lagi membuka kisah perkahwinan terdahulunya yang terputus di tengah jalan.
Sebelum ini, Nana pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Namun mereka sepakat mengakhiri perkahwinan pada 14 September 2009.
Hasil perkongsian hidup, Siti Nordiana menjadi ibu kepada anak lelaki bernama Muhammad Rayyan yang kini meniti usia 16 tahun. Sejak berpisah, Nana cekal membesarkan Rayyan dan bertindak menjadi ibu juga bapa kepada anak tersayang.
Dia juga tidak lagi berkahwin selepas bercerai dan selesa hidup berdikari dengan status ibu tunggal demi memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggal.
Tidak hanya diduga dengan kegagalan rumah tangga, Nana diuji dengan pemergian bapa tersayang iaitu Alias Ahmad pada 21 Julai tahun lalu.
Dalam salah satu perkongsian Nana di media sosial, penyanyi yang bakal berusia 40 tahun ini memuat naik video bersama anak lelaki sambil berkongsi peribadi bekas suami.
Ujar Nana dalam video berkenaan, “Terimbas pula kenangan bersama arwah abah dia. Memang dia banyak ikut arwah abah dia. Tak suka makan bawang, semua kena blend.
InsyaAllah Rayyan anak yang strong. Dari kecil dia dah berdikari dalam masa yang sama ingatan pada arwah abah dia tak pernah pudar.”
Moga karier Siti Nordiana terus bersinar dan menjadi sumber inspirasi wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak seperti wanita lain yang malu dengan masalah bulu badan, penampilan gadis England bernama Harnaam Kaur ini, menarik perhatian dunia. Berusia 31 tahun, beliau yang dinobatkan ‘The Youngest Female With a Full Beard’ oleh The Guinness World Records ini rupa-rupanya mempunyai masalah kesihatan dan masih menjalani rawatan sehingga sekarang.
Di sebalik kelainan dirinya, Harnaam Kaur bangkit sebagai seorang wanita kuat yang memperjuangkan kepentingan ‘self-love’. Wanita asal Slough, 33km dari London, England itu juga bergelar penceramah motivasi, model dan aktivis wanita.
Beliau sering diundang ke pelbagai acara pendidikan termasuk rancangan TEDx Talk bagi meningkatkan keyakinan diri seseorang apabila dipandang berbeza oleh masyarakat.
Lapor Daily Star, Harnaam Kaur yang kini sudah berusia 31 tahun disahkan menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Simptom tersebut turut memberi kesan kepada kitaran haid, tumbuh bulu di bahagian muka dan kesukaran mengandung disebabkan penghidap PCOS mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) lebih tinggi.
Selepas mengetahui keadaan Harnaam, ibunya membawa dirinya ke salon untuk membuang jambang yang tumbuh di mukanya. Bagaimanapun, proses tersebut hanya menyebabkan bulu tersebut tumbuh lebih lebat dan kehitaman.
Disebabkan itu, Harnaam membuat keputusan untuk membiarkan jambang tersebut tumbuh seperti biasa.
“Saya merasai kesakitan kerana kulit saya lembut dan sensitif. Bermacam-macam cara saya cuba, namun tidak berhasil.
Keadaan menjadi lebih teruk dan saya mula mencederakan diri sendiri.
Saya diejek secara berterusan dan pernah mengalami mimpi buruk diserang dengan kejam oleh pembuli di sekolah.” Harnaam Kaur
Situasi tidak normal itu ternyata memberi kesan kepada kerjaya dan perasaan ingin bercinta seperti orang lain.
Katanya, ketika berusia 21 tahun dia sudah mengikat tali pertunangan dan belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya.
“Pertunangan itu diaturkan oleh kuil Sikh dengan lelaki dari India.
Semasa itu, saya mahu bercinta dan ingin mempunyai anak, sedangkan dalam budaya kami, ia bukanlah suatu kebiasaan.” Harnaam Kaur
Harnaam berkata, hari pertama dia berjumpa bakal tunangnya dalam keadaan formal dan mereka mengikat tali pertunangan sembilan hari selepas pertemuan itu.
Jelasnya, lelaki itu kelihatan baik kerana langsung tidak menegur tentang jambang saya.
Namun, dia seperti mengongkong apabila tidak membenarkan saya memakai alat solek, bertatu dan menindik. Tidak lama kemudian, Harnaam memutuskan pertunangannya dengan lelaki tersebut.
Semakin beliau dewasa, Harnaam Kaur mula sedar betapa pentingnya menanam semangat ‘cintakan diri sendiri’ ke jiwa generasi muda. Beliau selalu menentang standard kecantikan yang berat sebelah dan mementingkan kesempurnaan sejak bertahun-tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muabellaz menerima Anugerah Tokoh Belia dalam Program Dari Akar Umbi Ke Jaguh Dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan kosmetik dan ikon belia yang berjaya membina empayar perniagaan dari Kedah.