AYDA AZLAN

    AYDA AZLAN

    Nama Penuh: Nur Aida Nazili Norazlan
    Umur: 30 tahun
    Status: Berkahwin
    Asal: Kelantan (Menetap di Negeri Sembilan)
    Pendidikan: SPM
    Produk: Inai Sahara

     

    Menarik Tentang Ayda Azlan:
    Mesra disapa sebagai Ayda, wanita berumur 30 tahun yang berasal dari Kelantan ini merupakan ibu anak 3. Ayda kini mempunyai dua rangkaian bisnes iaitu Beautsahara (inai) dan Nutellabanana (makanan). Berbekalkan niat mahu membantu menambah pendapatan keluarga, Ayda yang asalnya seorang suri rumah memulakan bisnes online dari rumah dengan bantuan suami dan Mama tersayang. Ayda juga tekad mahu mengembangkan bisnes inai yang diusahakan ini ke tahap yang lebih tinggi.