Foto seorang wanita warga emas yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial kelmarin, sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia.

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin COVID-19.

IKLAN

Perkara itu bukan saja mengejutkan netizen, malah pihak berwajib. Antaranya Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang menulis di Twitter beliau…

It’s people like her that increase our nation’s risk to second wave. Shame on you Ms (Cik) and shame on your friends or family and cafe who allowed her in and didn’t report when she’s supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there.

(Orang macam wanita inilah yang meningkatkan risiko negara kita menghadapi gelombang kedua. Malulah sikit cik, dan juga kawan-kawan atau keluarga cik serta kafe yang membenarkan dia masuk dan tidak laporkan dia sedangkan dia sepatutnya di bawah kuarantin. Langkah lebih ketat diperlukan. COVID-19 masih belum berakhir)

Punca Tag Pink Viral, Dr Safiya Gesa Buat Laporan Kalau Terserempak Orang Dikuarantin!
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood [MERCY/IFRC]
Kes ini segera mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan siasatan diambil serta-merta untuk mencari wanita tersebut. Namun lebih mengejutkan, wanita warga emas berumur 72 tahun itu dikenal pasti positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan di hospital bersama anak lelakinya.

Tidak ketinggalan, semakin banyak perkongsian foto yang melibatkan pemakai tag pink ini di tempat awam. Satu persatu individu dikenal pasti melanggar perintah kuarantin COVID-19, sehingga menimbulkan tanda tanya, adakah persekitaran kita sudah selamat dari jangkitan wabak tersebut?

Punca Tag Pink Viral, Dr Safiya Gesa Buat Laporan Kalau Terserempak Orang Dikuarantin!

FUNGSI TAG PINK

Nona tertarik untuk berkongsi tentang fungsi tag atau wristband berwarna pink ini seperti yang ditulis oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran.

“Ada yang ingat tag ni adalah untuk pesakit di hospital dan tak tahu pun yang pakai tag ni adalah orang yang sedang menjalani kuarantin COVID-19.

Jadi, saya rasa penting untuk ramai orang tahu tentang tag ni.

IKLAN

Sebenarnya, tag berkenaan diberikan kepada mereka yang balik dari luar negara.

Semua yang dari luar negara, setelah tiba di Malaysia, mereka kena buat saringan COVID-19.

Jika saringan awal positif, mereka akan terus ditahan dan dimasukkan ke dalam wad. Sebaliknya jika saringan awal negatif, mereka dibenarkan pulang dan diberi arahan untuk menjalankan kuarantin di rumah

Mereka akan dipakaikan tag berkenaan sama sekali tidak boleh cabut sepanjang proses kuarantin.

IKLAN

Kenapa?

Ia supaya status mereka yang dalam kuarantin ini diketahui orang dan tidak boleh disembunyikan.”

Mereka sama sekali tidak boleh cabut tag pink ni, walaupun doktor atau mana-mana staf kesihatan sekalipun.

Tag itu hanya boleh dicabut oleh staf dari pejabat kesihatan daerah selepas mereka menjalani ujian Covid-19 kali kedua dan keputusan sah sebagai negatif (maknanya walaupun negatif, tak boleh cabut sendiri di rumah.. Itu adalah satu kesalahan dan boleh didenda.

INDIKASI WARNA TAG

  • Hanya pesakit hospital sahaja yang pakai tag.
  • Biasanya warna pink atau biru untuk bayi baru lahir dan dibuang apabila discaj dari hospital.
  • Bermakna tiada siapa boleh pakai tag ini di luar hospital melainkan orang yang dikuarantin sahaja.
  • Tag untuk People Under Surveillance (PUS) atau Orang Dalam Pengawasan/Dikuarantin kini bukan saja dalam warna pink, malah terdapat juga dalam biru atau putih mengikut stok semasa di Pejabat Kesihatan Daerah.
Punca Tag Pink Viral, Dr Safiya Gesa Buat Laporan Kalau Terserempak Orang Dikuarantin!
Dr Safiya Amaran

Dr Safiya turut berpesan supaya orang ramai segera bertindak jika ternampak individu bergelang pink ini di mana-mana.

“Sesiapa yang ada nampak orang pakai tag hospital ni baik warna pink, biru atau putih mesti segera beritahu Pejabat Kesihatan Daerah terdekat. Nak beritahu polis pun boleh kalau tak tahu nombor pejabat kesihatan… sebab polis pun ada terlibat untuk buat pemantauan pematuhan kuarantin ni,” ujarnya tegas.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI