Ibu Johan Ghazali Cantik & Bekas Jaguh Muay Thai
Ibu Johan Ghazali Cantik & Bekas Jaguh Muay Thai

Kagum tengok penampilan ibu kepada jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali. Meskipun sudah bergelar ibu kepada empat cahaya mata tapi Jennana Lynn Johnson pandai jaga badan dan kekal berstamina. Setiap kali Johan berlatih, pasti kelibat ibu tersayang ada di sisi dan turut serta.

Di sebalik kejayaan Johan Ghazali sebagai atlet Muay Thai kebanggaan negara, ada seorang ibu yang setia menyokong karier anak tersayang.

Ibu Johan Ghazali, Jennana Lynn Johnson

Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai! Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai!

Jennana Lynn Johnson yang lahir pada tahun 1979 dan berusia 47 tahun ini merupakan wanita kelahiran Amerika Syarikat. Menurut laporan The Borneo Post, Jennana dan suami tercinta yang juga pegawai polis SAC Zulfikar Mohd Ghazali aktif dalam sukan Muay Thai sejak usia muda.

Bukan hanya memiliki raut wajah cantik, ibu Johan Ghazali atau mesra disapa Jojo ini tegas dalam mendidik anak-anak terutamanya apabila melibatkan soal kecergasan fizikal.

Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai! Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai! Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai!

Difahamkan Jennana sudah mula terlibat dalam sukan Muay Thai seawal usia 16 tahun. Tidak hairanlah, dia sentiasa di sisi Jojo memandangkan sudah mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dalam bidang tersebut.

Ads

Malah, Jojo turut menjadikan ibu tersayang sebagai dorongan terbesar untuk terus maju dalam karier.

Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai! Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai!

Johan Ghazali Rai Ulang Tahun Kelahiran

14 November lalu merupakan ulang tahun kelahiran Jojo yang ke-19. Bersempena hari lahirnya, Jojo menitipkan rasa syukur di media sosial.

Ads

“14.11.2006. Already lived a life some could only dream of. Alhamdulillah.”

Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai! Pesona Ibu Johan Ghazali Asal Amerika, Jennana Johnson ‘Fit’ Usia 40an & Bekas Jaguh Muay Thai!

Walau sudah mencipta nama dalam arena sukan Muay Thai namun Jojo selesa sentiasa berada di samping ibunya. Terinspirasi melihat hubungan akrab ibu dan anak ini.

Ads

Semoga hubungan kekeluargaan Johan Ghazali sentiasa terpelihara dan perancangan mereka dipermudah dan berjalan lancar.

Artikel https://www.nona.my/kemarau-18-tahun-bergelar-juara-badminton-asia-berakhir-aaron-chia-wooi-yik-buat-rakyat-malaysia-sorak-gembira/

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads