Kira-kira tujuh tahun lalu, Dyana Sofya Mohd Daud pernah menghangatkan arena politik tanah air. Ini selepas namanya dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Perak pada tahun 2014.
Dyana yang ketika itu berusia 27 tahun bukan hanya menarik perhatian umum kerana kredibilitinya sebagai ahli politik muda bahkan memiliki rupa paras cantik dan disifatkan seorang yang berilmu. Jadi, tidak hairanlah anak jati Perak berkenaan berjaya menawan hati sebilangan masyarakat di negara ini.
Pernah menjawat tugas Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya yang lahir pada 29 Disember 1987 kini merupakan isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2018. Mengintai laman Instagram Dyana, jelas terserlah kebahagiaan yang dikecapinya sejak bergelar isteri.
Malah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, dia dilihat kerap sibuk menguruskan keluarga dan memuat naik gambar masakan bersama peminat. Macam-macam jenis hidangan yang disediakan buat suami tercinta. Tak sangka selain berbakat dalam politik, rupa-rupanya Dyana juga ada bakat terpendam dalam bidang masakan!
Mengimbas kembali pertemuan bersama Dyana Sofya ketika sesi fotografi Nona pada tahun 2014, wanita ini sememangnya seorang yang berjiwa besar, ramah dan mempunyai personaliti menyenangkan.
Meskipun tidak bertanding untuk mana-mana kerusi DUN dan Parlimen pada PRU lepas namun dia tetap setia berkhidmat untuk rakyat dan sedia turun padang membela nasib semua lapisan masyarakat termasuk kaum wanita.
Latar belakang pendidikan
Saya merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Taman Melawati, Kuala Lumpur. Selepas tamat persekolahan di Tingkatan Lima, saya menyambung pengajian Pra Ijazah Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kemudian, saya meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di universiti yang sama.
Karier dan pengalaman
Sejurus selepas tamat pengajian, saya telah menjadi pelatih dalam kamar di sebuah firma guaman di Bukit Bintang selama 9 bulan. Itu adalah kerjaya pertama saya selepas graduasi sekitar pada tahun 2010. Sejak dari kecil saya telah didedahkan dengan dunia politik dan kerana minat, saya menjadi Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen di Gelang Patah.
Sepanjang memegang jawatan tersebut, saya bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat tempatan, membuat usul dan menasihati wakil rakyat tempatan berkaitan kebajikan rakyat. Dalam masa yang sama, saya juga adalah peguam di firma guaman Cyberjaya dari tahun 2012 hingga penghujung 2013.
Kekuatan anda terletak pada …
My passion and determination! Kalau buat sesuatu perlu ada keazaman yang kuat. In my profession, the challenge memang sangat mencabar. Bila-bila pun boleh give up. Tambahan pula, ahli politik perempuan di negara ini tidak ramai. Jadi saya perlu fikirkan kenapa saya memilih ‘jalan’ ini.
Tujuannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. That is what keeps me going. Dengan adanya sokongan dan dorongan daripada orang sekeliling, saya percaya saya mampu merealisasikan impian yang didambakan selama ini.
Filsuf kecantikan?
Sebenarnya saya seorang yang ringkas. Untuk solekan harian, saya hanya mengenakan solekan asas seperti bedak, maskara, eye brow dan lipstik merah sahaja. Bagi memastikan kesihatan tubuh pula, saya mengambil supplemen B Complex dan menikmati khasiat ulam-ulaman.
Sejak kecil lagi, ibu saya menggalakkan pengambilan ulam-ulaman. Hendak dapatkan tubuh badan yang sihat dan langsing perlukan disiplin dan keazaman yang kuat. Jadi saya akan pastikan untuk lakukan senaman setiap dua hari sekali.
Cara anda menghargai diri
Shopping, food and eat chocolate all the time! Kebiasaannya saya gemar membeli baju dan buku tiap 2 ke 3 bulan sekali. Terbaru, saya sudah membeli 4 buah buku, tulisan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.
Definisi kecantikan?
Kecantikan datang dari dalam. Misalnya seperti cara kita berfikir, percakapan dan pelakuan. Apabila personaliti seseorang itu baik dan disenangi, pastinya ia menjadi daya tarikan. Bagi saya, orang yang pandai itu adalah seksi, terutamanya apabila mereka pandai berkata-kata. When you’re beautiful inside, kecantikan itu akan terpancar ke luar. Kecantikan juga boleh datang daripada senyuman. Senyuman yang ikhlas mampu menyerlahkan kecantikan seseorang. Paling penting, it must come from your heart.
5 pelajaran berharga menceburi politik
Pertama, sentiasa kuat fizikal, mental dan emosi atau dalam erti kata lain bersedia menghadapi apa jua cabaran. Kita tidak dapat duga apa yang bakal berlaku. Oleh itu, perlu ada perancangan yang teliti.
Kedua, tahu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan situasi.
Ketiga, bersifat terbuka untuk berdepan dengan kritikan daripada pelbagai pihak.
Keempat, pengurusan waktu. Saya suka buat dua tiga kerja dalam satu-satu masa. Jadi, saya perlu bijak menguruskan masa yang ada dan saya percaya pengurusan waktu yang
baik dapat memberi kejayaan dan mencapai potensi maksima.
Dan kelima, perlu ada rasa hormat. Bukan hanya hormat pada individu bahkan pada pandangan yang dikemukakan juga samada baik mahupun buruk sebab semua orang berhak untuk bersuara.
Tip fesyen
Keselesaan itu penting. Ikut kesesuaian dan mood untuk berfesyen. Yang penting, kena sesuai dengan bentuk badan. Adakalanya, saya gemarkan gaya grungy dengan memakai jeans, t-shirt and sneakers. Kadang kala juga saya suka untuk bergaya feminin dengan memakai gaun klasik dan kasut tumit tinggi. Pendek kata, saya suka melihat fesyen yang dipakai Kate Middleton. Cukup anggun dan menawan.
Pada pandangan anda, siapakah perempuan yang patut dikatakan sebagai strong woman?
My mother. She has gone through so much. Biarpun terlibat dalam dunia politik sejak berpuluh tahun dahulu dan mempunyai anak yang berlainan ideologi politik, tetapi beliau tenang menghadapi cabaran dan kritikan. Ibu saya seorang yang berkarisma, easy to talk to, open minded and supportive.
Beliau yang mengajar dan menyokong saya untuk terlibat dalam bidang politik. Cara beliau menjaga kami empat beradik dengan kesibukan dan pancaroba dunia politik membuatkan saya kagum. Beliau merupakan satu inspirasi kepada saya.
Gambarkan diri anda pada masa hadapan
Seorang wanita yang dapat memberi inspirasi kepada orang muda terutama wanita untuk ambil bahagian dalam pembangunan negara bangsa. Saya juga berharap pada masa depan, saya dapat berada dalam satu gerakan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu-padu, mempunyai semangat perpaduan yang tinggi dan mengungguli carta negara paling gembira dan bahagia yang dikeluarkan oleh UN Sustainable Development Solutions Network, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
3 kata yang menggambarkan keperibadian anda
Determined, positive and eager to learn.
Kredit foto: Instagram Dyana Sofya