Gaya Hidup

‘Pesaing’ Britney Spears, Christina Aguilera Tampil Imej Matang Usia 42 & Ibu 2 Anak!

Nama Christina Aguilera cukup popular pada tahun era lewat 90an. Walau sudah 24 tahun berada di persada seni antarabangsa namun popularitinya masih utuh dalam industri muzik Amerika Syarikat. Dia yang bakal berusia 42 tahun pada Disember depan aktif menjayakan pelbagai konsert dan menerbitkan single baharu.

Christina atau nama sebenarnya Christina Maria Aguilera ialah penyanyi, penulis lirik, pelakon dan personaliti televisyen kelahiran Amerika Syarikat. Mendapat julukan ‘Voice of a Generation’, dia juga kini ibu kepada dua orang anak.

Penyanyi ini merupakan anak kepada pemuzik Shelly Loraine Fidler Kearns. Bapanya, Fausto Wagner Xavier Aguilera Monge pula ialah tentera Amerika Syarikat. Christina turut memiliki darah kacukan Scotland, Irish dan Jerman daripada ibunya.

Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xxtina
Kredit Instagram @xtina

Sejak kecil dia bercita-cita mahu menjadi penyanyi dan ketika berusia 12 tahun, dia dijemput mengikuti uji bakat The All New Mickey Mouse Club di samping beberapa nama besar lain termasuk Britney Spears dan Justin Timberlake.

Christina mula merakam lagu ‘Reflection’ untuk filem Disney, Mulan pada tahun 1998 sebelum menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman dan menerbitkan album pertama berunsurkan pop muzik pada 1999.

Bagi remaja yang membesar pada zaman kegemilangan ini pasti mengingati bait-bait lagu popular seperti Genie in a Bottle, What a Girl Wants, Come on Over Baby, Lady Marmalade, Beautiful dan Hurt.

Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina

Bahkan ia menjadi halwa telinga peminat muzik sampai ke hari ini. Nama Christina Aguilera turut dikatakan menjadi pesaing terdekat Britney Spears.

Single pertamanya, Genie in a Bottle mencetus fenomena dan menduduki carta teratas Billboard sekaligus melayakkannya memenangi Grammy Award untuk kategori Artis Baharu Wanita Terbaik pada 1999.

Sepanjang kariernya, Christina banyak berkolaborasi dengan selebriti ternama dunia. Malah suara lunaknya turut dipilih untuk lagu sountrack filem Addams Family dan Mulan.

Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina
Kredit Instagram @xtina

Bersandarkan kejayaan dan pelbagai anugerah yang dirangkul, wanita ini turut dipilih sebagai juri bagi program nyanyian popular, The Voice.

Christina pernah berkahwin dengan Jordan Bratman pada 19 November 2005 namun berpisah pada April 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka menerima kehadiran seorang anak lelaki yang diberi nama Max Liron yang kini berusia 15 tahun.

Dia kemudian menjalin hubungan dan bergelar tunang kepada Matthew Rutler. Mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun iaitu Summer Rain.

Memiliki suara yang hebat dan bakat dikagumi ramai, selebriti ini juga seorang aktivis dan bekerjasama untuk kempen kesedaran AIDS. Pada tahun 2010, dia menjadi Duta Against Hunger for the World Food Program dan turun padang membantu mangsa gempa bumi di Haiti.

Artikel lain https://www.nona.my/telatah-comel-isaac-raees-buat-ramai-terhibur-peminat-puji-zahirah-aiman-didik-anak/

IKLAN
Share