Peruncit Berprofil Tinggi Topshop Terima £50 JUTA Pinjaman Kecemasan Elak ‘Kejatuhan’

Buat peminat jenama Topshop, ini mungkin berita yang tidak mahu didengari. Jenama ini mungkin tidak akan lagi dapat dijumpai di gedung beli belah ekoran pemiliknya menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi perniagaannya. Peruncit pakaian Britain, Arcadia yang merupakan pemilik rangkaian fesyen terkemuka Topshop terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

Foto: Facebook Topshop
Foto: Facebook Topshop

Selain Topshop, jenama yang berada di bawah satu bumbung dengannya, Topman, Dorothy Perkins, Burton, Miss Selfridge, Evans dan Wallis turut menerima tempias yang sama. Selain penularan pandemik ini, faktor yang menjadikan Arcadia hampir muflis adalah kerana persaingan sengit dalam talian.

Foto: Facebook Topshop
Foto: Facebook Dorothy Perkins

Kegagalan mempertahankan peruncit berprofil tinggi memberi tamparan hebat kepada ketua Arcadia, Philip Green. Seperti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Corporation (BBC), situasi ini bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi Philip Green sebagai ketua malah turut menjejaskan kira-kira 13,000 pekerjaan.

Foto: Facebook Wallis
Foto: Facebook Miss Selfridge

Walau bagaimanapun mungkin ada sinar untuk mempertahankan peruncit berprofil tinggi ini daripada muflis apabila hartawan pakaian sukan Fraser Group menawarkan pinjaman sebanyak £50 juta. Mike Ashley yang merupakan pemilik Fraser Group ini turut memiliki kelab bola sepak Newcastle United.

Tak yah bersesak-sesak nak beli barang keperluan harian, klik sini jer. 12.12 banyak offer tau!

IKLAN
Share