Priyanka Chopra Menyarung KALUNG BERLIAN DEMPAK Di Resepsi Kedua, It’s Almost Blinding!

Belum habis masyarakat seluruh dunia memperkatakan mengenai ‘Wedding of The Year’ Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Pasangan romantis ini sekali lagi membuatkan ramai berbicara apabila mereka mengadakan resepsi yang gilang-gemilang. Selepas lawatan singkat ke New York City, Chopra dan Jonas telah membuat penerbangan 15 jam ke Mumbai untuk majlis perkahwinan kedua dan ketiga.

Mereka mengadakan majlis resepsi yang kedua pada Rabu lalu. Priyanka tampil memukau dengan memakai persalinan gabungan rona biru dan keemasan dipadankan bersama kalung berlian yang cukup menonjol. It’s almost blinding! Manakala Jonas tampil kacak dalam tuxedo rona kelabu bersama padanan top

hitam. Sememangnya pasangan merpati dua sejoli ini tampil menyerlah.

Priyanka juga menggayakan gaun two-piece ilham pereka terkenal Ralph & Russo di majlis resepsi tersebut. Penampilan tersebut pertama kali ditunjukkan semalam oleh penata gaya Priyanka iaitu Mimi Cuttrell melalui akaun Instagram miliknya. Rekaan tersebut menonjolkan sisi feminin seolah seperti Puteri Jasmine ke dalam diri Priyanka.

Majlis resepsi ketiga atau yang terakhir akan diadakan pada hari ini dimana ia khusus buat komuniti Bollywood. Priyanka akan tampil dengan menyarungkan pakaian yang tampak mewah untuk menutup tirai majlis resepsi terakhirnya.

IKLAN
Share