Dalam diam rupanya pelakon cantik berdarah kacukan, Emma Maembong telah menyulam cinta dengan seorang jejaka kacak yang membesar di Selangor.
Tidak menunggu masa yang lama, Emma Maembong sepakat bersama kekasih hati menoktahkan ikatan cinta dengan ikatan yang rasmi pada tarikh yang sangat indah, 20.02.2020.
Foto: Instagram @amirnaufalphotography
“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah keluarga saya,” kata Emma Maembong.
Foto: Instagram @nvdism
Emma Maembong bersyukur segala perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar. “Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah juga sangat cantik dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami,” tutur pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan ini.
Foto: Instagram @blackpepperproduction
Tepat jam 11.58 pagi tadi, dengan hanya sekali lafaz, wanita yang berusia 27 tahun ini sah menjadi milik mutlak Muhammad Shazli Azhar, 32 tahun yang bertugas sebagai juruterbang.
Ads
Foto: Instagram @amirnaufalphotography
Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Emma Maembong atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail. Emma Maembong memilih rona putih melatari majlis pernikahannya turut diserikan dengan kehadiran 300 orang tetamu.
Ads
Pengantin lelaki segak mengenakan baju Melayu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM2,000 bersama senaskhah Al Quran bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun Uqasha Senrose. Namun ketika itu mereka hanya berbual kosong dan tidak pernah menjangkakan ada ‘percikan cinta’ selepas itu.
Ads
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata Emma Maembong yang cantik dan ayu ditata rias oleh jurusolek, Nad Ismail.
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
Pasangan ini juga belum merancang destinasi berbulan madu, malah tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin.
Pada 6 Mac depan, majlis berinai akan diadakan dan sehari selepas itu pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Putrajaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi kegembiraan meraikan hari lahir anak perempuannya Areesya Malaykha genap berusia 3 tahun pada 15 September lalu.
Sstiap tahun, Azrinaz dah suami, Fairos Khan Abdul Hamid akan mengadakan sambutan hari lahir untuk kedua-dua puteri kesayangan mereka bagi meraikan birthday mereka.
Malah, setiap tahun pelbagai tema sambutan hari lahir menjadi pilihan Azrinaz untuk anak-anak tersayang. Malah setiap tema yang dipilih sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak!
Tahun ini, sambutan hari lahir Areesya Malaykha mengetengahkan konsep Moana, karektor kartun Disney. Moana tampil sebagai filem Disney pertama yang mengangkat mitologi Polynesia dengan latar kawasan Samudra Pasifik.
Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid berkongsi beberapa keping gambar kemeriahan sekitar sambutan hari lahir Areesya Malaykha yang disambut pada 15 Spetember lalu di laman Instagram miliknya.
15th September. Happy Birthday Malaykha my little Moana. 3 years flies so fast and it went just like that
Love seeing you have grown to such a beautiful girl and developed a good character to your lil sister. You the of our eyes. The light of our soul.The entertainer of the house. Mommy love your dearly and endlessly.
Ramai pengikut di laman sosial Azrinaz mendoakan semoga cahaya mata kesayangan Azrinaz dan suami ini membesar dengan sempurna dan menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa buat keluarga tersayang.
Jelas tergambar kebahagiaan di wajah Azrinaz dan suami meraikan puteri kecilnya yang ternyata menggemari karektor Moana yang comel dan lincah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Keputeraan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Semoga YAM Tengku berdua dikurniakan afiyah, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Tanggal 11 September genap 23 tahun usia anakanda kembar kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini.
Kedua-duanya iaitu YAM Tengku Ahmad Ismail dan YAM Tengku Puteri Afzan merupakan anak yang taat kepada ibu bapa. Selain dikurniakan raut wajah cantik dan kacak serta berpendidikan tinggi.
Menelusuri latar belakang pendidikan anakanda kembar Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini, YAM Tengku Panglima Perang dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan ialah graduan dari University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.
Mengimbau majlis graduasi anak raja ini pada Julai tahun lalu, YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.
Manakala YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pula dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan YAM Tengku Puteri Afzan cukup bertuah kerana seluruh ahli keluarga termasuk adik-beradik turut meraikan momen indah berkenaan.
Diam tak diam dah lebih sedekad usia perkahwinan pasangan romantis ini. Ternyata, 14 tahun yang penuh warna-warni bagi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos sepanjang mendirikan rumah tangga sejak tanggal 10 Oktober 2010. Walau ahli keluarga kian bertambah namun detik disatukan sebagai suami isteri pastinya menjadi momen bermakna bagi mereka.
Saling menghargai dan meninggalkan ucapan romantis di media sosial masing-masing, sebagai isteri, Datin Dr Halina meluahkan rasa syukur atas segala kurniaan Allah SWT.
Bersempena meraikan kasih sayang yang terjalin selama 14 tahun, isteri angkasawan pertama negara berkenaan menitipkan kata-kata penghargaan buat suami tercinta.
“Haaaa… tibalah masanya. Setahun sekali muncul gambar kami berdua.
Alhamdulillah 14 beautiful years Allah blessed us with this marriage. I doa kepada Allah, pemilik hati segala manusia supaya tetapkan hati kami towards each other. Semoga kami bersama sehingga di akhirat nanti.
Semoga kami diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang halal untuk sama-sama membesarkan anak-anak kami. Aamiinn Ya Rabb.
Happy 17th space anniversary to my favourite astronaut ever!!! May you continue to inspire the young generation out there.”
Tarikh 10 Oktober juga menjadi lakaran sejarah buat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar apabila dia berlepas ke angkasa pada tahun 2007.
Sebagai wanita yang bertahta di hati angkasawan ini, mana mungkin Datin Dr Halina melupakan tarikh tersebut.
Dalam pada itu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar tidak ketinggalan memberi ucapan manis buat isteri tersayang.
“It’s been 14 years married to Dr Halina. Life has been beautiful, blessed with 7 kids Thank you Allah. Syukur Alhamdulillah.
There are ups and downs. That’s a normal thing but we try to adapt and compromise for our priority are our kids.
Can’t remember the last time we fought. Probably 6 months ago. It does happen but I can’t remember for what reason. But surely over small petty things and usually wife just wanting attention which is understandable.
I have no qualms. I have no regrets. Life has been perfect. I am a happy man. May we grow old together. Till the end of time. Till Jannah.”
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta sepasang anak kembar iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia serta zuriat bongsu, Sheikh Muhammad.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.