Perkongsian potret rasmi terbaharu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di platform media sosial rasmi Selangor Royal Office meraih perhatian warga maya dan juga rakyat jelata.
Rata-rata mereka mengagumi kecantikan yang dimiliki Baginda selain ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah.
Lebih istimewa, potret rasmi tersebut menampilkan Tengku Permaisuri Selangor anggun berhijab. Sekaligus menyerlahkan kejelitaan Baginda.
Dalam perkongsian di akaun rasmi Selangor Royal Office, potret rasmi itu akan mula diedar kepada umum bermula pada hari Isnin, 19 Ogos 2024.
Cetakan pertama juga boleh diperoleh secara percuma di Bahagian Korporat, Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam, Selangor.
Ads
Manakala untuk jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri, boleh mendapatkannya di Unit Pentadbiran Am, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 18, Bangunan SSAAS.
Pada 8 September 2016, Tengku Permaisuri Norashikin dilantik sebagai Tengku Permaisuri Selangor dan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Dari jauh lagi nampak bergaya mengalahkan Che Ta. Bila berdiri di belakang dalam lif, bau kepam menusuk hidung. Mesti malu kan bila terdengar orang mendengus di belakang kita kerana dia terhidu bau rambut.
Ramai wanita kadang-kadang ambil mudah perkara ini lebih-lebih lagi yang bertudung. Alasan mudah, pakai tudung boleh cover bau rambut yang dah dua hari tak cuci. Salah tu! Semakin dibiarkan rambut tidak dicuci, semakin berbau rambut anda. Silap haribulan, kulit kepala berkerak tebal. Jangan tunggu lama, jom amalkan petua ini.
Cuci rambut setiap hari!
Bagi wanita bertudung, anda perlu mencuci rambut setiap hari. Mungkin anda bimbang rambut menjadi kering dan kurang bermaya sehinggakan terus buat keputusan untuk membiarkan rambut terus berbau. Kan boleh gunakan perapi atau aloe vera untuk terus mengekalkan helaian rambut yang berkilau.
Tukar anak tudung lembap
Setiap kali mencuci pakaian, pastikan ia dijemur di bawah terik matahari. Sekiranya hujan, pastikan baju disidai di kawasan yang kering. Begitu juga apabila hendak menyarungkan anak tudung. Pastikan ia betul-betul kering untuk mengelakkan bau masam mengekori anda sepanjang masa.
Tak perlu sembur minyak wangi
Sudahlah rambut tidak bercuci, kononnya semburan minyak wangi mampu menyembunyikan bau rambut. Itu tindakan yang salah. Terdapat beberapa tempat yang sesuai anda semburkan minyak wangi; belakang telinga, leher dan pergelangan tangan. Semburan yang hanya tertumpu pada tudung akan menyebabkan bau hapak yang menarik lebih perhatian.
Gunakan tuala
Selepas mencuci rambut, gunakan tuala mandi untuk mengeringkannya. Ulangi sehingga rambut betul-betul kering. Bagi anda yang ingin menjimatkan masa, gunakan pengering rambut sebelum mula menyarungkan tudung.
Kawal stres
Mengapa? Stres boleh menyebabkan seseorang cepat berpeluh. Cuba bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Kalau masih berpeluh, rajin-rajinlah mencuci rambut. Pilih syampu dan perapi yang sesuai dengan kulit kepala anda.
Tip ringkas untuk anda…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpesona dengan kejelitaan milik Pengasas jenama Bella Ammara ini. Berusia 34 tahun, penampilan Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Sheh atau lebih mesra disapa sebagai Belle A-Yahya persis seperti anak dara. Hakikatnya dia merupakan ibu kepada dua orang anak.
Teruja berkongsi pengalaman dan amalan kecantikan, Belle tanpa berselindung mengakui susur galur keluarganya yang memiliki keturunan Arab-Palembang. Patutlah cantik!
Sambil berkongsi foto kenangan arwah ibunya, jelas Belle, “Inilah wajah insan yang penting dalam hidup Belle. Masa ni majlis pernikahan walid dan arwah umi Belle. Kebetulan majlis kahwin dorang sama dengan Belle bulan Disember juga. Time ni arwah umi Belle baru umur 17 tahun dan walid Belle umur 33 tahun.
Walid kahwin lambat sebab dia study dekat oversea lama. Walid kenal umi pun sebab dia kawan dengan Pak Cik Belle dan selalu datang rumah Tokabib. So dari situlah walid berkenan dengan umi. Yela, arwah umi Belle memang cantik. Siapa je yang tak berkenan.
Arwah umi muka mix sebab nenek Belle orang Arab dan Tokabib orang Palembang. Lepas kahwin umi memang suri rumah sepenuh masa. Tapi umi ada bakat seni. Satu family umi pandai lukis. Lukisan-lukisan di rumah Tokabib semua hasil lukisan sendiri. Sebab tu arwah umi selalu ajar Belle lukis dari umur 5 tahun lagi. Alhamdulillah dari situlah Belle boleh melukis dan mewarna dan berkat dari tu jugalah Belle mula cari rezeki sejak dari kecil.”
Berkongsi pula gambar ketika majlis konvokesyen kakak Belle di Jogjakarta, isteri Carl Samsudin ini mendedahkan, “Gambar ni pada tahun 2008, gambar masa majlis konvokesyen kakak Belle di Jogjakarta. Masa ni umi umur 43 tahun. Kalau orang tanya Belle kenapa Belle kecil je, apa tip badan tak naik-naik lepas beranak. Cuba korang tengok arwah umi Belle.
6 orang anak tapi badan still maintain. Siap Belle boleh tukar-tukar baju dan kasut dengan umi sebab time ni kami sama size.So mungkin Belle ikut arwah umi Belle la kot. Genetik. Kalau Belle, kakak dan arwah umi jalan bertiga orang mesti ingat adik-beradik.
Belle konvo tahun 2011 dan pada tahun 2011 jugalah arwah umi meninggal. Tak sempat tengok Belle ambil ijazah masa tu. Tapi at least umi sempat tengok kakak Belle grad masa ni. Arwah umi meninggal sebab kanser usus. Lepas Belle habis final semester Belle terus kerja di kampung untuk jaga arwah umi sepanjang dia sakit sebab dia tak nak duduk KL masa tu.
Dan kakak Belle pulak dia dapat transfer ke Hospital Sungai Petani untuk sama-sama monitor umi. Walaupun umi tak sempat tengok Belle kahwin tapi at least umi sempat jumpa Carl Samsudin masa dia sakit. Masa tu Carl datang Kedah sebab nak melawat dan time tu juga Belle bagitau umi ada kawan lelaki nak jumpa. Umi senyum je mungkin dia faham. Sebab time tu umi tak boleh cakap sangat.”
Kini, walaupun arwah ibu tersayang tiada lagi di sisi namun semangatnya menjadi kekuatan kepada Belle hingga sekarang. Mula bergelar Pengasas Bella Ammara, Belle turut mencapai pelbagai kejayaan antaranya bergelar pemilik cabang bisnes lain termasuk Sugar Belle, BA Beau dan Narabelle Facespa.
Bukan hanya kisah kejayaan Belle dalam perniagaan saja yang menjadi inspirasi. Bahkan keperibadiannya yang sering menonjolkan sisi wanita muslimah sejati dan kemulusan kulit wajah Belle juga menarik perhatian ramai.
“Paling penting kita pakai set penjagaan penuh maksudnya dengan memakai pencuci muka, toner, serum yang sesuai dengan kulit dan pakai sunscreen. Sunscreen ini adalah sangat penting untuk kulit wanita. Especially untuk wanita yang kian berusia daripada umur 25 tahun ke atas dah kena pakai sebab kita terdedah di luar dan direct sunlight. Ia penting untuk kita menjaga kulit.
Bagi Belle sunscreen sangat penting. Dan apabila balik rumah kena cuci muka dan pakai moisturizer. Untuk kesihatan dalaman pula kita kena makan makanan sihat dan minum banyak air. Belle suka amalkan makan madu dan buah tomato.
Masa kecil, arwah umi memang selalu pesan makan madu dan habbatussauda. Ini antara makanan yang masa Belle remaja dulu, Belle selalu amalkan. Alhamdulillah, mungkin dari situ kesihatan kulit Belle tak ada masalah daripada remaja. Jadi, itulah yang Belle amalkan.”
Lepas ini hendak dapat kulit sihat yang mulus dan gebu, praktikkan amalan penjagaan kulit dan pemakanan seperti Belle Al-Yahya. Bukan cantik luaran saja tapi dalaman pun kena jaga.
Kredit foto: Instagram Belle Al-Yahya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Ramadan ialah bulan untuk menahan daripada rasa lapar dan dahaga. Malah bulan yang mulia ini juga dapat mendisiplinkan diri untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Namun, dalam sibuk kita menunaikan ibadah puasa, kesihatan juga perlu dijaga. Ia penting untuk memastikan ibadah yang kita lakukan tidak memudaratkan kesihatan. Bagi mendapat kesihatan yang lebih baik walaupun pada bulan puasa, jom Nona kongsikan beberapa tips untuk diamalkan.
1. Perbanyakkan makan serat dan protein semasa bersahur
Sahur adalah sangat penting bagi mereka yang berniat menjalani puasa di bulan Ramadan. Sebaiknya, perbanyakkan pengambilan serat dan juga protein seperti telur, yogurt, keju dan juga kekacang. Bagi serat pula, anda boleh makan banyak buah-buahan, bijirin dan juga sayur-sayuran.
2. Makan secukupnya semasa berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, selalunya mereka akan makan dengan banyak semasa berbuka puasa. Sebaik-baiknya, sebelum makan makanan yang tnggi dengan kalori yang tinggi, mulakan dengan makanan yang ringan seperti salad dan juga sup. Perkara yang perlu dielakkan adalah makan makanan ringan.
Amalkan setiap kali waktu sahur dan berbuka sepanjang bulan puasa. Sebaiknya makan 5 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Minum susu dan protien juga sangat penting.
3. Elakkan makan kek dan makanan ringan yang berkalori tinggi
Bulan Ramadan adalah bulan yang paling banyak menyediakan kek dan juga makanan ringan sebagai makanan untuk berbuka puasa dan bersahur. Tahukah anda, makanan sebegitu mempunyai kesan negatif untuk kesihatan terutama sekali ‘obesiti’. Disarankan supaya mengantikan makanan ringan dengan kacang badam.
4. Mengekalkan suhu badan dan kekal terhidrasi
Bagi yang berpuasa, sebaiknya elakkan diri dari terlalu terdedah dengan sinaran matahari ataupun cuaca panas. Perbanyakkan makan buah-buahan pada waktu berbuka kerana, kandungan air didalamnya boleh menjaga tubuh badan anda dari terhidrasi. Jangan terlalu banyak minum air sekaligus. Disarankan minum dua gelas air semasa bersahur, dan dua gelas semasa berbuka dan bakinya sebanyak empat gelas setiap satu jam.
Elakkan dari minum kopi atau teh. Ia penyebab anda cepat rasa dahaga dan dehidrasi secara berlebihan di waktu siang. Bagi meningkatkan lagi tenaga, minum minuman ringan seperti jus buah-buahan.
5. Berpuasa mengikut kemampuan fizikal
Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya sebelum berpuasa, anda haruslah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Pada ibu-ibu hamil juga harus berbuat sedemikian.
Dengan perkongsian kami di atas, semoga boleh memberikan anda serba sedikit panduan mengekalkan kesihatan tubuh badan semasa menjalankan ibadah puasa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!