Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam Bolkiah Di Sisi Isteri Tercinta!

Khabar gembira mengenai kelahiran cahaya mata sulung pasangan diraja Brunei, Putera Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi bualan ramai kebelakangan ini. Pastinya ramai yang menanti-nantikan untuk melihat wajah puteri kesayangan pasangan berkenaan yang juga cucunda Sultan Brunei.

Pengiran Anak Isteri Anisha dilapor selamat melahirkan bayi perempuan pada 8 Februari lalu kira-kira jam 8.50 pagi di Jerudong Park Medical Centre (JPMC).

Artikel https://www.nona.my/hampir-setahun-jadi-suri-hati-putera-mateen-terserlah-wajah-bahagia-pengiran-anak-isteri-anisha-rosnah/

Putera Mateen Timang Anak Sulung

Terbaharu, Pengiran Muda Abdul Mateen menjadi sorotan warga maya apabila terbuka berkongsi wajah puteri kesayangan buat kali pertama buat tatapan umum.

Menerusi perkongsian itu di Instagram, Putera Mateen memuat naik foto dirinya mendukung kemas bayi perempuan yang diberi nama Zahra Mariam Bolkiah sambil ditemani isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha di sisi.

Zahra Mariam Bolkiah, Buah Hati Putera Mateen

Dalam pada itu, Putera Mateen turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan serta kata-kata semangat daripada peminat.

“Zahra Mariam Bolkiah. Anisha and I are so grateful to the incredible team at JPMC for their exceptional care and support, and so thankful to everyone for the kind wishes.”

Kelahiran cucunda Sultan Hassanal Bolkiah, Zahra Mariam Bolkiah disambut penuh kesyukuran dan istiadat apabila sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah selamat diijab kabulkan pada 11 Januari 2024.

 

Share
Published by
Suzi