Makin meningkat usia, makin cantik Ziana Zain! Menginjak usia 55 tahun pada 2 Mei ini, memang tak dinafikan raut wajah Ziana Zain mirip selebriti cantik antarabangsa, Jennifer Lopez atau JLo.
Apatah lagi ketika Ziana bercuti ke Amsterdam pada awal Mac lalu. Walau bergaya santai, kakak Anuar Zain ini menerima pujian peminat yang berkali-kali menyamakan wajah cantiknya persis ‘kembar’ JLo.
Mengamati foto percutian Ziana atau mesra disapa Kak Gee yang dikongsikan di media sosial miliknya, memang terserlah kejelitaan pelantun lagu Madah Berhelah tersebut.
Meskipun sudah berusia 50an, keanggunan dan wajah awet muda Kak Gee kekal mempersona. Lebih mengujakan, foto terbaharu yang dimuat naik Ziana juga menampakkan susuk tubuhnya yang kian ramping.
Menyarung busana indah rekaan Datuk Bernard Chandran, Ziana meluahkan rasa teruja dalam kembali membuat persembahan di Persada Budaya, Wisma Geylang di Singapura baru-baru ini.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Melaka ini turut bakal mengadakan Konsert Raya Sepanjang Zaman yang akan berlangsung pada 6 Mei ini di Dewan Filharmonik Petronas.
Antara barisan artis lain yang menjayakan konsert tersebut termasuk Bob Yusof, Datuk Hail Amir dan Sanisah Huri.
Ads
Sudah pun bergelar penyanyi sejak tiga dekad lalu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana pernah mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin pada tanggal 9 Mei 1998.
Bagaimana pun mereka bercerai pada tahun 2018. Hasil perkahwinan itu, Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Industri hiburan di India terus kekal menjadi industri paling lumayan, glamor dan menjanjikan kekayaan luar biasa buat karyawan seni di sana. Nak tahu siapakah pelakon wanita Bollywood terkaya di dunia? Ayuh semak senarai di bawah!
Selain terbabit dengan lakonan, kebanyakan selebriti Bollywood juga terlibat sebagai duta produk dan menjalankan perniagaan sendiri. Malah, perkahwinan juga menjadi asbab nilai selebriti meningkat umpamanya pasangan Priyanka Chopra dan Nick Jonas.
(1) Aishwarya Rai – $100 juta
Berusia 49 tahun, Aishwarya Rai Bachchan telah dilahirkan pada 1 November 1973 dan merupakan bekas Miss World 1994.
Bergelar duta jam tangan Longines, wanita tinggi lampai serta berwajah anak patung ini tampil sebagai pelakon filem Hindi dan Tamil yang paling berjaya. Beliau juga pernah tersenarai sebagai wanita tercantik di dunia.
(2) Priyanka Chopra – $70 juta
Merupakan salah seorang pelakon Bollywood paling terkenal, Priyanka Chopra kemudiannya melangkah ke pentas seni antarabangsa dan pernah diangkat sebagai World’s Best-Paid TV Actresses menerusi rancangan popular Quantico (ABC Network).
Tahun 2018, wanita berusia 39 tahun ini berumah tangga dengan penyanyi, pelakon dan penulis lagu Amerika, Nick Jonas. Perkahwinan itu menjadikan mereka sebagai ‘Power Couple’ yang popular dan terkenal di seluruh dunia.
(3) Kareena Kapoor – $60 juta
Selain berlakon, wanita berusia 41 tahun ini juga merupakan duta jenama Boro Plus, Lakme dan Lux. Bakat lakonan Kareena diwarisi daripada keluarganya yang merupakan nama-nama besar dalam dunia Bollywood.
Isteri kepada kerabat diraja India yang juga pelakon popular Saif Ali Khan, Kareena dikatakan mengenakan bayaran setinggi Rs 9 crore (sekitar RM5 juta) untuk satu filem.
(4) Anushka Sharma – $47 juta
Sebelum menyertai dunia Bollywood, wanita berusia 33 tahun ini merupakan seorang bekas model ternama. Anushka banyak membintangi filem-filem popular yang mengangkat namanya sebelum membuka syarikat produksi sendiri, Clean Slate Filmz pada tahun 2014.
Sama seperti Kareena, pelakon jelita ini mengenakan bayaran setinggi Rs 7 – 9 crore untuk satu filem.
(5) Deepika Padukone – $40 juta
Pernah menjadi heroin di sisi Shahrukh Khan, nama pelakon jelita berusia 36 tahun ini begitu pantas meniti bibir peminat hiburan Bollywood. Majalah Time turut menamakan beliau sebagai di antara 100 orang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2018.
Merupakan anak seorang pemain badminton, Deepika yang dilahirkan di Copenhagen itu memulakan kerjayanya sebagai model. Beliau juga adalah pengasas Live Love Laugh Foundation, sebuah yayasan kesedaran kesihatan mental yang terkenal di India.
(6) Madhuri Dixit – $35 juta
Siapa yang tidak mengenali Madhuri? Semua peminat filem Bollywood menganggap wanita berusia 54 tahun ini sebagai lagenda! Wajahnya yang masih jelita tetap menjadi rebutan, apatah lagi Madhuri kerapkali memenangi anugerah sejak tahun 90-an.
(7) Katrina Kaif – $31 juta
Pelakon dan model popular berusia 38 tahun, Katrina merupakan seorang selebriti British-India yang terkemuka. Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Vicky Kaushal hujung tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di India.
(8) Preity Zinta – $30 juta
Terkenal dengan wajah comel dan lesung pipit di pipi, nama Preity Zinta meniti jiwa peminat Bollywood dengan lakonannya yang mantap. Pada usia 46 tahun, beliau aktif sebagai aktivis sosial, personaliti televisyen dan pengasas syarikat produksi PZNZ Media, selain co-owner pasukan kriket Indian Premier League iaitu Punjab Kings.
(9) Kajol Devgan – $28 juta
Dinobatkan sebagai pelakon wanita paling berjaya dalam sejarah Bollywood, isteri kepada Ajay Devgan berusia 47 tahun ini merupakan pemilik bangunan mewah Shiv Shakti di Mumbai. Kajol juga merupakan duta jenama Charmis, Joyalukkas Jewellery dan Whirlpool India.
(10) Vidya Balan – $25 juta
Pemenang The National Film Award berusia 43 tahun ini pernah membintangi sitkom TV popular, Hum Paanch serta pelbagai iklan komersil di India. Selain aktif dalam dunia seni, Vidya juga terlibat dengan pelbagai program pemerkasaan wanita serta kemanusiaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila sudah nekad untuk mengamalkan diet yang sihat menjelang tahun baru ini, anda tidak seharusnya menyekat pemakanan seharian. Dalam diet yang sihat perlu mengambil pemakanan seperti biasa cuma kuantitinya yang perlu dikawal.
Minggu demi minggu mengamalkan langkah demi langkah pengambilan makanan yang sihat. Pakar Pemakanan menyarankan agar menurunkan 1,300 kalori sehari buat permulaan. Jangan makan lewat malam dan amal pengambilan makanan yang penuh nutrisi mengikut keperluan diri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gara-gara terpancing dengan iklan seorang pengusaha kecantikan terkenal yang ‘cantik’, wanita malang ini terpaksa menanggung seksa apabila wajahnya bengkak serta ‘senget sebelah’.
Tambah mengapi-apikan perasaan, aduannya terhadap syarikat serta pengusaha kecantikan tersebut langsung tidak dipedulikan. Mujurlah selepas beberapa bulan berlalu, masalah Pengasas Butik Lila Majnun tersebut akhirnya pulih.
Tertarik untuk berkongsi pengalaman dahsyat itu, Nona menghubungi Lila Ruzaini Mohd Hussain, 47, untuk bertanyakan kesahihan kes ini. Niat kami disambut baik memandangkan beliau juga tidak mahu wanita lain melalui kisah yang serupa.
“Saya tertarik nak cuba treatment placentadi tempatnya selepas membaca di Internet. Masa tu saya ada masalah open pores dan rawatan tu dikatakan efektif untuk menambah seri serta mengecilkan pori-pori kulit.
Jadi kerana terlalu yakin dengan pengusaha popular yang cantik ni, saya pun setuju buat treatment placenta sebanyak tiga kali. Cucuk pipi kiri tiga kali dan pipi kanan pun tiga kali.
Tak lama kemudian, muka saya terus bengkak selama 2-3 minggu. Saya mula bimbang bila kawan-kawan perasan dan tegur kesannya yang mendadak. Susulan itu, saya terus mengadu pada pihak mereka tapi katanya ia perkara biasa. Tak perlu dibimbangkan.
Hinggalah muka saya tiba-tiba senget sebelah dan sakit yang teramat sangat.
Bayangkan selama 3 ke 4 minggu saya terpaksa menahan sakit tak terperi. Rasa cemas pun ada memikirkan jika keadaan ini kekal, teruklah saya.
Masalahnya bila saya mengadu langsung tak diendahkan. Sampai saya tekad jumpa PA pengusaha tu untuk jumpa terus dengannya tapi tanpa rasa bersalah mereka jawab, ia perkara biasa,” cerita Lila dalam nada geram.
Biarpun kes ini telah berlalu dan wajahnya kembali pulih seperti sedia kala, peristiwa terbabit menjadi pengajaran terbesar buat Lila.
“Saya nak nasihatkan pada wanita lain supaya jangan terpedaya dengan treatment seperti ini. Pengusaha cuma jual produk tapi dia sendiri tak gunakan produk tersebut. Akibatnya kitalah yang tertipu dan terpaksa tanggung sendiri.
Dan kalau nak buat rawatan estetik, carilah klinik medispa yang diuruskan oleh tenaga pakar. Tengok siapa yang mencucuk muka kita dan orang itu mesti tahu tentang perubatan.
Buat juga research tentang produk suntikan, adakah ia dijamin selamat atau tidak? Ni semua penting agar kes seperti saya tak berulang,” kata wanita Kuala Lumpur itu bersungguh-sungguh.
Ini antara gambar-gambar persendirian Lila yang sempat ditangkap sebelum dan selepas mukanya bengkak. Semoga menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Isma Rohaiza membuktikan kejayaan sebenar dibina dengan disiplin dan kualiti, dari dunia kosmetik ke empayar restoran Kantan yang mengangkat masakan Pantai Timur.