Pesona 3 Aktres Korea Ini Tidak Pudar Walau Berusia 40an & Berstatus Ibu

Setiap wanita pasti nak nampak kekal cantik dan awet muda, bukan? Apa yang penting amalan penjagaan kecantikan luar dan dalam sejak awal sangat membantu. Seperti mana yang diamalkan oleh 3 artis wanita Korea ini. Bukan saja terkenal bahkan kekal cantik dalam usia masing-masing biarpun dah bergelar ibu.

Rajin memanjakan diri termasuk mengamalkan rawatan kulit dengan mudah di rumah membantu memberi kesan positif kepada penampilan diri. Antaranya rutin body scrub dan penggunaan masker secara konsisten. Begitu juga dengan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan sumber makanan yang mengandungi antioksidan tinggi bagi membantu mencegah munculnya tanda-tanda penuaan awal. Senaman ringan seperti joging dan yoga boleh juga diamalkan agar tubuh kekal aktif.

Inilah yang dilakukan oleh 3 aktres Korea ini. Walaupun terlalu sibuk dengan kerjaya seni masing-masing namun mereka bijak menguruskan me-time. Beberapa jam menghabiskan waktu untuk diri sendiri dapat memberikan rasa bahagia.

KIM TAE HEE
Isteri kepada penyanyi Rain ini dianggap sebagai salah seorang wanita tercantik di Korea Selatan. Wanita berusia 41 tahun ini memulakan kariernya sebagai model pada tahun 2000.

Sepanjang kariernya, Kim tae Hee telah memenangi banyak penganugerahan kerana bakat lakonannya. Salah satu dramanya yang paling diingati ramai ialah ‘Stairway to Heaven’ pada tahun 2003.

Kim Tae Hee berkahwin dengan Rain pada 19 Januari 2017 dan sempat berbulan madu di pulau Bali dan Sumbawa. Pada Oktober 2017, Kim Tae Hee dan Rain dikurniakan seorang puteri. Dua tahun kemudian, mereka dikurniakan pula anak ke-2 iaitu pada tahun 2019.

JUN JI HYUN
Aktres berusia 40 tahun ini merupakan salah satu wajah billboard terkenal di Korea Selatan. Tidak hanya drama, Jun Ji Hyun juga laris membintangi berbagai filem box office. Dilahirkan pada tahun 1981, wanita ini bertemu jodoh dengan seorang banker, Choi Joo Hyuk pada 13 April 2012.

Setelah membintangi drama ‘My Love from the Star’ pada 2016, Jun Ji Hyun melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang lelaki. Kemudian pada tahun 2018 dia dikurniakan anak kedua, juga seorang lelaki. Biarpun memiliki 2 anak lelaki tetapi pesona Jun Ji Hyun tetap terserlah malah kian berseri-seri!

LEE MIN JUNG
Para penggemar drama ‘Boys Over Flowers’ pasti mengenali figura jelita ini. Lee Min Jung sering memegang watak utama, antara drama yang telah menaikkan namanya ialah ‘Cunning Single Lady’ yang bergandingan dengan Joo Sang Wook.

Lee Min Jung yang bergelar seorang ibu ini tergolong dalam kategori aktres Korea yang awet muda. Perkahwinanya dengan Lee Byung Hyun pada tahun 2013 menjadi salah satu majlis selebriti termewah ketika itu. Mereka dikurniakan seorang putera pada Mei 2015.

Kredit Foto: Instagram Lee Min Jung, Jun Ji Hyun & Kim Tae Hee

IKLAN
Share