Seperti pelangi selepas hujan. Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kehidupan yang dinikmati Siti Rohayu Ibrahim hari ini. Bukan hanya bertemu jodoh dengan lelaki yang tepat sebagai suami, bahkan dia juga bertuah kerana dikurniakan anak kembar tiga selain perniagaan yang semakin berkembang maju.
Kisah duka Siti Rohayu atau dikenali sebagai Umy menjaga suami yang lumpuh dan hilang ingatan selepas mengalami kemalangan pernah menjadi bualan dan viral di media sosial. Ketabahan wanita ini menarik khalayak namun rumah tangga mereka akhirnya berakhir kira-kira tiga tahun lalu.
Siti Rohayu Lahir Anak Kembar 3
Kini, usahawan ini kian bahagia di samping suami tercinta iaitu Faiz Fauzi dan lima anak tersayang. Menerusi perkongsian Umy di media sosial, ibu penyayang ini menerima kehadiran cahaya mata terbaharu yang juga anak kembar tiga pada 22 Januari lepas.
Difahamkan dia terpaksa bersalin awal pada usia kandungan baru mencecah 28 minggu. Bagaimana pun, Umy dan ketiga-tiga bayi berada dalam keadaan sihat.
Berkongsi momen tersebut, ahli perniagaan berusia 34 tahun tersebut melahirkan rasa syukur. “Tak pernah sangka dengan kehadiran suami ketiga, Allah hadiahkan kembar tiga. Besar kuasa dan nikmat yang Allah berikan. Terima kasih kerana menerima kami dan mencurahkan kasih sayang kepada Kak Long dan Abang Ngah.
Tak pernah anggap macam anak tiri. Terima kasih jaga kami semua dengan baik. Sama-sama kita besarkan dan beri didikan yang terbaik buat mereka.”
Ads
Pasangan ini tanpa berselindung mendedahkan mereka sepakat menjalani rawatan IVF untuk menimang cahaya mata di Victory IVF Fertility Centre.
“Ramai yang tak tahu Umy dapat triplets ni disebabkan buat rawatan kesuburan iaitu IVF disebabkan tiub Umy kedua-duanya ada masalah bengkak dan tersumbat ada cecair di dalamnya sehingga terpaksa membuat pembedahan.”
Ads
Umy dan Faiz mendirikan rumah tangga pada 3 Mac 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak kembar tiga yang diberi nama Muhamad Faeq Daniysh, Nur Fai’Qhalish Daneylla dan Muhamad Faeq Daniyal.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Umy turut mempunyai dua orang lagi anak iaitu Nur Adrieyna Daniella dan Muhamad Riezqullah Dhiyaulhaq.
Ads
Berkat kecekalan Umy, dia kini sukses sebagai usahawan kosmetik dan penjagaan kesihatan. Malah, suami tercinta banyak membantunya menguruskan bisnes dan bergilir-gilir menjaga anak tanpa bantuan pembantu rumah.
“Setakat hari ini Umy tak ambil pembantu. Hanya Umy dan Aby je yang jaga. Time Aby keluar urusan kerja, Umy yang jaga mereka.
Umy dan Aby sentiasa kuat dan kami sangat bertolak-ansur dalam menjaga triplets ni. Allah bagi rezeki besar ni dia tahu kami berdua mampu hadapi. Semoga dengan kehadiran triplets lagi mengeratkan hubungan kami.”
Semoga rumah tangga yang dibina Siti Rohayu dan suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keprihatinan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong terus menarik perhatian rakyat. Jika sebelum ini Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan sejumlah pek makanan kepada petugas perubatan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan… hari ini Raja Permaisuri Agong sekali memberi sumbangan makanan kepada petugas perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) pula.
Alhamdulillah, murah rezeki para frontliner dapat merasa air tangan Raja Permaisuri Agong. Menerusi laman instagram Air Tangan Tunku Azizah, antara menu yang disediakan buat petugas di HUKM dan UMMC hari ini ialah Kurma Telur, Kubis Masak Lemak dan Ayam Masak Terutup. Awal pagi tadi juga Tunku Azizah sudah menyediakan sejumlah chocolate chip mini cupcake untuk kakitangan hospital. Kecur air liur tengok!
Kurma telurKubis masak lemakAyam kerutupAyam kerutupChocolate Chip Mini Cupcake
Kongsi baginda, “For mu unsung heroes! May Allah bless you all. Saya harap semua orang faham. Kami semua locked in kat Istana Negara. Semua kena check setiap hari. Kami
semua tak keluar istana pun. Tak jumpa orang lain.
Pakai mask dan sarung tangan dan sanitizer. Ada masa lemas juga dan buka sekejap. Don’t worry, we are all paranoid here. Kami tidak dibenarkan keluar dan orang lain pun tidak dibenarkan masuk istana.”
Antara air tangan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah untuk petugas perubatan beberapa hari ini termasuk sayur goreng, kari ayam, telur bungkus, nasi goreng Che Minah Sayang, sambal tumis bilis, sayur jawa, dan ayam goreng kunyit.
Mengenali peribadi Tunku Azizah, baginda bukan hanya gemar memasak bahkan cukup prihatin dengan isu masyarakat terutamanya apabila melibatkan golongan susah. Tunku Azizah juga merupakan Pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang beroperasi sebagai pusat kesuburan wanita.
Tunku Azizah dikurniakan empat orang putera dan lima puteri iaitu Tengku Amir Nasser, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Ilyana, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Beruntungnya rakyat Malaysia kerana mempunyai Raja Permaisuri Agong berjiwa penyayang dan prihatin seperti KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan penghargaan terhadap usaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8, selama enam hari yang menutup tirainya hari ini.
“Kepada ahli jawatankuasa yang telah berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan, dari lubuk hati yang penuh ikhlas, beta mengucapkan terima kasih kepada mereka. Hari ini, kita harus meraikan kejayaan rancangan selama lima bulan acara itu.
“Terima kasih atas kerja keras anda bagi menjayakan acara ini,” titah baginda pada majlis penutupan simposium itu, di sini, hari ini.
Bertemakan “Celebrating Textiles: A Journey”, simposium anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja itu mempamerkan keindahan tekstil Malaysia termasuk songket dan batik, serta teknik pembuatan tekstil seperti tekat, tenun, telepuk dan menggerus untuk dipelajari oleh masyarakat dunia.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Simposium dwitahunan itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 26 September 2022.
Tunku Azizah turut menzahirkan terima kasih kepada Singapura kerana membuka jalan kepada Malaysia mengadakan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8.
“Sebenarnya, Singapura sepatutnya menjadi tuan rumah, tetapi beta memohon kepada Singapura untuk memberi laluan kepada Malaysia,” titah Tunku Azizah sambil menambah acara itu pada mulanya dirancang untuk diadakan tahun lepas tetapi ia ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.
Ketika Majlis Santapan Malam pada 28 September 2022.
Sempena majlis penutup itu, Tunku Azizah menyerahkan bendera simposium secara simbolik kepada tuan rumah seterusnya iaitu Laos yang diwakili Duangmala Phommavong untuk Simposium Tekstil Tradisional pada tahun 2024.
Sementara itu, Phommavong mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan menganjurkan simposium edisi ke-8 itu dan berkata beliau memperoleh pengalaman menerusi keunikan dan kepelbagaian seni, budaya serta etnik di Malaysia.
“Saya telah mempelajari banyak mengenai tekstil Malaysia serta persembahan kebudayaan,” katanya sambil menyampaikan jemputan kepada perwakilan untuk menghadiri simposium di Laos.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam sejarah telah tercipta apabila Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama menerima dos pertama vaksin COVID-19 menandakan bermulanya Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan. Perdana Menteri telah menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11.
Foto: Instagram @bernamaofficialFoto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Lina Ibrahim mencatat sejarah peribadi apabila telah diberi tanggungjawab untuk memberi dos pertama vaksi COVID-19 kepada Tan Sri Muhyiddin. Ketika ditanya oleh pemberita tentang perasaannya melaksanakan tanggungjawab tersebut, “Bangga juga lah,” jawab Lina Ibrahim ringkas.
Perdana Menteri kemudiannya melancarkan pendaftaran program vaksinasi menerusi MySejahtera yang akan memudah cara proses pendaftaran bagi menerima vaksin. Pendekatan ini melalui program imunisasi itu adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022.
Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Turut menerima dos pertama dan merupakan antara yang terawal menerima vaksinasi dalam program imunisasi itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.