Tahun lalu, usahawan, pelakon dan penyanyi popular Alif Satar berkongsi mengenai ibu bapanya yang berpeluang menunaikan ibadah Haji ketika musim haji tahun lalu. Alif sendiri pernah berkongsi bahawa sebelum ini, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar dua tahun berturut-turut mendapat jemputan menunaikan fardu haji, namun, belum rezeki. Alif tidak dapat pergi di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Nampaknya, hajat Alif untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dimakbulkan apabila dia dan isteri tercinta, Shadila Halid berlepas ke tanah suci hari ini untuk menjadi tetamu Allah untuk musim haji tahun ini. Perkongsian Alif Satar di laman Instagram miliknya menunjukkan dia dan isterinya bakal menjadi tetamu Allah hari ini.
Ads
Tahun lalu, penyanyi lagu Akan Tiba dan Lelaki Seperti Aku itu bersyukur doanya di bawah pancur emas Kaabah ketika menunaikan umrah memohon agar ibu bapanya terlebih dahulu menjadi tetamu Allah mengerjakan haji termakbul.
Ads
Sebagai anak, sudah tentunya Alif melahirkan rasa penuh kesyukuran dapat menghantar ibu bapanya, Nor Hafiza Mohammed dan Mohd Satar Ramli menunaikan Haji tahun lalu. Setahun selepas kedua ibu bapanya itu bergelar Haji dan Hajjah, kini tiba giliran Alif dan isterinya, Shadila Halid pula dijemput menjadi tetamu Allah untuk musim haji 1444 hijrah.
Ramai rakan-rakan selebriti menitipkan ucapan untuk pasangan ini yang bakal berlepas ke tanah suci hari ini untuk menjadi tetamu Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini dan mendapat haji yang mabrur!
Rumah tangga harmoni pastinya memerlukan keserasian dan persefahaman yang tinggi. Apatah lagi apabila usia perkahwinan sudah pun mencecah lebih tiga dekad. Berkat kesabaran dan tolak ansur, rumah tangga Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Datin Seri Shamshida Taharin kian bahagia di samping keluarga tercinta.
30 Julai lalu, genap 36 tahun usia perkahwinan pasangan ini. Biarpun berdepan pelbagai cabaran hidup namun kedua-duanya setia di sisi dan saling menyokong di antara satu sama lain. Hasil perkongsian hidup, Dato’ Seri Azmin dan Datin Seri Shamshida dikurniakan enam cahaya mata.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang ini menzahirkan rasa syukur sempena ulang tahun perkahwinan mereka. “Dear Liyana, Syaqib, Ameer, Mazreen, Amira, Afifah, Boy, Basheer, Deena, Yusuf and my cucus, Inayah, Imran, Iskandar, Idris, Adam and Nyla.
Alhamdulillah syukur, today marks 36 wonderful years of marriage with your incredible mother and nenda. We are truly blessed to have such an amazing and beautiful family, filled with love, laughter and beautiful moments.”
Tambahnya lagi, kehadiran cucu-cucu kesayangan dan melihat mereka membesar merupakan antara kegembiraan terindah mereka berdua.
“Thank you all for being the heart of our family. Your love and support mean everything to us. We are so proud of each of you and are grateful every day for the beautiful family we have.
InsyaAllah, we will be together in this journey and be blessed with happiness, good health and jannah.”
Mendekati ratu hati wakil rakyat tersebut, Datin Seri Shamshida seorang wanita berjiwa cekal dan ibu penyayang. Dia dan Dato’ Seri Azmin melanjutkan pengajian di universiti yang sama di Amerika Syarikat.
Mereka berkenalan rapat di sana sebelum mendirikan rumah tangga pada tahun 1988.
Dari awal pembabitan Dato’ Seri Azmin dalam arena politik sehinggalah menyandang jawatan menteri suatu ketika dulu, wanita ini setia berdiri di belakang suami yang berbeza usia hanya setahun lebih muda daripada Dato’ Seri Azmin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang telah dijanjikan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion. Pakej PRIHATIN ini menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.
Menurut Tan Sri Muhyiddin, keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah membendung penularan pandemik COVID-19. Rakyat mampu menarik nafas lega dengan berita gembira yang disampaikan oleh Perdana Menteri ini. Oleh itu, rakyat sewajarnya mematuhi perintah Stay At Home oleh Perdana Menteri.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion ini;
1. Peruntukkan RM500j kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). RM1 bilion untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan.
2. Dana khas RM8 juta untuk tanggung kos ujian saringan RM300 polisi insurans. Penangguhan bayaran premium selama 3 bulan.
3. Meningkatkan elaun khas dari RM400 kepada RM600. Elaun khas RM200 sebulan kepada ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, APM dan RELA.
4. Bantuan Prihatin Nasional. Pemberian tunai secara one-off untuk B40 dan M40. RM1600 kepada isi rumah berpendapatan RM4000 kebawah. RM1000 isirumah berpendapatan RM4000-RM8000. RM800 kepada individu bujang berpendapatan RM2000 kebawah. RM500 individu bujang yang berpendapatan RM2000-4000.
5. Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020.
6. Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan terima bantuan RM200.
7. Bantuan kepada Warga Emas, Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), gelandangan dan orang Asal.
8. PTPTN dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditangguhkan 6 bulan.
9. MySalam: Pesakit boleh tuntut RM50 sehari di hospital. Turut menikmati ialah pesakit B40 yang dikuarantin.
10. Pengeluaran Skim Persaraan Swasta RM1500 tanpa penalti cukai.
11. Sewa Program Perumahan Rakyat (PPR) dikecualikan sehingga 6 bulan.
12. Perumahan Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berikan pengecualian sewa 6 bulan.
13. Pengecualian sewaan selama 6 bulan kepada semua premis sewaan persekutuan.
14. Diskaun 15 peratus hingga 50 peratus penggunaan elektrik bagi tempoh 6 bulan bermula April. Diskaun 2 peratus akan dinikmati oleh semua pengguna.
15. Internet percuma pada semua pelanggan bermula 1 April sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
16. Bantuan tunai RM500 one-off kepada penjawat awam termasuk pekerja kontrak.
17. RM500 kepada pesara kerajaan.
18. RM1 bilion kepada dana jaminan makanan.
19. Program subsidi upah membantu majikan kekalkan pekerja. Program ini akan menyediakan upah RM600 setiap bulan kepada pekerja. Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.
20. Pemandu E-Hailing: Kerajaan berikan bantuan One-Off RM500.
21. Pekerja kontrak akan dibayar gaji yang dibayar oleh kontraktor walaupun pekerja tidak hadir bekerja.
22. Dana tambahan RM4.5 bilion untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
23. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan perkenalkan program khidmat rundingan majikan. Pilihan pengguna bayaran dan penstrukturan bayaran semula.
24. Pengecualian pembayaran levi tabung pembangunan sumber manusia.
25. Penangguhan bayaran ansuran cukai oleh semua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
26. Inisiatif perbankan menangguhkan pembayaran balik selama 6 bulan.
27. Moratorium untuk pinjaman TEKUN, MARA, Koperasi dan sebagainya selama 6 bulan.
28. RM2 bilion untuk projek2 kecil infrastruktur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Hari ini cukup 14 hari saya sekeluarga self quarantined. Walaupun sebumbung kami tidak berjumpa, hanya lambai dari jauh. Rindu sangat saya kepada anak-anak dan cucu-cucu. 20 orang positive telah membuat Istana Negara standstill, dapur tak berasap dan semua pekerja di quarantine.
Alhamdulillah mereka akan dibenarkan kembali bekerja (tapi kena ikut peraturan dari KKM) dan mereka yang positive kena tunggu negative dan anak self quarantine selama 14 hari lagi sebelum mereka dibenarkan kembali kerja. Alhamdulillah malam ni malam nisfu shaaban, marilah kita semua berdoa ke hadrat Allah SWT hapuskan wabak ini. InshaAllah.”
Itulah coretan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram Air Tangan Tunku Azizah malam tadi. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong, dan kakitangan Istana Negara telah diminta kuarantin diri sejak 27 Mac lalu selepas Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengesahkan terdapat staf Istana Negara telah didapati positif Covid-19.
Bermula detik itu, Seri Paduka Baginda berdua dan keluarga terpaksa diasingkan di dalam bilik masing-masing. “Patuh arahan doktor, saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing, lambai dari jauh saja. Kami tidak dibenarkan visitors dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana. Hanya kami sahaja di atas, tidak ada pelayan atau bodyguard.
Tuanku Agong, saya dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yang positive. Alhamdulillah we are ok. Dah buat banyak test dan negative!”
Sebelum ini, Tunku Azizah turut dilihat mengisi masa kuarantin dengan melakukan hobi kesukaan baginda iaitu mengait. Memang cantik dan kemas hasil seni mengait baginda. Lebih mengagumkan, Tunku Azizah hanya belajar seni tersebut melalui video di YouTube. Malah, baginda juga berkongsi aktiviti bertadarus bersama staf istana ketika tempoh kuarantin di bilik masing-masing.
Ketika rakyat diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keadaan Covid-19 yang kian meningkat sejak 18 Mac lalu, Raja Permaisuri Agong telah berkenan memberikan sumbangan makanan yang dimasak sendiri oleh baginda untuk disumbangkan kepada para frontliners di hospital terlibat. Antaranya Hospital Sungai Buloh, CPRC, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bagaimanapun, usaha itu terpaksa dihentikan apabila terdapat kakitangan istana yang telah dijangkiti virus yang berasal dari Wuhan, China tersebut.
Nona mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta kakitangan istana negara diberi kesihatan yang baik dan berada dalam lindungan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!