Drama bersiri popular Meteor Garden yang disiarkan pada tahun 2001 pernah cetus fenomena di negara ini. Walau sudah 24 tahun berlalu namun penangan lakonan mantap barisan pelakon utama iaitu Barbie Hsu dan kumpulan penyanyi lelaki terkenal Taiwan, F4 terpahat kemas di ingatan penonton Malaysia sampai sekarang.
Terbaharu, berita pemergian heroin cantik drama tersebut yang dikenali dengan watak Dong Shan Cai mengejutkan peminat kesayangan. Mendiang Hsu dilaporkan meninggal dunia pada usia 48 tahun akibat radang paru-paru selepas dijangkiti Influenza.
Khabar duka itu disahkan adik perempuan penyanyi dan pelakon Taiwan tersebut iaitu Dee Hsu yang memaklumkan kakaknya ‘pergi’ pada 2 Februari lepas ketika bercuti di Jepun sewaktu cuti Tahun Baharu.
Barbie Hsu memulakan kerjaya dalam industri hiburan semasa berusia 17 tahun sebagai penyanyi duo pop bersama adiknya, Dee.
Ads
Sebelum ini, Hsu dilaporkan mempunyai sejarah penyakit epilepsi dan jantung serta pernah dimasukkan ke hospital akibat sawan.
Dilahirkan pada 6 Oktober 1976, mendiang merupakan nama besar dalam industri seni Taiwan dan dikenali sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara televisyen.
Wajah cantiknya menjadi buruan syarikat pengiklanan dan jenama antarabangsa. Walau berusia lewat 40an namun populariti Barbie Hsu masih diterima ramai.
Ads
Dramatis ini dilaporkan pernah berkahwin dua kali yang menyaksikan pernikahan pertama berakhir dengan perceraian. Mendiang kahwin kali kedua pada tahun 2022 dengan suami yang juga DJ, penyanyi, penerbit muzik berasal dari Korea Selatan, Koo Jun Yup.
Barbie Hsu mengenali Koo sejak lebih 20 tahun lepas dan mereka pernah menjalin hubungan romantis sebelum pelakon cantik berkenaan berkahwin dengan usahawan China, Wang Xiaofei.
Sementara itu, salah seorang pelakon Meteor Garden iaitu Ken Chu turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Barbie Hsu.
Barbie Hsu ialah mega star di Taiwan selepas mendaki puncak populariti di Asia terutamanya di Filipina menerusi watak Shan Cai dalam drama bersiri romantik popular Taiwan pada 2001 iaitu Meteor Garden.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat terlalu mencuba untuk bergaul dengan para pemimpin hebat dunia, anak perempuan kepada Presiden Amerika Syarikat ini terpaksa ‘hadap’ situasi kekok.
Tidak kira apa pun pangkat dan status diri, paling penting kena tahu menghormati mereka yang lebih berpengalaman dan bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bak kata orang dulu-dulu, masuk kandang kambing mengembek… masuk kandang kerbau menguak.
Percubaan Ivanka Trump untuk mencelah perbincangan pemimpin terkenal antaranya Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Perdana Menteri Britain, Theresa May; Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde nyata mengundang persepsi sinis terhadap isteri Jared Kushner.
Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika tokoh besar Eropah berkenaan menghadiri Sidang G20 Sabtu lepas. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram kediaman rasmi Presiden Perancis, Palais de l’Elysee itu, kelihatan kelibat Ivanka di samping mereka sekaligus menjadi topik hangat di Twitter termasuk penggiat politik Amerika Syarikat (AS).
Seorang ahli politik dan aktivis ternama AS, Alexandria Ocasio-Cortez berkata penyertaan Ivanka mengancam reputasi AS dalam dunia diplomasi. Beberapa pengguna Twitter yang mengikuti perkembangan tersebut turut menyifatkan tindakan Ivanka untuk menonjolkan diri di situ tidak kena pada tempat dan situasi.
Tidak sekadar menjadi bualan netizen dan ahli politik, media Barat juga tidak ketinggalan menyiarkan klip video yang tular tersebut dalam siaran langsung. Rata-ratanya melahirkan rasa kurang senang dengan ‘percubaan’ Ivanka tatkala pemimpin dunia terlibat membincangkan isu global.
Sewaktu Sidang G20 yang berlangsung di Osaka, Jepun pada 28 hingga 29 Jun lalu… Ivanka sempat menyampaikan ucapan di Majlis Rasmi Pemerkasaan Wanita yang menyeru pemimpin dunia mengutamakan hak wanita dan turut memuji pentadbiran AS di bawah pimpinan bapanya atas usaha mewujudkan inisiatif Pembangunan dan Kemakmuran Global Wanita.
Sidang G20 tahun ini merupakan persidangan di antara 19 negara dan Kesatuan Eropah yang mewakili majoriti besar ekonomi dunia.
Sumber: Astro Awani
Foto: Instagram Ivanka Trump
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkhabaran yang didengari awal pagi tadi mengenai insiden kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat begitu menjentik perasaan. Hanya doa mampu dititipkan tatkala melihat video yang memaparkan api marak di tingkat atas bangunan tahfiz ini. Kebanyakan news feed di media sosial hari ini juga dibanjiri dengan ucapan takziah dan rasa simpati netizen terhadap keluarga mangsa terlibat.
Salah satu momen yang menangkap perhatian Nona pagi ini adalah sepucuk surat yang dikirimkan pelajar tahfiz, Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11 tahun kepada ibunya Norhayati Khalid semalam. Difahamkan Amiel antara lebih 20 penghuni pusat tahfiz yang disahkan terkorban. Melalui perincian surat tersebut, Amiel sempat meluahkan kemaafan dan kasih sayang terhadap ibu dan bapanya. Seolah-olah tahu ajalnya bakal tiba.
Penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah
‘Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa. Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk ke syurga Firdaus.’
Menurut ibu berusia 42 tahun itu, surat tersebut diberikan Amiel semalam ketika dia datang melawat ke pusat tahfiz sambil membawa makanan kegemarannya, Nasi Goreng Pattaya. Sebaik mendapat panggilan mengenai kebakaran pada pukul 6 pagi tadi, Norhayati bergegas ke lokasi kejadian.
Sementara itu, berdasarkan kenyataan pihak Bomba seramai 13 orang pelajar ditemui maut di bahagian kanan bangunan, 8 lagi di bahagian kiri dan seorang mangsa terkorban di hadapan tangga di tingkat dua. Bangunan tahfiz ini juga difahamkan hanya ada satu jalan keluar dan jeriji tingkap tidak boleh dibuka dari dalam. Punca kebakaran disebabkan litar pintas.
Penghuni yang terselamat turut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Takziah dan doa mengiringi pemergian semua mangsa yang terkorban. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Harian Metro & Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Arab Saudi merupakan negara yang dikenali sebagai negara yang mengenakan pelbagai terhadap wanita dan juga satu-satunya negara di dunia ini yang mengharamkan golongan wanita daripada memandu kenderaan.
Namun Raja Arab Saudi, Raja Salman telah mengeluarkan dekri diraja yang akhirnya memberi kebenaran kepada wanita untuk memandu, dan langkah itu mendapat sambutan daripada rakyat tempatan serta masyarakat antarabangsa. Kini, negara konservatif itu dilihat semakin terbuka untuk bergerak ke arah kemodenan dan mengambil inisiatif (secara berperingkat) untuk pemerkasaan wanita.
Terbaharu, seramai 32 wanita Arab Saudi dipilih sebagai pemandu Kereta Api Ekspres Haramain yang beroperasi antara Mekah dan Madinah menerusi Jeddah. Kesemua wanita itu menerima kelayakan tersebut daripada Politeknik Laluan Kereta Api Arab Saudi (SRP) di bawah Syarikat Kereta Api Arab Saudi.
Lapor portal Saudi Gazette, kumpulan wanita itu mula bekerja selepas dilatih oleh pakar SRP selama lebih 12 bulan. Beberapa wanita yang ditemubual oleh Agensi Berita Saudi (SPA) meluahkan rasa bangga apabila berpeluang menceburi kerjaya itu.
Seorang wanita terbabit, Tharaa Ali Alzahrani berasa gembira dan bersyukur menjadi antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.
“Sejak SRP mengumumkan peluang pekerjaan ini pada Januari lalu, saya terus memohonnya. Selepas menjalani sesi temuduga dan ujian, saya dipilih sebagai antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.
“Ini membantu saya mencapai cita-cita untuk berkhidmat kepada negara,” katanya.
Menurut Tharaa, semua calon dipilih sebagai pemandu sudah melengkapkan latihan teori dan praktikal berkaitan sistem keselamatan selain turut menjalani latihan memandu kereta api.
Seorang lagi calon dipilih, Rotella Yasser Najjar berkata, latihan kepimpinan itu memberi peluang kepada wanita Arab Saudi dan memperkasakan diri golongan tersebut untuk bekerja di pelbagai lokasi bagi berkhidmat kepada negara.
“Ia termasuk projek Kereta Api Haramain yang menyediakan pengangkutan kepada jemaah haji dan umrah serta pengunjung ke Masjidil Haram,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak imigran dan tak selesai pengajian, kini Lucy Guo tersenarai sebagai antara wanita termuda dalam senarai America's Richest Self-Made Women pada usia 30 tahun!