SUHAILA SULAIMAN

Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem-filem box office lakonannya. Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.

Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.

Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal kini mencecah usia 54 tahun.

Di sebalik kejayaan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2012 ini, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni. Suhaila Sulaiman yang meniti usia 45 tahun pada 29 Jun lepas juga merupakan seorang pelakon.

Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Sebaik mendirikan rumah tangga bersama Faizal Hussein pada tahun 2004, nama Suhaila seakan sepi daripada industri seni. Dia dilihat lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu. Hasil perkongsian hidup 17 tahun, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang menyambut ulang tahun ke-16 pada 5 Jun lalu sementara anak lelaki mereka, Fazrick kini berusia 13 tahun.

Mengamati wajah kedua-dua cahaya mata ini, mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila. Fazrick misalnya cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN! Bahagia Di Sisi 2 Anak & Suami Penyayang, Ini Wajah Terkini Isteri FAIZAL HUSSEIN!

Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal… mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.

Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat. Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang, pasti mereka meluangkan masa bersama.

Melihat raut wajah lembut dan peribadi menyenangkan Suhaila, pastinya kehidupan Faizal Hussein bertambah bahagia. Kagum dengan cara wanita ini menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.

 

Kredit foto: Instagram Suhaila Sulaiman

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI