Prihatin Nasib Rakyat Palestin. Lorde Membatalkan Konsertnya Di Israel

Pemenang dua anugerah Grammy ini baru-baru ini telah mengumumkan pembatalan konsertnya yang akan berlangsung pada bulan Jun 2018 di Israel selepas membaca surat-surat kiriman peminatnya tentang penindasan dan juga penguasaan haram Israel di tanah Palestin. Keputusannya ini menjadi bualan hangat dunia hiburan antarabangsa dan ramai puak pro-Israel menganggap pembatalan tersebut adalah satu provokasi.

Namun bagi penyanyi berusia 21 tahun ini, keputusan yang dilakukan adalah wajar dan dia beranggapan surat terbuka yang diterima dari peminatnya itu merupakan satu pelajaran untuk dirinya dalam mengambil tahu isu semasa.

Berikut adalah surat terbuka yang ditulis peminat Lorde yang juga merupakan aktivis kemanusiaan, iaitu Nadiya Abu Shanab dan Justin Sachs :-

“Dear Lorde, kami adalah dua warga New Zealand yang masing-masing berketurunan Palestin dan Israel. Hari ini berjuta orang berdiri teguh dalam menentang polisi kerajaan Israel yang melakukan pembersihan etnik, pencabulan hak asasi manusia, penaklukan dan dasar aparteid. Dalam pergelutan ini kami rasakan bahawa proses boiket dari segi ekonomi, intelektual dan artistik adalah satu cara yang efektif untuk menentang jenayah yang dilakukan Israel. Cara ini sangat berkesan terhadap dasar aparteid yang berlaku di Afrika Utara dan kami harap cara ini akan berkesan sekali lagi.

Kita boleh memainkan peranan penting dalam melawan ketidakadilan yang berlaku. Kami berharap agar anda dapat bertindak berdasarkan semangat kemajuan warga New Zealand yang selama ini menjadi tunjang keharmonian negara ini, dan dengan ini anda meneruskan legasi mereka.”

Tindakan Lorde ini dianggap wajar dan ramai pihak memuji tindakannya. Dia antara personaliti popular yang berani dalam bersuara dalam hal Palestin-Israel ini selain penyanyi seperti penyanyi Lauryn Hill dan novelis J.K Rowling.

 

 

IKLAN
Share