LINDA ROSS

    LINDA ROSS

    Nama Penuh: Noor Fazlinda Roos Affandey
    Umur: 36 tahun
    Status: Berkahwin
    Asal: Kuala Lumpur (Menetap di Selangor)
    Pendidikan: Ijazah Multimedia Kreatif (MMUC)
    Produk: MYPRONTOPIX

     

    Menarik Tentang Linda Ross:
    Wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini begitu optimis menjalankan perniagaan hiasan dinding. Linda Roos atau nama sebenarnya Noor Fazlinda Roos Affandey telah sepuluh tahun menjalankan perniagaan di bawah label Myprontopix. Selain itu wanita yang berusia 36 tahun ini aktif dalam sukan gimnastik serta pernah ke SUKMA mewakili Kuala Lumpur. Malah, pernah terlibat dalam Teater Puteri Gunung Ledang sebagai “ensemble” pada tahun 2006.