Mengemudi nakhoda pelayaran jenama gergasi Fiziwoo selama hampir 10 tahun bukanlah sebuah perkara yang mudah. Setiap rekaan yang dihasilkan umpama sentuhan magis yang menakjubkan. Kolaborasi dua anak muda, Izree Kai Hafiz (Kai) dan Mohd Hafizi Radzi Woo (Fizi) adalah gabungan terbaik dalam menjadikan jenama Fiziwoo semakin utuh melebarkan sayap legasi. Tidak pernah henti mewarnai industri fesyen tempatan, serta mencurah nafas inspirasi kepada generasi muda yang sedang bertatih  mencipta nama, Fiziwoo kian lincah melakar kejayaan.

IKLAN

Plagiat Idea Membunuh Industri Fesyen, FIZIWOO Kongsi Perspektif Isu Integriti Dalam Berkarya

Menyentuh perihal lambakan jenama fesyen yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ia umpama sebuah simbolik persaingan yang menjadikan industri fesyen tempatan lebih rancak. Namun begitu, biarpun memberi kebaikan kepada landskap fesyen Malaysia, masih ada keburukan yang terselindung disebaliknya.

Plagiat idea wujud bagai tiada noktah. Bagi kedua-dua anak muda ini, persaingan yang wujud bukan sahaja diantara pereka fesyen, malah ia juga terjadi dari kemunculan pengusaha jenama fesyen yang mengambil peluang ke atas ruang yang sudah tersedia.

Plagiat Idea Membunuh Industri Fesyen, FIZIWOO Kongsi Perspektif Isu Integriti Dalam Berkarya

Plagiat Idea Membunuh Industri Fesyen, FIZIWOO Kongsi Perspektif Isu Integriti Dalam Berkarya

Dalam kata lain, mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Kesannya, banyak plagiat idea dari usaha pereka fesyen dan dijual dengan harga yang lebih murah mahupun lebih mahal, langsung tidak mencerminkan integriti dan etika yang tepat.

IKLAN

“Senario ini amat berbeza dengan negara Barat, di mana mereka yang memiliki wang yang banyak dikenali sebagai pelabur. Barisan pelabur ini mengupah pelajar fesyen yang sememangnya memiliki bakat dan teknik yang boleh digunapakai untuk menghasilkan rekaan yang menarik. Ini adalah cara yang tepat,” tegas kedua-dua anak muda ini.

Apa yang salahnya ialah apabila mereka menjadi pelabur dan mereka juga yang menjadi pereka. Bagi kami, keadaan ini tidak wajar dipraktikkan kerana ia tidak sihat.

Realiti yang kita dapat lihat, ada sesetengah pengusaha hanya menciplak idea dari pereka fesyen seperti kami, dan menjual produk itu sama ada lebih mahal atau lebih murah.

Plagiat Idea Membunuh Industri Fesyen, FIZIWOO Kongsi Perspektif Isu Integriti Dalam Berkarya

IKLAN

Disoal mengenai isu yang sudah menjadi rutin harian dalam dunia fesyeh tempatan, Fizi menegaskan bahawa setiap pereka fesyen memiliki hak sekiranya ingin menjual hasil rekaan dengan harga yang lebih mahal disebabkan oleh proses pembuatannya yang mahal.

Plagiat Idea Membunuh Industri Fesyen, FIZIWOO Kongsi Perspektif Isu Integriti Dalam Berkarya

Bagi kami, jika pereka fesyen ingin meletakkan harga yang sedikit tinggi tidak mengapa kerana kami bermula dengan idea yang kosong, dilampirkan pada sebuah papan idea dan menghasilkan lebih daripada 50 hingga 60 sampel bagi mendapatkan 20 rekaan yang terbaik. Jujurnya, ia merupakan sebuah proses yang panjang dan menelan kos yang tinggi.

“Tuntasnya, di sini pentingnya peranan pelanggan untuk bijak memilih kuantiti dan kualiti. Sudah pasti, kami sebagai pereka menjual kualiti bukan sebaliknya,” tegas kedua-dua pereka jenama Fiziwoo ini.

Sumber gambar: Instagram Fiziwoo, Fiziwoo Artisanal & Izree Kai Hafiz 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI