Persediaan Raya Masak Rendang, Cuba Resipi DP Eina Azman Siap 3 Ekor Ayam Lagi

Datin Paduka Eina Azman bukan sahaja terkenal sebagai seorang pelakon yang mempunyai seraut wajah yang cantik, berkulit putih dan tinggi lampai tetapi juga terkenal kerana suka berkongsi resipi masakan di laman media sosialnya. Tagline “it’s done” begitu sinonim dengan wanita yang mempunyai sebenar Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman ini.

Foto: Instagram @eina_azman

Walaupun baharu sahaja berusia 25 tahun tetapi sangat kagum melihat Datin Paduka Eina Azman ini cekap masak dalam portion

yang besar setiap hari. Bukan calang-calang wanita boleh masak dalam kuantiti yang besar dan banyak.
Foto: Instagram @eina_azman

 

Tergoda tengok ayam rendang yang dimasak oleh ibu kepada sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey ini. Kali ini Datin Paduka Eina Azman berkongsi resipi Rendang Ayam Pedas Berapi dengan sukatan 3 ekor ayam.

Foto: Instagram @eina_azman

Namun, seperti yang sering Datin Paduka Eina Azman beritahu, beliau tidak mempunyai sukatan yang tepat dalam setiap masakannya. Menjadi kebiasaan isteri kepada Kaiser Gurmeet Harden ini masak ikut sukatan ‘agak-agak’ sahaja. Jom tengok macam mana Datin Paduka Eina Azman masak rendang ayamnya.

Bahan kisar

  • Bawang
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Cili Padi
  • Sedikit Air

Bahan-bahan;

  • Serai
  • Asam keping
  • 3 ekor ayam
  • Santan
  • Garam & gula
  • Kerisik
  • Daun kunyit

Cara membuat;

  1. Kisar bahan kisar dalam mesin pengisar.
Bawang
Lengkuas
Kunyit hidup
Cili Padi

2. Tumis bahan kisar

Tumis bahan kisar di atas dapur
Masuk serai
Masuk asam keping

3. Kacau sebentar dan masukkan ayam.

Masukkan santan

4. Perisakan dengan garam kasar dan gula.

Masukkan kerisik

5. Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris nipis.

IKLAN
Share