Pinggang Ramping Macam Kerengga, SHILPA SHETTY Kekal Cantik Usia 40an Sebab Petua Ini!

Raut wajahnya masih cantik dan susuk tubuh Shilpa Shetty Kundra pun tidak ubah seperti anak dara, maintain langsing! Bergelar isteri kepada Raj Kundra, Shilpa sebenarnya sudah pun mencecah usia 44 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 7 tahun. Amboi, apalah agaknya rahsia dia sampai boleh sentiasa tampil anggun seperti zaman bujang dulu.

Lepas diselidik dan meneliti gaya hidup Shilpa, rupa-rupanya ibu kepada Viann Raj Kundra ini cukup disiplin soal pemakanan dan rutin senaman. Malah, Shilpa aktres jelita India ini juga telah menerbitkan sebuah buku resipi ‘The Diary of A Domestic Diva’ yang memaparkan 90 jenis resipi sihat. Sudahlah berbakat dalam bidang lakonan, di dapur pun dia lincah beraksi. Ada bermacam-macam jenis sajian dikongsikan Shilpa dalam medium media sosial Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter di bawah nama ‘The Shilpa Shetty’.

Shilpa Shetty bersama buku resipi Domestic Diva

Jadi, buat wanita yang sedang berusaha menurunkan berat badan dan mahu menjalani gaya hidup sihat, anda patut jadikan Shilpa Shetty sebagai inspirasi dan intai semua medium media sosial tersebut. Sesekali, bolehlah cedok resipi sihatnya sebagai diet harian. Confirm

dengan usaha gigih dan komited, anda pun mampu milik tubuh ideal seperti beliau.

Antara sajian yang pernah dihasilkan Shilpa termasuk Mushroom Bruschetta, Vegan Pumpkin Curry & Rice, Nutrition Bar, Chickpea & Sweet Potato Chaat dan sajian pencuci mulut Baked Karanji. Memang menyelerakan dan ternyata sihat untuk dinikmati pada bila-bila masa. Disebabkan permintaan dan sambutan hebat masyarakat tempatan terhadap dunia kulinari Shilpa Shetty, sebuah aplikasi permainan yang mengetengahkan bidang masakan Shilpa iaitu ‘Domestic Diva’ turut dilancarkan Januari tahun lalu. Hebat betul penangan Shilpa Shetty!

Bersama suami, Raj Kundra & Anak Lelaki

Mencungkil lagi rahsia kecantikan beliau, dia juga tekun mempelajari rutin senaman baru dan kardio terutamanya melibatkan senaman yoga. Oh, kini petua kecantikan Shilpa Shetty bukan lagi rahsia. Asalkan anda konsisten bersenam dan menjaga pemakanan, impian memiliki tubuh idaman telah pun berada di dalam genggaman.

Kalau tengok media sosial The Shilpa Shetty, ia umpama medium gaya hidup sihat yang sarat dengan pelbagai rutin senaman, pilihan menu berkhasiat dan sisi hidup Shilpa di samping keluarga tercinta.

 

IKLAN
Share