Jarum jam berputar, namun putarannya terasa lambat dan sia-sia sejak sekatan pergerakan terus-menerus dikuatkuasakan. Industri fesyen antara yang paling teruk terjejas apabila majoriti pelanggan mula bekerja dari rumah.

“Membeli pakaian baru kini bukan lagi prioriti. Apabila semua sektor membudayakan amalan bekerja dari rumah, banyak kedai terpaksa gulung tikar atau ditutup buat sementara waktu.”

IKLAN

Sayu hati mendengar. Bagi saya, luahan pereka fesyen muda berbakat besar, Nik Amanina Liyana, 31 tahun ini seperti membayangkan situasi getir yang mereka lalui.

Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

 

Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

 

Berasal dari Shah Alam, Nik Amanina pernah bergelar pereka fesyen di sebuah jenama fesyen tempatan terkenal selama enam tahun. Sentuhan kreativiti dan fashion direction wanita ini jelas mendapat perhatian apabila kini dia melebarkan sayap ke Ariani Ready-To-Wear.

“Saya sangat bersyukur sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan rekaan di sini. Minat dalam dunia fesyen yang dipupuk sejak kecil membuahkan hasil.” Nik Amanina

Suka membaca majalah dan membuat buku skrap, hobi Nik Amanina terhadap fesyen sejak zaman kanak-kanaknya kini menjadi kenyataan.

“Ingat lagi masa umur 10 tahun, saya tulis cita-cita nak jadi pereka fesyen. Lepas sekolah menengah, saya terus melanjutkan pengajian di Limkokwing University of Creative Technology dalam bidang ni.

Saya mempunyai kelulusan Diploma in Fashion & Retail Design serta ijazah dalam jurusan Fashion & Retailing. Semasa cuti semester, saya suka cari duit dengan mengambil tempahan baju-baju pengantin. Seronok bila berniaga ni.”

Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

 

DIHEMPAS BADAI

Tahun 2020, bermulanya seluruh dunia dilanda wabak COVID-19 yang dahsyat. Sektor kesihatan merosot, diekori pelbagai sektor ekonomi lain termasuk pelancongan dan fesyen.

“Betul. Kami terpaksa agresif mencari strategi baru, merangka pelan bisnes dan menjadi lebih kreatif daripada dulu. Sesi ‘brainstorm’ juga kerap diadakan bagi mencari idea yang relevan untuk diteroka supaya bisnes terus bergerak.

Umpamanya kalau sebelum pandemik kami tak pernah terfikir untuk menjual ‘medical mask’, tapi kini kami pula bakal melancarkan mask terbaharu tak lama lagi.”

Mengakui dapat kembali membaca buku-buku seperti buku motivasi apabila ada masa terluang, Nik Amanina tidak menolak bahawa bekerja dari rumah bukanlah cara terbaik bagi seorang pereka seperti dirinya.

Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

 

IKLAN

“Memandangkan dalam bidang fesyen kita banyak berurusan dengan produk fizikal, actual samples dan segala macam proses melibatkan kain, baju, jahitan, swatches dan sebagainya jadi bagi saya, ia agak sukar dilakukan dari rumah.

Sebagai pereka, saya perlu melihat sendiri, memakai, memegang, merasai sendiri sampel yang dihasilkan sebelum proses production dan lain-lain.

Tapi saya akur patuhi sop dan kini bekerja dari rumah, through Google Meet email dan Whatsapp. Sebagai seorang yang bergantung penuh dengan kalendar, ini sangat-sangat mencabar bagi saya kerana banyak yang tergendala dan tak mengikut jadual.

Saya rasa pereka-pereka fesyen yang lain juga terkesan dengan penutupan premis. We can’t fully work from home, its not ideal for designers. Plus, designers need to go out, explore, travel to get inspiration.”

Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

 

Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

 

IKLAN

BUSANA SOPAN

Menjadikan couturier Rusia, Ulyana Sergeenko sebagai idola fesyen, Nik Amanina cukup mengagumi stail wanita tersebut yang feminin with a bit of edge.

“Saya rasa dia dekat di hati saya. Seorang yang sangat cantik, pandai bergaya, berwibawa dan mempunyai kelas tersendiri. I’d like to be like her someday.” Nik Amanina

Wanita jelita ini bertuah kerana minat dan kerjaya sebagai pereka fesyen sekarang mendapat sokongan baik daripada keluarga.

“13 tahun lepas sewaktu saya ambil keputusan untuk belajar fesyen, industri fesyen Muslimah atau modest wear ini masih belum betul-betul bertapak di Malaysia. Hana Tajima antara ikon hijab ternama pada masa tu.”

Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

Menyemat cita-cita mahu menjadi seorang usahawan fesyen suatu hari nanti, Nik Amanina berharap agar dia mampu mempunyai jenama sendiri menggunakan material yang ethical dan sustainable pada masa akan datang.

“Nasihat saya bagi mereka yang ingin menceburi bidang fesyen, pertama sekali timba dulu pengalaman dengan syarikat fesyen. You will learn so much more, faster! Kita akan tahu selok-belok ‘how people run business’, belajar tentang pasaran dan permintaan.

Kemudian jangan kejar glamor atau populariti kerana jujur, ia jauh meleset dari sangkaan anda. Banyak kerja yang mesti dibuat dan kebanyakannya tidak glamor pun.

Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

 

Dan akhir sekali, carilah ilmu-ilmu penting seperti pemasaran, retail, fotografi, perniagaan, content creating, Photoshop, ilustrasi dan menjahit sebagai kemahiran untuk melangkah lebih jauh!” Nik Amanina

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI