Gaya Hidup

Hantaran ‘Pokok Emas Sakura Ungu’ Sempena Perkahwinan Radin & Mira Raih Tumpuan, Siap Ada Gold Bar!

Hantaran berupa ‘Pokok Emas Sakura Ungu’ yang dipersembahkan sempena perkahwinan Radin & Mira baru-baru ini raih tumpuan, gubahannya bukan saja cantik bahkan mewah dengan gantungan gold bar!

Majlis perkahwinan penyampai radio Era, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani bersama pasangannya, Nur Amira Shamsulbahrin pada 1 Mei lalu bukan sahaja mencuri perhatian dari segi suasana majlis yang elegan, tetapi juga konsep hantaran yang luar biasa.

Lapor Gempak, antara yang menjadi tumpuan ialah rekaan hantaran berbentuk ‘Pokok Emas Sakura Ungu’ yang tampil sebagai elemen utama di ruang pelamin, sekali gus memberi kelainan kepada majlis yang berlangsung di Ukay Hills, Private Event Estate & Lifestyle Suites itu.

Butik Amelia Jewellery
Butik Amelia Jewellery
Butik Amelia Jewellery

Rekaan Unik Gabungan Klasik & Moden

Rekaan tersebut menggabungkan elemen klasik dan moden dengan struktur pokok bernuansa perak, dihiasi bunga sakura ungu serta kepingan gold bar yang digantung pada setiap dahan. Gabungan yang diilhamkan oleh Butik Amelia Jewellery ini menjadikan keseluruhan dekorasi kelihatan cukup hidup, mewah dan artistik.

Saksikan keindahan hantaran ini yang dibawa oleh selebriti Pak Azad menjelang majlis bermula…

Menurut wakil Butik Amelia Jewellery, idea rekaan itu bermula daripada permintaan pasangan pengantin yang mahukan sesuatu yang eksklusif dan berbeza.

“Pasangan mahukan hantaran yang nampak hidup, mewah dan mempunyai elemen ‘wow’.

Jadi kami menghasilkan pokok dengan susunan bunga sakura serta gantungan aksesori emas pada setiap dahan bagi memberi sentuhan yang lebih premium dan eksklusif.”

Simbolik Di Sebalik Pokok Emas Sakura Ungu

Menariknya, pemilihan bunga sakura ungu bukan sekadar hiasan semata-mata. Dalam budaya Jepun, sakura melambangkan keindahan dan momen berharga dalam kehidupan, manakala warna ungu pula sering dikaitkan dengan keanggunan serta cinta yang matang.

Butik Amelia Jewellery
Butik Amelia Jewellery

Selain itu, elemen bulatan di bahagian belakang rekaan turut memberi simbolik tersendiri yang menggambarkan kesempurnaan dan ikatan berpanjangan dalam sesebuah perkahwinan. Ini menjadikan hantaran ‘Pokok Emas Sakura Ungu’ bukan sekadar dekorasi, tetapi penuh makna mendalam.

Gold Bar Sebagai Doorgift Eksklusif

Serba-serbi cantik dan indah, paling terpesona melihat kejelitaan isteri Radin yang juga merupakan kakak kepada pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal. Ibu tunggal anak tiga itu bukan saja memiliki rupa paras yang jelita, bahkan seorang yang lembut dan pandai mengambil hati.

Tidak terhenti di situ, satu lagi elemen yang mencuri perhatian ialah penggunaan gold bar sebagai buah tangan kepada tetamu. Berbeza dengan doorgift biasa, pilihan ini dilihat lebih eksklusif dan mempunyai nilai jangka panjang.

Trend pemberian hadiah bernilai seperti ini semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan masa kini.

“Ramai pelanggan mahukan sesuatu yang mempunyai nilai. Jadi gold bar ini bukan sekadar buah tangan, tetapi simbol penghargaan kepada tetamu yang hadir.

Gold bar melambangkan nilai persahabatan dan hubungan yang bukan sementara. Sama seperti emas, nilainya sentiasa kekal dan meningkat naik,” ujar wakil Butik Amelia Jewellery.

Trend Perkahwinan Semakin Kreatif

Dengan gabungan elemen dekorasi unik seperti ‘Pokok Emas Sakura Ungu’ dan konsep doorgift yang berbeza, majlis perkahwinan Radin & Mira ini dilihat sebagai antara contoh bagaimana pasangan hari ini semakin berani bereksperimen untuk mencipta identiti tersendiri pada hari istimewa mereka.

Trend hantaran seperti ini juga menunjukkan perubahan dalam dunia perkahwinan tempatan, di mana nilai estetika dan simbolik kini berjalan seiring untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna.

Radin Era
Radin Era
Radin Era

Hantaran kreatif berupa ‘Pokok Emas Sakura Ungu’ dalam majlis ini bukan sahaja menaikkan seri pelamin, tetapi juga menitip inspirasi baharu kepada bakal pengantin yang inginkan kelainan. Ia membuktikan bahawa kreativiti dalam perkahwinan mampu menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja indah dipandang, malah penuh nilai sentimental.

Bagi pasangan yang sedang merancang hari bahagia, konsep seperti ‘Pokok Emas Sakura Ungu’ boleh dijadikan inspirasi untuk menghasilkan suasana yang unik, eksklusif dan tidak mudah dilupakan oleh para tetamu yang hadir menyaksikan momen bersejarah tersebut.

Terdahulu, Radin sah bergelar suami kepada Mira dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Radin atau nama lengkapnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani telah memberi wang tunai bernilai RM15,020.26 sebagai mas kahwin.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/isteri-sufian-suhaimi-selamat-bersalin-bayi-perempuan-sihat/

Share
Published by
Norzalina