Kecoh diperkatakan tentang isu gelaran Datuk yang ‘dibeli’ melibatkan beberapa suami kepada personaliti tanahair. Bermula dengan ciapan seorang netizen yang mendakwa tidak melihat nama-nama penerima dipaparkan dalam sebuah laman sesawang, pastinya membuatkan ramai yang ingin mengetahui kesahihan penerimaan anugerah tersebut.
Bermula dengan isu gelaran Datuk Seri dan Datuk suami Datin Seri Heliza Helmi dan seterusnya Datin Paduka Eina Azman turut didakwa palsu. Terpalit sama adalah suami kepada pelakon popular Fauziah Gous, iaitu Datuk Zhafran Md Yusof. Menyedari hakikat isu ini semakin diperkatakan ramai, Fauziah Gous akhirnya membuka mulut dan menjelaskan untuk suami membuktikan yang dia memiliki gelaran Datuk.
Ads
Memetik laporan akhbar, Fouziah berkata, gelaran kebesaran itu diterima daripada pihak istana sebuah negeri pada 2016, dan suaminya menhadiri istiadat pertabalan pada 2017. Malah, katanya dakwaan itu tidak sepatutnya djadikan isu memandangkan suaminya mempunyai bukti berhubung watikah pelantikan yang membawa gelaran Datuk kepada suaminya.
Ads
Ads
“Sekiranya tidak tersenarai, kenapa perlu nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu mengapa perkara tersebut terjadi tetapi takkan nak terus terjah sebab semuanya perlu dilakukan secara beradab,” katanya. Pelakon drama Cinta Medik itu turut meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran Datuk suaminya untuk menyemak perkara itu dengan pihak bertanggungjawab. Individu terbabit juga mendakwa tindakan itu dibuat selepas dia didesak oleh banyak pihak bagi mendedahkan perkara sebenar.
Sebelum ini, menurut Zhafran, yang dipetik dari ASTRO AWANI, sebenarnya gelaran Datuk tersebut sudah lama diperolehi. “Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.
“Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” ujar suami Fouziah ini ikhlas.
Sumber: Harian Metro | Kredit foto: Instagram @fouziahgous
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun lalu, usahawan, pelakon dan penyanyi popular Alif Satar berkongsi mengenai ibu bapanya yang berpeluang menunaikan ibadah Haji ketika musim haji tahun lalu. Alif sendiri pernah berkongsi bahawa sebelum ini, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar dua tahun berturut-turut mendapat jemputan menunaikan fardu haji, namun, belum rezeki. Alif tidak dapat pergi di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Nampaknya, hajat Alif untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dimakbulkan apabila dia dan isteri tercinta, Shadila Halid berlepas ke tanah suci hari ini untuk menjadi tetamu Allah untuk musim haji tahun ini. Perkongsian Alif Satar di laman Instagram miliknya menunjukkan dia dan isterinya bakal menjadi tetamu Allah hari ini.
Tahun lalu, penyanyi lagu Akan Tiba dan Lelaki Seperti Aku itu bersyukur doanya di bawah pancur emas Kaabah ketika menunaikan umrah memohon agar ibu bapanya terlebih dahulu menjadi tetamu Allah mengerjakan haji termakbul.
Sebagai anak, sudah tentunya Alif melahirkan rasa penuh kesyukuran dapat menghantar ibu bapanya, Nor Hafiza Mohammed dan Mohd Satar Ramli menunaikan Haji tahun lalu. Setahun selepas kedua ibu bapanya itu bergelar Haji dan Hajjah, kini tiba giliran Alif dan isterinya, Shadila Halid pula dijemput menjadi tetamu Allah untuk musim haji 1444 hijrah.
Ramai rakan-rakan selebriti menitipkan ucapan untuk pasangan ini yang bakal berlepas ke tanah suci hari ini untuk menjadi tetamu Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini dan mendapat haji yang mabrur!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang pastinya diketahui sang pencinta gaya di kalangan kita, penggayaan rambut keriting kini kembali popular sejak kebelakangan ini dengan ramai wanita di seluruh dunia memilih dandanan yang nampak besar atau tampil ‘kusut’ dan mengetepikan rambut lurus dan rapi, apabila keluar berhibur dengan teman, semasa menghadiri acara formal ataupun untuk ke pejabat mahupun ke kelas. Namun, ramai wanita merasakan ia sukar untuk mencipta semula gaya seperti di salun dan mendapati alat menggaya di rumah tidak mudah digunakan, selain risau jika ada kerosakan tidak diketahui pada mahkotanya.
Philips Malaysia hari ini memperkenalkan alat dandanan rambut inovatif terkini, direka untuk membolehkan wanita meraih gaya keriting ala salun tanpa perlu keluar dari rumah, ataupun ketika berada di mana-mana saja. Philips StyleCare Prestige Auto Curler hadir dengan teknologi terkini bagi menggulung rambut yang bukan sahaja boleh menghasilkan rambut keriting terunggul malah selamat dan tidak merosakkan rambut.
Philips StyleCare Prestige Auto Curler adalah alat dandanan inovatif yang dinantikan yang berupaya menawarkan kepada wanita satu peningkatan dalam rejim dandanan mereka melebihi apa yang ada sebelum ini. Kami sedar bahawa gaya keriting adalah rias rambut idaman wanita di mana saja, dan ramai wanita mahu memperolehnya tanpa perlu mengunjungi salun. Dengan Philips StyleCare Prestige Auto Curler, wanita kini boleh mendapat rambut bergulung yang diingini, di rumah dan di mana saja.
Namun, mencipta gaya keriting secara konsisten dari depan ke belakang kepala agak mencabar, kerana wanita tidak mempunyai medan pemandangan atau kecapaian yang sama bila mendandan rambut sendiri, berbanding menggunakan jurudandan di salun. Justeru, Philips StyleCare Prestige Auto Curler adalah alat yang bagus untuk membantu wanita mengatasi cabaran ini. Cirinya yang inovatif seperti batang menggulung lebih panjang dan pengadang menggulung pintar dapat membantu wanita mencipta gulungan keriting melantun cantik, mempunyai bentuk sekata dan tahan lama, untuk gaya mirip dandanan profesional di salun.
Philips StyleCare Prestige Auto Curler dijual pada harga RM629 dan boleh didapati di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya dan di Pulau Pinang; di rangkaian rakan runcit dan pengedar di seluruh negara, dan secara dalam talian menerusi Kedai Dalam Talian Philips di http://www.shop.philips.com.my/ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan sedang ibunya meninggal dunia, dia terpaksa memendam kesedihan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana si anak sedang bertarung menarik nafas. Alangkah sedihnya hati, tak sempat dia pulang untuk meminta keampunan buat kali terakhir.
Pada saat kita mengeluh dengan kesulitan yang menimpa diri, ingatlah ada lagi manusia lain yang lebih susah perjuangannya.
Itulah yang dialami wanita malang bernama Wan Salmi Suhana Wan Majeed tatkala dua daripada lima orang anak-anak kesayangannya disahkan menderita penyakit asma kronik.
Selepas kisah Wan Salmi Suhana, 36 tahun, tersebar luas di media sosial, Nona cuba menghubungi empunya badan untuk bertanyakan keadaan terkini. Mujurlah surirumah itu sudi berkongsi, bercerita kebimbangan dan harapan seorang ibu yang selamanya tak pernah putus berharap.
Memang benar dia terpaksa merayu bantuan orang ramai yang bersimpati. Bukan tak pernah meminta ehsan dari keluarga dan rakan-rakan, tapi sampaikan dia terpaksa menebalkan muka merayu di media sosial.
Kata Wan Salmi Suhana, meskipun tergolong sebagai asnaf miskin yang menerima bantuan Zakat Selangor sejak 2016, namun ia masih belum cukup untuk menampung beban mereka sekeluarga.
“Saya ibu kepada 5 orang anak. Anak sulung dah berumur 17 tahun dan yang bongsu pula baru 1 tahun 7 bulan. Dua daripada 5 beradik ni adalah pesakit asma kronik yang terpaksa mendapatkan rawatan dan sering dimasukkan ke hospital.
Dengan keadaan anak-anak yang selalu keluar masuk wad, suami saya iaitu Mohd Irwan Amir Hashim, 36, hanya mampu bekerja sebagai pemandu GRAB. Dia tak dapat bekerja sepenuh masa memandangkan komitmen anak-anak kami yang selalu sakit. Kalau tak, siapalah yang nak uruskan anak-anak lain bila saya di hospital?
Sebenarnya 3 orang anak kami ni ada masalah asma. Anak ketiga saya, Akifa Naila, hidap asma sejak usianya setahun. Diikuti dengan anak keempat, Aqil Iman, dia ada asma sejak berusia sebulan lagi. Kakinya pula disahkan mengalami ‘flat foot’ iaitu panjang sebelah dengan tumit membengkok. Aqil tak boleh berjalan lama dan ototnya kian mengeras.
Manakala anak kelima, Danish Iman, mengalami masalah pernafasan sejak bayi. Lantaran masalah paru-paru kronik dan proximal tracheomalacia, doktor terpaksa memakaikan alat bantuan pernafasan CPAP sejak umurnya 9 bulan. Sekarang dia dah berumur 1 tahun 7 bulan dan Danish bergantung sepenuhnya pada alat tersebut untuk bernafas.
Allahu.. Prinz Firusi merayu kepada semua Rakyat Malaysia.. Tolong Tolong Tolong sekurang2nya #LIKE & #SHARE sebarkan ramai2.. (kalau tak mampu menyumbang wang Ringgit sikit pun) ???Hari ni hari susah diorang.. hari kita & anak2 susah nanti, siapa yang tahu ?"Doakan anak no 4 saya cepat sembuh keadaan dah bertambah teruk dah 2 hri tak makan minum., smlm nak hampir kena admit memikirkan ank no 5 tak de siapa jaga saya terpaksa mintak bawak balik pantau kat rumah,… Pening memikirkan nasib anak anak Suami dah lah tak keje harapkan keje pemandu grab je, nak keje sepenuh masa anak anak selalu sakit selalu admit, suami terpaksa lupakan dulu untuk keje sepenuh masa., kalau dia bekerja full time anak anak lain tak de siapa yang akan uruskan. Dua dua anak pesakit kronik ,no 5 masalah saluran kerongkong sempit(proximal tracheomalacia), no 4 masalah asma kronik dengan masalah kaki. Smlm dr kata kaki belah kiri dah mengeras menyebabkan dia sukar untuk betulkan kaki. Kos mri alhamdulilah dah ckup hasil bantuan org ramai… .Dana untuk adik pembelian hos dihidung kos rm932 untuk ditukar setiap kali rosak, kos susu rm93 1 tin sebulan dlm 10 tin, bukan itu shj banyak kos yang dah habiskan untuk anak anak….. Kami mohon bantuan org ramai yang sudi hulurkan walau hanya rm1 pun kami terima sekurangnya beban yang kami tanggung boleh diringankan., Sesiapa yang sudi bantu kami Boleh salurkan terus ke acc mybnk 1141.7946.7056 mohd irwan @ boleh call 012.608.9504 Jangan kecam, kalau nak bantu silakan kalau tak nak bantu tlg share… Kami bukan org politik dah mcm mcm bantuan kami cari bukan senang nak mohon sana sni dari pihak atasan… Anak no 5 baru buat pembelian mesin brharga rm20k"~ Fb Wan Hana ~Kami doakan yang turut sama2 diberkati & dirahmatiNya.████████████████████.ONLINEkan Bisnes / Produk / Servis Anda kaw2 secara Online Cara MUDAH & MURAHContact Online Marketing Team kami di sini ⤵https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=687520694970238&id=309161212806190████████████████████
Saya sendiri tak tahu apakah punca penyakit asma menyerang anak-anak kami. Dalam keluarga kami tak pernah ada masalah ni. Asma yang mereka alami memang sangat teruk sampaikan anak bongsu pernah dimasukkan ke ICU sebanyak 3 kali,” ceritanya dalam nada sebak.
Tambah Wan Salmi Suhana lagi, sepanjang tempoh getir ini, dia melalui pelbagai episod duka seperti kehilangan ibu tercinta. Baginya, peristiwa paling sedih adalah apabila arwah ibu meninggal tapi dia tak dapat berjumpa, apalagi membantu menguruskan jenazah. Kebetulan serentak waktu yang sama, anaknya dikejarkan ke ICU dan dia terpaksa menjaga si kecil yang meronta kesakitan.
“Adat kita manusia dibenci dicaci tu biasalah. Saya selalu dilontar dengan pelbagai kata-kata yang menyakiti hati tapi selagi boleh sabar, sabarlah. Pujuk hati supaya bertenang dan tawakal pada Allah.
Dalam sebulan, kami ada temu janji sampai 4-5 kali untuk berjumpa pakar di PPUM. Dua beradik tu pula sentiasa dalam situasi berjaga-jaga, misalnya kalau mereka sakit terus saja kejarkan ke unit kecemasan.
Saya selalu minta ehsan orang ramai doakan anak-anak saya ni. Kata doktor, Aqil Iman mesti dipantau sampai usianya 5 tahun manakala adiknya, Danish Iman, perlukan perhatian rapi selama setahun sebelum mereka boleh beri keputusan untuk matikan mesin bantuan.
Sebagai ibu, harapan saya cuma satu. Saya mahu mereka sembuh dan jadi normal macam anak-anak lain.”
Menurut wanita yang merupakan anak jati Besut, Terengganu itu, mereka sekeluarga terhutang budi dengan Zakat Selangor kerana banyak menyalurkan bantuan yang diperlukan. Terutama sekali bantuan biaya perubatan anak-anaknya yang mencecah hampir RM40 ribu.
“Memang benar kami kesempitan. Suami cuma harapkan pendapatan sebagai pemandu GRAB dan saya pula bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. Pihak Zakat Selangor pula salurkan RM500 sebulan. Saya sangat bersyukur dengan semua bantuan ni.
Mungkin segelintir orang merasakan, ah cukuplah dapat bantuan. Tapi sebenarnya dalam situasi ekonomi sekarang, saya terhimpit dari aspek emosi dan kewangan kerana ia sekadar cukup-cukup makan. Belum lagi keperluan 3 orang anak-anak lain yang kini bersekolah. Memang sempit sangat,” ujar Wan Salmi Suhana dalam nada perlahan.
Buat orang ramai yang prihatin dan berhasrat mahu meringankan beban keluarga ini, salurkan sumbangan anda melalui akaun Maybank Mohd Irwan bernombor 114179467056 atau akaun CIMB Wan Salmi Suhana bernombor 7602612700. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!