Ads

Pesona Diraja Sultanah Terengganu & Anakanda Puteri Dalam Kurung Sutera Itali Penuh Elegan

Manis menawan, itulah pesona diraja yang terpancar saat KDYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berangkat ke Majlis Minum Petang Diraja sempena ulang tahun ke-45 PENIAGAWATI, bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim diiringi YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin.

Bertempat di EQ Kuala Lumpur, suasana majlis diselubungi aura eksklusif sebaik keberangkatan tetamu-tetamu diraja. Setiap detik yang berlangsung mencerminkan kemuliaan institusi diraja serta penghormatan tinggi terhadap peranan wanita dalam dunia keusahawanan tanah air.

Anakanda Puteri Sultanah Terengganu Raih Perhatian

Mengiringi bonda tercinta, kehadiran dua puteri kesayangan Sultanah Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin mencuri perhatian dengan kelembutan peribadi serta keayuan wajah puteri Melayu yang begitu memikat.

Pesona Diraja Sultanah Terengganu & Anakanda Puteri Dalam Kurung Sutera Itali Penuh Elegan
Instagram @calvinthoo
Pesona Diraja Sultanah Terengganu & Anakanda Puteri Dalam Kurung Sutera Itali Penuh Elegan
Instagram @calvinthoo

Mewarisi keanggunan bonda tercinta, wajah ayu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah yang dirias jurusolek terkemuka, Datin Saidatulnisa Aminuddin turut membuatkan sesiapa sahaja tertawan.

Kejelitaan anakanda puteri Sultan dan Sultanah Terengganu ini bukan sahaja terserlah secara fizikal, malah terpancar melalui adab, kesantunan dan ketenangan yang mencerminkan didikan diraja penuh nilai serta disiplin tinggi. Kehadiran puteri-puteri ini melengkapkan pesona keluarga diraja Terengganu yang sentiasa dihormati rakyat.

Momen keberangkatan tetamu-tetamu diraja melirik perhatian Nona, terpegun melihat kejelitaan baginda Tuanku Sultanah Terengganu dan Raja Permaisuri Perak…

Ads

Kurung Sutera Itali Lambang Keanggunan

Busana kurung moden sutera Itali yang digayakan Sultanah Terengganu dan anakanda puteri hasil rekaan pereka diraja, Calvin Thoo, menjadi simbol keanggunan wanita Melayu.

Ringkas namun berkelas, rekaan tersebut memperlihatkan keserasian antara tradisi dan moden, seiring dengan personaliti baginda yang sentiasa memancarkan ketenangan serta kewibawaan.

Ads
Pesona Diraja Sultanah Terengganu & Anakanda Puteri Dalam Kurung Sutera Itali Penuh Elegan
Instagram @calvinthoo
Pesona Diraja Sultanah Terengganu & Anakanda Puteri Dalam Kurung Sutera Itali Penuh Elegan
Instagram @calvinthoo

Menurut Calvin Thoo, peluang mereka busana untuk Sultanah Terengganu sekeluarga merupakan satu penghormatan besar dalam perjalanan kerjayanya. Konsep rekaan yang ditampilkan mengangkat elemen ringkas dan elegan, memberi ruang kepada personaliti diraja untuk bersinar secara semula jadi tanpa keterlaluan.

Selain Sultanah dan anakanda puteri, beliau turut mereka busana untuk bonda Sultanah Terengganu, YM Dato’ To’ Puan Seri Hajah Nur Rahmah, sekali gus menyempurnakan keseluruhan penampilan keluarga diraja dalam majlis berprestij tersebut.

Pesona Diraja Sultanah Terengganu & Anakanda Puteri Dalam Kurung Sutera Itali Penuh Elegan
Instagram @calvinthoo

Makna Besar Buat Usahawan Wanita

Di sebalik keindahan majlis, kehadiran Duli-Duli Tuanku membawa makna yang lebih besar buat seluruh warga usahawan wanita. Keberangkatan baginda-baginda menjadi simbol penghormatan tertinggi kepada PENIAGAWATI, sebuah organisasi yang telah berdiri teguh selama 45 tahun sebagai platform usahawan wanita tertua dan paling berwibawa di Malaysia.

Ads

Sejurus keberangkatan tiba, Duli-Duli Tuanku berkenan melawat ruang pameran dan galeri khas PENIAGAWATI yang memaparkan perjalanan serta pencapaian persatuan sepanjang lebih empat dekad memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan.

Majlis diteruskan dengan pelancaran rasmi Chapter-Chapter PENIAGAWATI, satu inisiatif strategik yang bertujuan memperluaskan sokongan kepada usahawan wanita di peringkat negeri, luar bandar dan pinggir bandar.

Dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Nida Hamid, Timbalan Presiden II PENIAGAWATI, majlis turut dimeriahkan dengan sesi penyampaian Anugerah PENIAGAWATI yang disempurnakan oleh Sultanah Terengganu sebagai tanda penghargaan kepada wanita-wanita luar biasa yang menjadi nadi kepada ekonomi dan komuniti.

Acara simbolik pemotongan kek ulang tahun ke-45 serta persembahan khas oleh Ahli Jawatankuasa dan Biro PENIAGAWATI menutup tirai majlis dengan penuh emosi dan kebanggaan. Keberangkatan pulang Duli-Duli Tuanku pada lewat petang meninggalkan kenangan manis serta suntikan semangat buat para usahawan wanita untuk terus melangkah yakin, berani dan bermaruah.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/tengku-ampuan-pahang-sambung-belajar/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Watie Hanifiah Hitung Hari Timang Cahaya Mata

Layan Anak-Anak Penuh Kasih Sayang, Watie Hanifiah Bakal Timang Cahaya Mata...

Berseri-seri wajah ibu hamil, Watie Hanifiah! Pastinya isteri Shuib Sepahtu ini teruja dan sedang menghitung hari untuk menyambut kehadiran cahaya mata baharu. Apatah lagi ini adalah kali pertama Watie hamil dan bakal melahirkan anak. Sudah tentu perasaan Watie ketika ini bercampur-baur.