Kali pertama Datin Lisa Surihani menunaikan ibadah umrah adalah pada tahun 2019 bersama suami, Datuk Yusy Abdul Halim dan anak-anak mereka Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Istimewanya, ketika kunjungan Datin Lisa sekeluarga ke tanah suci waktu itu adalah pada 2 Syawal. Sekaligus berpeluang meraikan Aidilfitri di sana sambil melawat makam Rasulullah serta perkuburan Baqi.
Sesungguhnya, peluang menjejaki tanah suci Mekah buat kali pertama bukan hanya menjadi pengalamn terindah buat Datin Lisa bahkan sesiapa sahaja.
Baru-baru ini, Datin Lisa sekali lagi berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama suami tersayang. Kali ini tanpa anak-anak di sisi.
Bersama Irkaz Travel & Tours, Datin Lisa dan suami berangkat ke Mekah pada 26 Oktober 2022 bersama 30 jemaah.
“Alhamdulillah, 26 Oktober Jemaah Irkaz Travel & Tours berlepas ke Madinah. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ini bersama 30 Jemaah menaiki Malaysia Airlines.
“Semoga urusan ibadah Jemaah Irkaz Travel & Tours dipermudahkan dan mendapat Umrah yang mabrur, Amin. Insyallah”
Ads
“Antara jemaah Irkaz Travel & Tours adalah Dato’ Yusry dan Datin Lisa Surihani . Alhamdulillah, segala urusan semua jemaah dipermudahkan dan telah sampai di Kota Madinah pada jam 3.30 petang waktu Madinah dan 8.30 malam waktu Malaysia.”
Setakat yang dikongsi oleh Irkaz Travel & Tours pada hari kedua di tanah suci, mereka telah dibawa oleh Al Ustaz Haji Zaki untuk sessi ziarah dalam Madinah.
“Ziarah dalam Madinah.
“Bermula dengan Saqifah bani saidah, Ustaz Haji Zaki menceritakan kisah kewafatan nabi dan hubungkait dengan saqifah bani saidah.
Ads
“Kemudiannya dalam perjalanan ke Masjid Ghamamah kami berhenti sekejap di Pasar Manakhah.
“Seterusnya Masjid Gamamah iaitu Masjid Awan jemaah diberikan penerangan tentang tempat-tempat bersejarah yang ada dalam Raudah dan uga tentang Masjid Ghamamah, Masjid Abu Bakar, Masjid Ali.
“Dan kemudian jemaah di bawa pula ke Maqam Baqi’. Syahdu Ya Allah ketika di sini. Di sini Ustaz Haji Zaki sedikit sebanyak memberikan penerangan sedikit tentang Maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar RA.”
Ads
Datin Lisa dan suami serta para jemaah turut beroleh rezeki memasuki Raudhah. Mereka berpeluang melakukan solat sunat hajat, solat taubat dan sujud syukur.
Selain itu, mereka juga berpeluang ke Masjid Nabawi.
Untuk info, sebelum berangkat ke tanah suci, pasangan ini telah mempersiapkan diri dengan kursus umrah secara personal termasuklah pengambilan vaksin.
NONA mendoakan agar dipermudahkan urusan ibadah Datin Lisa, Datuk Yusry serta para jemaah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Insyallah.
Kredit Foto: Facebook Irkaz Travel & Tours
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datin Seri Haflin Saiful isteri kepada bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz memang sangat terkenal sebagai seorang wanita yang sangat berani menyuarakan pendapat sendiri tanpa menghiraukan apa yang bakal diperkatakan oleh orang ramai tidak kira positif mahupun negatif.
Malahan, Datin Seri Haflin juga seorang wanita mempunyai pendirian yang tetap kerana sehingga kini beliau masih dengan keputusan untuk menyembunyikan anak lelakinya dengan nama singkatan JP yang kini sudah berusia 2 tahun daripada tatapan umum. JP dilahirkan di Perancis dan huruf JP disebut sebagai J- Ji dan P-Pe’ dalam bahasa Perancis.
“Saya tidak tahu bila. Jangan salah anggap, saya cuma tidak berminat untuk berkongsi gambar anak lelaki saya kepada beberapa orang yang masih ‘hidup kepalsuan’. Tapi untuk pengikut saya yang setia, akan tiba masanya suatu hari nanti. Terus bersabar dengan kami”, jelasnya dalam salah satu entri di laman instagram miliknya.
Mungkin ibu kepada seorang cahaya mata ini mempunya alasan yang tersendiri kenapa masih berahsia tentang identiti anak lelakinya itu. Lebih lagi apabila sebelum ini kecoh seketika tentang salah faham dan ‘perang’ media sosial bersama anak tirinya sehingga mendapat perhatian netizen. Walaupun ditohmah dengan pelbagai kata-kata negatif, Datin Seri Haflin tidak mudah melatah dan sentiasa berfikiran positif.
Namun, jangan terkejut dengan gayanya yang dilihat begitu feminin dan lemah lembut serta mempunyai sifat keibuan yang sangat penyayang, Datin Seri Haflin rupa-rupanya memiliki tali pinggang hitam dalam sukan Taekwando! Berkemungkinan besar, sukan Taekwando ini yang mengajar Datin Seri Haflin untuk bersikap protective terutamanya kepada keluarga tersayang, bukan? Selain itu, beliau juga pernah menjadi pengacara sebuah rancangan televisyen suatu ketika dahulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betul-betul kagum dengan keluarga angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini. Kemampuan Datuk Sheikh Muszaphar mendidik dan mengasuh keenam-enam anaknya memang luar biasa. Malah, kesemua cahaya mata juga bijak dan berdikari walau masih kecil.
Sering berkongsi aktiviti dan kemajuan pendidikan anak-anak dengan peminat, baru-baru ini suami Datin Dr Halina tersebut ada berkongsi mengenai ‘kelebihan’ anak sulungnya, Bella.
Sebagai bapa pastinya Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengharapkan yang terbaik bagi Bella namun dia sama sekali tidak menyangka anak gadisnya seorang yang genius!
Kredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Ini selepas Bella berjaya menyertai program Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kongsi bapa penyayang ini, “Is Bella Genius? Only for the genius and talented at Permata Pintar UKM. The top 582 students selected for a 12 day Camp in various courses like Human Biology, Advanced Robotics, Advanced Statistics, Young Physicists, Archeology, Crystal & Polymer, Genetic Engineering, Forensic Entomology, BioMedical Science and many more.
These selected kids have IQ’s above 130 ranging from 8-15 years old. It has been a joy meeting them. I was fully impressed .
I never considered Bella a genius. My IQ is just 120. Dr Halina slightly more around 124. But Bella is surely a fast learner, start walking at 8 months, able to read at 3 years old, memorise Surah easily, high imagination, highly sensitive & emotional, very observant and excel in every field.”
Kredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Difahamkan Bella juga sudah pun menyertai bengkel Permata Pintar seawal usia dua tahun lagi.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkahwin dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha lahir pada 19 Januari 2013.
Cahaya mata kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah pula lahir pada 27 Julai 2017 serta sepasang kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang kini berusia dua tahun. Dr Halina kini dilaporkan hamil anak ketujuh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin. Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Namun, Asyraf 32, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
Yakin Murah Rezeki Jika Berumahtangga Meski Di Usia Muda!
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
“Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran.
“Jadi, selama ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran,” katanya.
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, Azzahra Jiwa Asyraf dan Aghnia Amira Jiwa Asyraf.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.