Gaya Hidup

Pernah Serik Kahwin & Sedekad Jadi Ibu Tunggal, Maia Estianty Kini Isteri Usahawan & Sambut Anniversary Ke-5!

Tumpang bahagia dengan kehidupan yang dilalui Maia Estianty hari ini. Di sebalik kekecewaan rumah tangga yang dialami pada tahun 2008, bekas isteri vokalis kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani ini kembali menikmati kebahagiaan selepas bergelar suri hati usahawan ternama Indonesia, Irwan Mussry.

29 Oktober lepas genap lima tahun usia perkahwinan Maia dan Irwan. Dia yang sebelum ini pernah popular menerusi lagu ‘Teman Tapi Mesra’ ketika menganggotai kumpulan Ratu bersama Mulan Jameela dilaporkan mengambil masa selama 10 tahun untuk ‘pulih’ daripada penceraian.

Malah, Maia dikatakan serik memulakan hubungan baharu selepas episod perpisahannya dengan Ahmad Dhani.

Namun takdir Tuhan, ibu tiga cahaya mata ini dikurnia sinar harapan baru bersama lelaki yang menyayanginya sepenuh hati.

Maia yang berada di Tanah Suci sejak hujung Oktober memanjat kesyukuran kerana berpeluang menyambut ulang tahun perkahwinan kelima bersama suami tercinta.

Kredit Instagram @maiaestiantyreal
Kredit Instagram @maiaestiantyreal
Kredit Instagram @maiaestiantyreal

“Alhamdulillah, hari ini tepat 5 tahun perjalanan pernikahan, kami melewatinya dengan baik, dengan bantuan Allah. Tetap menjadi suami yang menyenangkan dan lucu seperti biasa ya suamiku. Terima kasih selalu menjadikan aku RATUmu.

Semoga kita bisa tetap harmonis dan bahagia seperti sekarang sampai maut memisahkan. Love you always, you are the best!!!!”

Daripada perkongsian gambar-gambar Maia di Mekah, jelas terserlah seri wajah bahagianya.

Kredit Instagram @maiaestiantyreal
Kredit Instagram @maiaestiantyreal
Kredit Instagram @maiaestiantyreal

Maia berpisah dengan Ahmad Dhani pada tahun 2008 selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan kini selesa menguruskan kerjaya seni ketiga-tiga anak lelaki mereka yang dikenali sebagai kumpulan The Lucky Laki.

Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.

Kredit Instagram @maiaestiantyreal
Kredit Instagram @maiaestiantyreal
Kredit Instagram @maiaestiantyreal
Kredit Instagram @maiaestiantyreal

Meniti usia 47 tahun, Maia Estianty yang juga seorang penerbit gemar beriadah dan bercuti bersama suami ke luar negara. Lebih bermakna, suami menerima dan menganggap ketiga-tiga anak Maia seperti anak sendiri.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/14-tahun-berpisah-rossa-bekas-suami-masih-baik-sambut-birthday-anak-lelaki-ke-17/

IKLAN
Share