Gaya Hidup

PESONA Adik-Beradik Perempuan, 9 Selebriti Jelita Ini Inspirasi #SiblingGoal

Mesti seronok kalau mempunyai adik-beradik yang ramai. Kalau berkumpul semua sekali pasti memecah suasana. Lebih indah kalau dikurniakan adik perempuan dan kakak yang memahami. Dalam erti kata mudah, adik-beradik perempuan mampu menjadi sahabat sejati, bahu untuk bersandar atau berkongsi barang.

Menjadi selebriti secara tak langsung adik beradik mereka juga menjadi perhatian masyarakat. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sejumlah adik-beradik yang ramai dan semuanya jelita mempesona. Ada juga yang mengikut jejak langkah untuk terjun dalam dunia seni dan tak kurang juga mendapat tempias adik-beradik dalam dunia seni. Jom kita lihat antara selebriti yang mempunyai hubungan akrab sesama mereka.

EMMA MAEMBONG

Emma Maembong berdarah kacukan Malaysia-Scotland. Mempunyai 11 orang adik-beradik dan 7 daripadanya adalah perempuan. Mesti meriah keluarga ini apabila berkumpul kesemuanya.

Foto: Instagram @chacha_maembong

ROZITA CHE WAN

Adik-beradik Rozita Che Wan pernah menghiasi muka depan Majalah Nona. Ayu Raudhah seorang sahaja yang mengikuti kakaknya untuk terjun dalam bidang seni. Manakala Rozita, Ruby Che Wan pula merupakan isteri kepada Lan Pet-Pet. 5 beradik ini sering berkumpul bersama. Teringat kemeriahan kami membuat temu bual dahulu.

ANZALNA NASIR

Anzalna Nasir mempunyai empat orang adik-beradik perempuan yang cantik dan happening. Dalam kelima-lima adik beradik ini tiga orang daripadanya menceburi bidang seni sebagai pelakon.

Foto: Instagram @anzalnanasir88

NEELOFA

Neelofa juga mempunyai sebuah keluarga yang besar dan mempunyai 3 orang adik beradik perempuan. Namun, hanya dirinya sahaja yang terlibat secara langsung dalam bidang seni. Adiknya, Ameera Khan pula lebih selesa terlibat sebagai model.

Foto: Instagram @noornabila

NORA DANISH

Nora Danish juga mempunyai 3 orang adik-beradik perempuan yang lain. Keakraban Nora dengan adik-beradiknya sering terpapar di laman media sosialnya. Namun, hanya dirinya yang terlibat dalam bidang seni.

Foto: Instagram @noradanish

SHARIFAH AMANI

Keempat-empat anak perempuan Fatimah Abu Bakar ini mempunyai bakat dalam bidang seni. Sharifah Amani dan adik-beradiknya jenis happy-go-lucky.

Foto: Instagram @yana.alyahya

LINDA RAFAR

Linda Rafar hadir dalam sebuah keluarga seni. Adik-beradiknya perempuannya terlibat dalam seni sebagai pelakon.

Foto: Instagram @lindarafar

MIRA FILZAH

Adik-beradik Mira Filzah mula menjadi sebutan ketika di majlis perkahwinan adiknya tempohari. Kejelitaan dan keakbaran tiga beradik ini mencuri tumpuan.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

NELYDIA SENROSE

Ketiga-tiga adik-beradik jelita ini telah mewarnai dunia seni sebagai pelakon. Masing-masing mempunyai bakat dalam lakonan dan sering menjadi pilihan pengarah drama mahupun filem tempatan.

Foto: Instagram @nelydiasenrose
IKLAN
Share