Nama Puan Sri Shariffa Nisa atau lebih dikenali Nisa Bakri, sememangnya terkenal dalam bidang kulinari.
Bermula dari sekadar hobi memasak dan menjamu rakan-rakan dengan pelbagai masakan tradisi, kini beliau mengusahakan produk pes masakan serta kerap menerima undangan memasak di luar negara.
Terkini, menu Puan Sri Nisa iaitu udang galah cheese cili padi yang dikongsi dalam Instagram beliau mengundang perhatian. Hidangan istimewa itu merupakan air tangan beliau ketika menerima kunjungan rakan karibnya yang datang beraya minggu lalu.
https://www.instagram.com/p/CBZkWvPjoEB/
Kebetulan dapat surprise udang galah humongous specially flown down from Sabah for me. Beautiful surprise from my hubby. He knows I love this kind of surprise especially for my close special friends!
Nak masak udang besar-besar ni bukan mudah. I suka cuba resipi pakai udang sebab cara memasaknya agak mencabar. Kena pastikan dagingnya lembut, tak jadi liat macam bergetah.
The more I work on it, the better I get the results improving the technique in making sure the prawn meat is soft sweet juicy and tender.
I oven grilled my humungous tiger prawns for my lovely guests.
Ads
PETUA MASAK UDANG
Mula-mula sekali bersihkan udang di bawah air mengalir. Kalau nak masak dengan kulitnya, gunting sesungut je.
Setelah dibersihkan, lumur udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Jangan lupa bersihkan kotoran di bahagian belakang udang. Cuma hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitaman di situ.
Kalau nak tumis atau goreng udang, gunakan api besar dan masak dengan pantas supaya rasanya kekal manis dan segar.
Untuk rebus udang, masukkan dalam air mendidih, bubuh garam dan tutup periuk. Kemudian keluarkan udang dan celupkan dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
Masak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Tempoh 3 ke 4 minit dah cukup atau sampai isi udang bertukar warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.
JAMU TETAMU
Memandangkan kita masih berada dalam bulan perayaan Syawal, Puan Sri Nisa sempat menjamu kenalan rapatnya yang datang beraya di rumah.
Hari ini kita siap dishes yang istimewa untuk sahabat-sahabatku yang sangat dikasihi. Allahuakbar! Walaupun just few of us tapi etika kita jaga kita dan SOP dipatuhi.
Ads
Setiap seat ada hand sanitiser yang boleh mereka take home! Enough serviettes to self clean and a wash basin to wash hands.
https://www.instagram.com/p/CBghmm2MgV6/
InsyaAllah jika kita prihatin jaga tetamu yang datang semua akan COVID free, tiada flu atau demam. Not highly sociable type meaning bukan keluar malam pi parties, pubs or clubs.
Kawan yang jaga diri sendiri sebab dia nak jaga keluarga dan kawan-kawan. Dah quarantine 3 bulan baru first time mai beraya dengan few friends.
Ads
Apa pun kena jaga each other dengan baik. Life have to move on. New era in caring for each other has to be adhered.
Akhir sekali, respect each other, show care and be kind. Most importanly if you feel you are not ready to go out, then do not.
However jangan kecam orang lain yang berani continue to move on with life at their own way and style. Pakai mask atau tidak, pakai glove atau tidak, semua ini terpulang pada diri sendiri. There is no law insisting to do so but if you do, its good for you and others. Itu aje.
Kalau tak pakai, stay 2 meters away from everyone. Kena fikirlah apa yang sesuai and comfortable to you and others around you.
Meanwhile enjoy see apa Ibu masak today. Just for my beloved friends yang sudi datang sebab depa tau how particular I am about cleanliness.
InsyaAllah doa yang baik-baik ya. Moga kita pass this challenge with positive results for everyone.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa mampu menolak keenakan rasa hidangan Arab. Selain kaya dengan aroma memikat, dua seleksi nasi popular masyarakat Timur Tengah ini tentu saja menarik selera anda!
Sempena hujung minggu, ‘hiburkan’ perut suami dan anak-anak dengan resipi juadah berikut.
NASI MANDY YEMEN
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
4 sudu makan minyak sapi @ sayuran
10 ulas bawang putih (dipotong bulat)
2 biji bawang besar (dimayang)
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
Sedikit bunga cengkih
1 sudu makan rempah mandy
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan gula
2 sudu makan kismis hitam
Daun pudina segar
1.5 liter air stok rebusan kambing @ ayam
Saffron atau pewarna kuning telur
Cara membuat:
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan pula rempah mandy sehingga wangi dan diikuti air rebusan kambing atau ayam. Seterusnya, bubuh garam, gula dan kismis. Tanah hingga mendidih. Kemudian, masukkan beras dan kacau sekali-sekala. Setelah air hampir kering, buat beberapa lubang kecil untuk masukkan saffron. Guna api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Akhir sekali, tabur hirisan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
NASI MAQLUBAH
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
4 sudu makan minyak sapi atau sayuran
10 ulas bawang putih (dipotong bulat)
2 biji bawang besar (dimayang)
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
Sedikit bunga cengkih
1 sudu makan rempah maqlubah
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan gula
2 sudu makan kismis hitam
Daun pudina segar
1.5 liter air stok rebusan kambing @ ayam
2 biji lobak merah
4 biji kentang
1 biji terung
1 biji buah lemon
Cara membuat:
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Lobak merah, kentang dan terung dipotong dan digoreng hampir 80% masak. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis bersama bunga cengkih. Sesudah itu, tumis rempah maqlubah dan serbuk lada hitam sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan didihkan. Kemudian, bubuh garam, gula dan kismis diikuti beras. Kacau sesekali. Sayuran yang telah digoreng, dimasukkan ke dalam periuk berasingan sebagai lapisan paling bawah. Nasi yang hampir masak, dipindahkan ke atas sayuran goreng tadi. Tutup dan gunakan api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Setelah kering, nasi dihidangkan secara menterbalikkan periuk ke atas dulang dan lapisan sayuran goreng akan berada di atas nasi. Tabur hirisan daun pudina bersama bawang goreng dan hirisan buah lemon.
Resipi: TERIMA KASIH HAJI AMINUDDIN RESAD, RESTORAN AROMA HIJRAH, TTDI SHAH ALAM, Selangor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa peminat durian tentu termimpi-mimpi makan kek ni! Kek durian Musang King yang sedang viral sekarang bukan macam kek lain, sebab rupa dan rasanya betul-betul macam isi durian sebenar.
Penulis sendiri nak bagi lima bintang untuk kualiti rasa dan bentuk kek yang dihasilkan ini. Kreatif habis sampai kulit buah durian pun nampak real. Itu belum lagi dipotong, confirm semerbak bau durian satu rumah.
Pada yang bercadang nak shopping durian tu, pakatlah beli jenis Musang King. Lepas tu boleh buat kek ni sebab sedap sangat.
KEK DURIAN MUSANG KING
Bahan-bahan:
500 gram mentega
500 gram gula pasir
9 biji telur
500 gram tepung kek
125 gram susu segar
3 sudu teh serbuk penaik
200 gram isi durian Musang King
Bahan-bahan krim keju:
500 gram krim keju
500 gram krim putar
1 sudu teh jus lemon
Cara membuat:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan pula bahan-bahan kering lain seperti tepung yang sudah diayak terlebih dahulu. Kacau sekali lagi dan kemudian masukkan susu. Sesudah itu, masukkan isi durian dan gaul rata. Tuang adunan ke dalam loyang kek bersaiz 8 ke 10 inci. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama lebih kurang 40 minit atau sejam.
Sementara menunggu kek siap dibakar, sediakan bahan untuk krim keju. Pukul krim keju hingga lembut dan rata. Kemudian pukul krim putar hingga kembang. Gabungkan kedua-dua adunan dan masukkan sedikit jus lemon. Gunakan bahagian krim ini sebagai lapisan antara kek dan sebagai frosting luaran kek.
Perkongsian Resipi: Terima kasih Mad About Cake(Cef Wan Noor Zamran, A-1-5 Jalan SS25/35 Taman Mayang, Petaling Jaya, Selangor)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak perlu memandu jauh untuk menikmati hidangan laut segera apabila restoran Uncle Ali The Fishmonger mampu memenuhi selera besar peminat hidangan itu. Restoran yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam ini mengetengahkan konsep hidangan panas makanan laut.
Apa yang lebih menarik, pelanggan bukan sahaja boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan barat di Uncle Ali & The Fishmonger, malah boleh memilih pelbagai ikan segar pada kualiti terbaik di bahagian bawah restoran ini. Selain itu, servis pada kualiti hotel mampu membuatkan peminat hidangan makanan laut akan terpaut dengan menu di restoran berkenaan.
Selain ruang di tingkat bawah, ia turut menyediakan ruang makan yang selesa di tingkat atas dengan menggunakan beberapa dekorasi bertemakan makanan laut sebagai elemen utama hiasannya. Penggunaan rona biru juga memberi imbasan suasana laut yang mendamaikan serta keselesaan diberi keutamaan untuk para pengunjung tatkala menikmati hidangan.
Menurut Pengurus Uncle Ali & The Fishmonger, Encik Ali, restoran yang dibuka pada April 2017 ini menyediakan dua servis perniagaan yang berasaskan makanan laut iaitu sebuah pasar premium makanan laut selain restoran yang menyajikan masakan terpilih berasaskan produk makanan laut. Selain itu, menu utama restoran pula menggabungkan masakan barat dan tempatan.
“Antara menu best seller yang sering menjadi pilihan para pelanggan di sini termasuklah fish and chips. Apa yang istimewa ialah ia dihasilkan dengan menggunakan ikan tempatan selain menu tradisi seperti kari dan asam pedas yang sering menjadi pilihan para pelanggan,” ujar Encik Ali mengenai keistimewaan menu yang dihidangkan di restoran tersebut.
Tambah Encik Ali lagi, sebagai sebuah restoran yang diusahakan secara persendirian, ia berusaha menjanjikan masakan yang lazat menggunakan bahan asli yang segar dari laut terus ke meja hidangan para pelanggan. Menyentuh aspek penyediaan menu pula, setiap hidangan laut di Uncle Ali The Fishmonger mengekalkan keenakan bahan utama iaitu rasa kesegaran ikan mahupun hidangan laut itu sendiri.
Oleh itu, jika anda penggemar hidangan makanan laut, usah lepaskan peluang untuk menikmati hidangan di Uncle Ali The Fishmonger yang bukan sahaja menawarkan keperlbagaian hidangan makanan laut yang enak, malah anda dapat membeli hasil makanan laut segar dari pakar yang boleh berkongsi menu yang bersesuaian dengan makanan laut yang dipilih selain tahap kesegaran makanan laut pada tahap premium khusus untuk anda yang mementingkan kesegaran hidangan makanan laut yang bakal dinikmati!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.