Menjadi selebriti popular dengan pengikut mencecah 376 juta di Instagram pastinya bukan hal yang mudah. Bagi Selena Gomez, serba-serbinya jadi perhatian terutama sekali soal kecantikan. Namun baru-baru ini, wanita berusia 30 tahun itu memilih mempamerkan wajahnya tanpa solekan – terbukti Selena juga punya masalah kulit macam orang lain!
Pada zaman media sosial ini, ramai wanita mendapat keyakinan diri daripada filter kamera yang digunakan.
Berbeza dengan pengasas jenama solekan Rare Beauty itu, beliau tampil bare face dengan rambut ikal messy bahkan tidak gusar menunjukkan jerawat kecil di bawah hidungnya.
“Me.”
Tulisnya ringkas pada 2 Februari 2023 lepas.
Ads
Hantaran tersebut menuai banyak komen-komen positif dan pujian daripada rakan-rakan Selena serta peminatnya. Sangat ramai yang terkesima melihat wajah polos beliau, malah mengagumi keberaniannya tanpa ‘kepalsuan’ di media sosial.
“Akhirnya seorang selebriti yang normal, dan menunjukkan bahawa tiada yang sempurna setiap saat dan setiap hari.”
Ads
KIND WORDS
Selena Gomez yang popular dengan lagu seperti ‘Lose You To Love Me’ dan ‘Come & Get It’ itu sering memperjuangkan semangat positif dalam kerjayanya.
Ads
Antara yang terkini, himpunan bibir Kind Words menerusi jenama miliknya Rare Beauty bagi menggalakkan pemakai sentiasa tampil cantik dan berkata-kata yang baik ketika bergincu.
Kind Words ditampilkan dalam pilihan Matte Lipstick dan Matte Lip Liner yang cukup ringan serta tidak mengeringkan bibir. Perlu ada Februari ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian potret rasmi terbaharu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di platform media sosial rasmi Selangor Royal Office meraih perhatian warga maya dan juga rakyat jelata.
Rata-rata mereka mengagumi kecantikan yang dimiliki Baginda selain ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah.
Lebih istimewa, potret rasmi tersebut menampilkan Tengku Permaisuri Selangor anggun berhijab. Sekaligus menyerlahkan kejelitaan Baginda.
Dalam perkongsian di akaun rasmi Selangor Royal Office, potret rasmi itu akan mula diedar kepada umum bermula pada hari Isnin, 19 Ogos 2024.
Cetakan pertama juga boleh diperoleh secara percuma di Bahagian Korporat, Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam, Selangor.
Manakala untuk jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri, boleh mendapatkannya di Unit Pentadbiran Am, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 18, Bangunan SSAAS.
Pada 8 September 2016, Tengku Permaisuri Norashikin dilantik sebagai Tengku Permaisuri Selangor dan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Selain kehilangan ‘me-time’, masalah rambut gugur teruk pasca bersalin turut merunsingkan malah pengakuan jujur Rihanna yang kini berambut pendek raih pujian peminat.
Tampil dengan kejutan potongan rambut pendek keriting dan tanpa rambut palsu, imej terbaharu selebriti Rihanna baru-baru ini mencuit tumpuan.
Wanita yang baru sahaja melahirkan anak kedua, Riot Rose Mayers, pada Ogos 2023 itu rupa-rupanya mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.
Dalam sebuah temu bual dengan Refinery29 sempena majlis pelancaran Rihanna x Fenty Hair di LA, penyanyi dan usahawan jenama Fenty ini mendedahkan pengalaman keguguran rambut selepas bersalin.
Tonton video penuh bersama Rihanna di bawah…
“Saya tak sangka ia akan berlaku secara berterusan. Mulanya saya ingat ia berlaku sekali dan akan tumbuh semula. Namun, lama-kelamaan semakin teruk apabila rambut makin gugur di bahagian kepala yang berbeza pada setiap masa.
Jadi saya rasa cukuplah, enough is enough,” luah ibu kepada si comel sulung RZA Athelston Mayers itu kepada Refinery29.
Pengakuan Rihanna ini meraih pujian peminat yang rata-ratanya kagum dengan ketelusan beliau bercerita hal sebenar terhadap wanita selepas melahirkan.
Meskipun terkejut, Rihanna akhirnya menerima keadaan tersebut dan belajar untuk mengatasi masalah rambut gugur dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan memotong rambut pendek dan membuat perawatan terbaik untuk menyihatkan rambut.
Malah sesudah menemui solusi yang tepat, Rihanna turut melancarkan rangkaian penjagaan rambut Fenty Hair untuk menangani masalah serupa, sekaligus memberi peluang kepada peminat-peminat wanita beliau mendapatkan semula mahkota wanita yang sihat dan bersinar.
RAMBUT GUGUR
Masalah keguguran rambut selepas melahirkan atau postpartum hair loss merupakan keadaan normal dialami oleh ibu-ibu. Kondisi terjadi disebabkan oleh perubahan hormon estrogen selama kehamilan dan setelah bersalin.
Hormon kehamilan menyebabkan banyak rambut pada fasa pertumbuhan (fase anagen) memasuki masa istirahat (fase telogen) secara tiba-tiba, di mana rambut berhenti tumbuh.
Setelah bersalin, hormon tersebut menurun dan menyebabkan rambut memasuki fasa telogen. Ia diikuti dengan masalah keguguran rambut seperti yang dialami oleh majoriti wanita bersalin.
Februari datang lagi penuh dengan keindahan bunga-bunga segar. Tubuh yang penat akibat tekanan kerja, menyandang tugas sebagai isteri dan ibu juga menempuh pencemaran serta bahaya sinar UV perlu dibelai dengan penuh manja.
Setiap wanita perlu memperuntukkan masa dan wang untuk membelai kulit wajah dan tubuh agar kekal cantik dan jelita. Kenali jenis kulit sendiri dan pelajari apa yang terbaik untuk kulit anda.
(a) The Face Inc Lightener
The Face Inc Lightener memberi sinar buat wanita. Melalui formulasi yang terkini, ia berupaya untuk memudarkan bintik hitam dan parut serta menyeimbangkan kulit yang tidak sekata. Ia mengandungi bahan istimewa, arbutin yang menghalang terbentuknya melanin sebagai kekuatan utama produk ini.
(b) The Body Shop Drops of Youth
The Body Shop mempersembahkan rangkaian penjagaan kulit, Drops of Youth yang menentang penuaan kulit. Terseduh dengan tiga sel stem tumbuh-tumbuhan iaitu edelweiss dari Italian Alps dan criste marine serta holly dari Brittany Coast yang terkenal untuk memelihara keremajaan kulit. Young Gentle Foaming Wash berkuasa membersihkan dan menghindar kulit daripada rengsa.
(c) Melvita Lily Extraordinary Water
Rangkaian penjagaan kulit terkenal, Melvita telah mempersembahkan Lily Extraordinary Water yang begitu unik namun menitipkan titisan magis kepada kulit. Serum-losen yang tercipta melalui teknologi tinggi ini menawarkan kulit bernafas lebih segar dan sempurna. Ia diperkaya dengan hyaluronic acid untuk ‘menyuntik’ keanjalan serta-merta kepada kulit wajah. Hadir dengan formulasi 99% bahan semula jadi sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
(d) Bio-Oil
Terkenal dengan kuasanya merawat kesan parut dan regangan kulit, Bio-Oil kini tampil dengan wajah baru. Minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan terkini. Dengan mengekalkan ciri-ciri keunikan warna putih dan oren Bio-Oil®, kini peknya disertai pula dengan maklumat ringkas mengenai manfaatnya di atas kotak.
(e) Tres Lala
Très Lala telah menggarap teknologi ini dengan menawarkan produk rangkaian penjagaan kulit yang berkualiti tinggi. Hadir dengan koleksi lengkap penjagaan kulit iaitu Total Cleansing Oil, Fresh Bubble Foam Cleanser, Hydrating Mist, Ultra Boost Serum, Radiant Day Cream dan Enriched Sleeping Pack. Mengandungi semula jadi yang terpilih, bebas bahan kimia dan tanpa paraben.
(f) Kiehl’s Instant Renewal Concentrate Mask
Kiehl’s telah memperkenalkan buat kali pertama seumpamanya, masker berteknologi tinggi yang bersifat non-komodogenik dan hydrogel-biocellulose. Instant Renewal Concentrate Mask terseduh dengan adunan minyak eksotik dari the Brazilian Amazon agar meresap masuk jauh ke dasar kulit lalu menawarkan efek serta-merta dalam pembaharuan kulit. Kulit akan menjadi lebih segar, lembut dan berseri.
(g) Eucerin Hyaluron-Filler + Elasticity
Bagi menangani tanda-tanda penuaan, Eucerin, sebuah jenama dermo-kosmetik yang terkenal telah memperkenalkan Eucerin Hyaluron-Filler + Elasticity. Rangkaian produk anti-penuaan ini telah menggabungkan bahan-bahan aktif anti-penuaan, direka khas untuk kulit matang dan memerlukan penjagaan rapi. Diformulasikan melalui teknologi menggunakan asid hialuronik, ekstrak tumbuhan Burdock (Arctiin) dan ekstrak tumbuhan Lady thistle (Silymarin) bagi menguatkan lagi struktur kulit dari dalam.
(h) InnerShine Pati Prun
Jenama minuman kecantikan popular InnerShine telah memperkenalkan formulasi baharu untuk Pati Prun yang kini mengandungi Vitamin E yang bermanfaat untuk kulit dan memberikan kecantikan daripada dalam. Ekstrak prun tulen ini kaya dengan serat diet yang menggalakkan sistem pencernaan yang sihat dan memberikan kesihatan yang baik secara menyeluruh kerana ia mengeluarkan toksin dari tubuh secara semula jadi.
(i) Mentholatum Lip Crayon Lip Balm
Mentholatum memperkenalkan Lip Crayon Lip Balm yang berfungsi sebagai penyeri bibir, tetapi dalam masa yang sama membasahkan bibir dengan kelembapan yang tinggi. Balm bibir ultra lembap ini telah dirumus dengan bahan pelembap seperti minyak argan dan minyak biji meadowform untuk membantu menghidratkan, menyuburkan dan melindungi bibir.
(j) Make Up For Ever Lustrous Eye Set
Make Up For Ever telah memperkenalkan set solekan mata yang mudah buat wanita yang mahu bergaya. Lustrous Eye Set mencipta solekan mata yang glamor dan artistik. Ia mengandungi Excessive Lash Mascara dan Aqua Xl Travel-Size Eye Pencils bagi menyempurnakan solekan mata anda.
(k) Urban Decay Drop Shot Mix-In Facial Oil
Urban Decay telah mempersembahkan sebuah produk yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Kuasa minyak dalam rejim kecantikan wajah semakin dipercayai dan menyerlah kulit cantik dan berseri secara semula jadi. Drop Shot Mix-In Facial Oil, serum yang menjanjikan efek kulit yang lebih cerah dan lembut seperti kulit bayi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.